CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38511|Reply: 0

[Johor] 3 lelaki pungut hutang ditahan buat ugutan jenayah

[Copy link]
Post time 5-2-2025 10:17 PM | Show all posts |Read mode


KLUANG: Gara-gara melakukan ugutan jenayah, tiga lelaki yang mahu menuntut hutang ditahan di hadapan sebuah rumah di Jalan Gunung Lambak Taman Gunung Lambak, di sini tengahari semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, suspek yang berusia 34 hingga 43 tahun mempunyai rekod kesalahan lampau mendatangi mangsa yang berusia 50-an.

Katanya, suspek diupah untuk mengutip hutang daripada mangsa yang juga seorang ahli perniagaan yang menjalankan perniagaan bersama syarikat dari China.

"Pada 12.56 tengahari semalam, Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang menerima satu laporan polis.

"Bertindak atas maklumat jam 1.30 petang, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, menahan tiga lelaki tempatan di tempat kejadian.

"Semakan rekod jenayah lampau mendapati supek pertama dan suspek kedua mempunyai rekod kesalahan lampau bagi kes jenayah manakala suspek ketiga turut ada rekod kesalahan kes narkotik.

"Hasil saringan ujian air kencing terhadap semua tangkapan didapati negatif dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.040023 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list