Edited by JoyahMengayah at 23-2-2025 11:28 PM
Heboh di media sosial berhubung isu antara pelakon senior, Ellie Suriaty yang telah meminta ibu bapa pempengaruh sensasi, Imran Bard memohon maaf kepadanya atas dakwaan telah mencemarkan nama selebriti itu.
Susulan itu, seorang peguam yang dikenali sebagai Asiah Abd Jalil tampil menyuarakan pendapat peribadinya mengenai isu tersebut.
Asiah mendakwa Ellie tidak sewajarnya perlu tersinggung dengan 'content' parodi Imran yang dianggap hanya sekadar hiburan semata-mata, selain turut mengatakan bahawa kandungan sedemikian tidak termaktub di bawah Rang Undang Undang (RUU) pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia.
"Semua orang tahu itu 'content' parodi saja. Dalam video yang lain, Imran Bard sebut nama orang lain juga. Cuma Ellie Suriaty sorang yang sentap, aneh.
"Tiada apa yang fitnah dalam video parodi tersebut. Semua orang tahu, Ellie Suriaty bukan penyanyi, bukan peserta rancangan realiti nyanyian. Imran Bard hanya buat 'content' santai untuk hiburan semata-mata," katanya.
|