CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 1

Album nasyid sentuhan A Ali

[Copy link]
Post time 27-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
AGAK lama menyepi daripada dunia seni hiburan tempatan, Hamdan Atan atau lebih dikenali sebagai A Ali yang pernah popular dengan kumpulan Kembara pada era 80-an kini muncul dengan buah tangan terbaru, iaitu Dia Yang Teratas Segalanya: Himpunan Juara Nasyid Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan, Daerah dan Negeri Johor & Melaka.\rAlbum yang menghimpunkan 11 lagu nasyid cukup syahdu dan alunan muzik yang gemersik, yang bisa meruntun jiwa pendengar yang inginkan ketenangan rohani.\r\n\n\n\n\r   Keaslian lirik dan irama masih dikekalkan mengikut gaya dan kehendak sekolah, cuma susunan muzik dan penyampaian diberi suntikan baru oleh penyanyi dan komposer terbabit, yang menampilkan teknik penyampaian lebih segar seiring dengan konsep album iaitu nasyid kontemporari.\r\r\n\n\n\n\n   Setiap kumpulan nasyid melontarkan paduan vokal yang unik serta melodi yang harmonis, memberikan kekuatan kepada album ini untuk dijual di pasaran tempatan.\rAntara lagu yang berjaya menyentuh jiwa pendengar adalah Wawasan Ummah nyanyian Soutul Haq daripada Sekolah Kebangsaan Telok Mas Melaka. Lagu itu juga diiktiraf sebagai  lirik dan lagu terbaik peringkat kebangsaan pada tahun 2008. Garapan lirik yang indah disulami dengan vokal syahdu, kumpulan Soutul Haq pasti menambat hati pendengar setia nasyid.\rSelain itu, alunan merdu suara anak gadis A Ali, Nuazira A Ali yang menyanyikan lagu Keranamu Kekasih turut memperlihatkan album ini cukup istimewa. \rPercubaan pertama A Ali dalam mengangkat muzik nasyid pada peringkat sekolah dianggap berjaya kerana munculnya bintang baru penyanyi bergenre nasyid sekali gus menyemarakkan lagi industri muzik nasyid yang dilihat semakin suram.\r\n\n\n\n\rKumpulan nasyid yang turut terbabit dalam album ini ialah kumpulan Dzil Afnan daripada SMK Agama Bandar Penawar Kota Tinggi (Bahana Cinta), Imtiyaaz - SMK Kelapa Sawit Kulai, Johor (Saatnya Akan Tiba), Shoutul Iman - SMK Sultan Abdul Jalil Kluang (Pesanan Buat Remaja), Najhatul Hayat - SMA An-Nur Benut Pontian (Ukhwah Mahabbah), Shoutul Abrar - SMK Tun Ismail, Parit Raja (Memantap Ukhwah Memperkasa Ummah, Al-Ikhwan - SM Arab Darul Falah (An-Nur), Al-Munawwarah - SMK Tun Aminah Batu Pahat (Cahaya) dan Wardatuddiniyyah - SMKA Sharifah Rodziah Telok Mas ( Kembara Cinta Mu Melangkah.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2011 01:58 AM | Show all posts
selamat berjaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.070360 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list