Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 25-6-2011 22:55
KBSW baru je tunjuk rancangan Immortal Song 2.
Rancangan yang banyak mendatangkan kontroversi, yang mana dikatakan sama saperti I Am A singer dari MBC. 4 dari 6 penyanyi yg akhirnya menarik diri, dengan alasan sibuk. Cara penyingkiran penyanyi yg tidak disenangi olih peminat.
Berbeza dengan Immortal Song 1, konsep Immortal Song 2, penyanyi Idol dipilih untuk menyanyikan lagu2 dari penyanyi Lagenda Korea. Bukan itu sahaja, tapi mereka bertanding sesama sendiri. Hakim2 terdiri dari seratus lebih penonton yg menonton di auditorium, termasuk penyanyi lain yg sama menonton.
Setiap minggu akan dijemput penyanyi Lagenda dan penyanyi Idol akan menyanyikan lagu2 top penyanyi Lagenda dengan cara dan gaya mereka sendiri.
Penyanyi yg dipilih untuk menyanyi pertama adalah dibuat dengan memilih bola yg tertulis nama2 penyanyi Idol. Selepas dua penyanyi awal dan kedua menyanyi, hakim akan membuat pilihan siapa penyanyi yang dapat menawan hati mereka dengan cara dan gaya mereka menyanyi, bukannya sapa yang popular . Penyanyi yang terpilih kemudianya akan bertanding pula dengan penyanyi seterusnya sehingga akhirnya.
Untuk episod permulaan, penyanyi yang bertanding adalah, Changmin (2AM), Yesung (Suju),Hyorin (Sistar), Jonghyun (Shinee), Yeosob (B2ST's) dan IU. |