View: 144|Reply: 0
|
Filem tonjol Diana mangsa konspirasi
[Copy link]
|
|
Lewat hantar Princess of Wales ke hospital berdekatan lokasi nahas antara persoalanLONDON: Pengarah filem kontroversi mengenai kemalangan menyebabkan kematian Puteri Diana, Keith Allen menyifatkan dokumentari beliau adalah mengenai satu konspirasi jahat yang dirancang selepas kemalangan dan bukan sebelum kejadian.\r“Filem saya bukan mengenai konspirasi sebelum kemalangan tetapi mengenai konspirasi selepas kemalangan, yang mencapai kemuncaknya menerusi siasatan rasmi selama enam bulan dan hujah saya ialah ia bertujuan menutup bukan mendedahkan kebenaran.\r\n\n\n\n\r “Saya tidak tahu sama ada hujah itu boleh meyakinkan anda tetapi saya harap anda akan hanya membuat kesimpulan sendiri selepas anda menontonnya sendiri,” kata Allen dalam akhbar Daily Mail.\r\r\n\n\n\n\n Allen dikritik hebat minggu lalu selepas tayangan filem dokumentari arahan beliau iaitu Unlawful Killing (mengenai siasatan kematian Diana dan kekasihnya, Dodi Fayed.\rMalah, katanya, beliau turut dikritik oleh penulis Daily Mail sendiri iaitu AN Wilson yang mengutuk sekeras-kerasnya sesiapa yang mempercayai bahawa kematian Diana membabitkan faktor lain dan tidak hanya berpunca daripada kemalangan.\r“Semuanya mencapai saat kemuncak berhubung gambar Diana yang diambil sebaik saja selepas kemalangan itu. Saya dituduh sengaja menerbitkan sensasi murahan.\r“Paling membingungkan ialah bapa Dodi, Mohamed Al-Fayed juga dituduh walaupun beliau hanya sekadar pembiaya kewangan yang langsung tidak ada kaitan dengan setiap perkara dalam filem itu.”\r\n\n\n\n\rKatanya, secara kebetulan beliau memang memerlukan seorang pembiaya kewangan kerana walaupun siasatan kematian Diana adalah paling lama dan paling penting dalam sejarah Britain, tiada penyiar UK yang mahu membantu beliau membiayai dokumentari mengenainya.\rBeliau menerangkan penggunaan gambar Diana bukan bertujuan untuk memberikan kejutan dalam filem terbabit.\r“Ia adalah bukti kerana ia menunjukkan dengan jelas walaupun Diana cedera dalam kemalangan itu, beliau masih sedar dan boleh bergerak. Saya ulangi: ia bukanlah gambar seorang wanita yang mati.”\rKatanya ini dijelaskan lagi dengan bukti perubatan yang dibentangkan dalam siasatan itu yang disahkan Dr Jean-Marc Martino bahawa Diana boleh diselamatkan jika segera dihantar ke hospital berhampiran dengan segera.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|