CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lonso

KL GANGSTER 2 [AARON AZIZ,ADIPUTRA,ZIZAN,ROSYAM NOR,SYAMSUL YUSOF]

[Copy link]
Post time 2-9-2013 04:25 PM | Show all posts
lahnapi posted on 2-9-2013 10:59 AM
Ok aku dah tgk(Sorry ye samsul coz xleh tahan laa nafsu dgn trailer filem ko tu but im promise, ma ...

setuju bro dengan pendapat lu...bagi aku, cerita KL GANGSTER 2 nie x leh tengok kat laptop kena tengok wayang....kurang2 kita tengok yang tiada potongan (bagi aku)....so mesti lgi excited nak dengar bunyi2 effect dalam wayang....

the best movie ever....but, sayang dah terlepas ke tangan orang tak bertanggungjawab yang upload dalam internet.... (yang download cam aq, orang dah upload bagi download je lah kan)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2013 04:34 PM | Show all posts
errr.... raw material aku tgk tu durasi 3 jam lebih... letih gak kalau nak tengok..
takde masa plak aku rasa.. so jgn risau sol, aku tengok kat wayang kalau sempat...tak pun aku amik kat astro first.. hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 09:43 PM | Show all posts
org dalam laa mesti punya bg info & leak kan
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 11:04 PM | Show all posts
Filem aksi ke 8 arahan Syamsul Yusof terbitan Skop Productions & Grand Brilliance.Tayangan seluruh Malaysia pd 3 OKTOBER 2013.KL Gangster 2 adalah kisah SEBELUM KL Gangster 1.Kisah sebelum Malik dipenjarakan.Bukan sambungan filem yg pertama.Prequel means BEFORE atau "kisah sebelumnya".Its a BACK STORY

patut pun org dah mati dlm KL Gangster 1  hidup balik....

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 11:12 PM | Show all posts
berani mamat ni ...

https://www.facebook.com/adiralaralagi

tukang cuci at Tbun Internet Café
Studied at Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Past: Harvard University
Lives in Kuala Lumpur, Malaysia
From Kuala Lumpur, Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 11:14 PM | Show all posts
[size=0.9em]Selepas ‘bocor’ di Internet, filem KL Gangster 2 terus menerima tamparan hebat apabila sindiket cetak rompak mula membuat salinan filem bernilai RM4.5 juta itu dalam bentuk cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD) untuk dijual pada harga serendah RM5.
[size=0.9em]Tinjauan Harian Metro di pasar borong Wakaf Che Yeh, di sini, malam kelmarin mendapati filem itu dipromosikan penjual VCD dan DVD cetak rompak dengan dipertontonkan secara terbuka.
[size=0.9em]
Seorang peniaga VCD dan DVD cetak rompak di pasar itu berkata, VCD KL Gangster 2 yang dijualnya mendapat sambutan hangat dan dikategorikan ‘panas’ ketika ini.


[size=0.9em]“Kita jual VCD ini RM5 saja. Ramai membelinya,” katanya.
[size=0.9em]
Sementara itu, penerbit KL Gangster 2, Datuk Yusof Haslam mengakui sudah mendapat maklumat filem itu kini dicetak rompak dan dijual di merata tempat.
[size=0.9em]
Katanya, apabila filem itu bocor di Internet, pasti ada pihak mengambil kesempatan menyalinnya dalam bentuk VCD atau DVD untuk dijual bagi mendapat keuntungan mudah.

[size=0.9em]“Saya percaya (dalang) memuat naik di Internet dan menyalin dalam bentuk VCD dan DVD ada kaitan antara satu sama lain. Saya menyerahkan perkara ini dan kepada pihak berkuasa kerana sudah membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
[size=0.9em]
“Tindakan segera perlu dilakukan dan saya meletakkan kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menangani masalah ini,” katanya.

[size=0.9em]Akhbar sebelum ini melaporkan, filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof yang sepatutnya ditayangkan di pawagam pada 3 Oktober depan tersebar secara meluas di Internet sejak malam Rabu lalu.
[size=0.9em]
Bagaimanapun, Yusof dipetik berkata, pihaknya tidak berganjak dari tarikh tayangan ditetapkan Unit Wajib Tayangan (UWT) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) walaupun ia boleh ditayangkan lebih awal ekoran insiden itu.
[size=0.9em]
Katanya, siasatan dan pemantauan secara intensif kini berjalan dengan kerjasama PDRM, Bahagian Penguatkuasaan SKMM dan KPDNKK.
[size=0.9em]
Menurut Yusof, beliau tidak dapat menghalang orang ramai daripada membeli VCD atau DVD cetak rompak KL Gangster 2.
[size=0.9em]
Bagaimanapun, katanya, jika mahu mendapatkan kepuasan, tonton filem itu di pawagam.
[size=0.9em]
“Yang cetak rompak itu versi haram dan belum sempurna. Saya harap janganlah ia terus disebarkan,” katanya.


METRO
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2013 12:00 AM | Show all posts
Penerbit filem KL Gangster 2, Skop Production Sdn Bhd akan melakukan beberapa pindaan dan suntingan terhadap jalan cerita filem tersebut susulan penyebarannya di beberapa laman sesawang sebelum tarikh penayangannya.

Pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam berkata, suntingan tersebut meliputi beberapa aspek di mana ianya tiada di dalam format digital yang boleh dimuat turun.

"Kita melakukan suntingan terhadap jalan cerita, tahap pewarnaan dan Imej Penjanaan Komputer(CGI) yang tidak dapat dilihat dalam video yang disebarkan," katanya kepada Rakyatnews di Rumah Terbuka Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) di sini, hari ini.

Yusof menjelaskan, dalang penyebaran tersebut juga akan dikenakan tindakan saman dari pihak Skop Production Sdn Bhd.

alt

Tambah beliau, pihak berkuasa juga telah memperoleh beberapa maklumat mengenai punca sumber filem tersebut mula disebarkan.

“Kepada mereka yang menjual VCD haram di luar sana, berjaga-jaga kerana anda sedang diperhatikan oleh pihak berkuasa.

“Saya sangat kecewa kerana Syamsul telah bekerja keras selama lebih 2 tahun,” katanya.

Jelasnya, tayangan KL Gangster 2 tidak akan ditunda dari tarikh asal pada 3 Oktober ini.

"Kita tetap akan tayangkan mengikut jadual dan peminat disaran menonton di pawagam dengan kualiti video dan bunyi yang lebih baik," ujarnya.

Filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof yang sepatutnya mula ditayangkan pada 3 Oktober telah mula tersebar apabila filem tersebut boleh dimuat turun daripada beberapa laman web.

Filem tersebut merupakan 'prequel' daripada Filem KL Gangster yang menampilkan pelakon popular; Aaron Aziz, Adi Putra, Rosyam Nor, Zizan Razak dan Sofie Jikan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 12:44 AM | Show all posts
watched alredi

watak yg aku kagum
Rosyam Nor..setan giler dia dlm citer nih..

watak membazir
sapo namo mamat yg muka bangla tu? Ammar? xyah ado pon xpe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2013 10:12 AM | Show all posts
adeqo posted on 15-8-2013 02:38 PM
Lemak kg santan lg la nan hado.... Berlagak kate kualiti sesgt pdhl hampeh....

Baik aku tgok ...

percy jackson.. ada mesej apa eikk... citer ttg anak tuhan je rasanya... hihihi... jgn mare eikk... hahaha

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 11:34 PM | Show all posts
si_wawa posted on 8-12-2011 11:30 AM
harap dapat cerita sekali le apasal Shark(Syamsul Yusof) tu sorang dia je cakap bm slang cina...

NI request thun 2011 kah ni...hoho....
Ada aje....tapi taklah susah sangat sampai nak kena cerita. Simple saja sebab dia....
Last edited by amukgemuk on 3-9-2013 11:36 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 10:57 AM | Show all posts

Kuala Lumpur : 2 September 2013


Suspek yang dikenali sebagai abang man, telah ditangkap angkara menceroboh dan mencuri Filem KL Gangster 2
yang akan ditayangkan pada 3 October depan.
Suspek ditangkap dikediamannya hari ini..Suspek yang lebih dikenali sebagai abang man itu akhirnya


Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 03:12 PM | Show all posts
Takpela, saya support abg syamsul kat pawagam
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 04:15 PM | Show all posts

Polis jejak dalang muat naik filem di YouTube


Zainal Abidin (tengah) bersama  anggotanya menunjukkan rampasan DVD KL Gangster 2  ketika serbuan di Pasar Malam Tikam Batu, Sungai Petani, malam kelmarin.


2013/09/05 -  06:34:30 AM
Kuala Lumpur: Polis memburu pihak yang bertanggungjawab memuat naik filem KL Gangster 2 ke laman YouTube.

   Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata selain itu, anggotanya juga mengawasi pasar malam bagi mengesan penjualan cakera padat digital (DVD)  filem berkenaan.      

        Katanya, langkah itu adalah kerjasama polis terhadap siasatan kes berkenaan yang kini diserahkan kepada   Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).      
      
      
  Polis menerima laporan berhubung perkara itu daripada bapa pengarah filem berkenaan, Datuk Yusof Haslam, pada Isnin lalu.

  Di Sungai Petani, Bahagian Kawalan Penapisan Filem (BKPF) Kementerian Dalam Negeri merampas lebih 700 keping DVD cetak rompak, termasuk filem KL Gangster 2 dalam satu serbuan di sebuah pasar malam di Tikam Batu, dekat Kuala Muda, malam kelmarin.

   Semua DVD cetak rompak itu dirampas dari tiga gerai di situ.

  Pengarahnya, Zainal Abidin Othman, berkata pihaknya terpaksa menyamar sebagai pelanggan sebelum melakukan serbuan ke atas premis menjual DVD cetak rompak itu pada jam 8.10 malam.      
  “Hasil pemeriksaan, pelbagai DVD cetak rompak ditemui di ketiga-tiga premis terbabit, termasuk filem KL Gangster 2 yang masih belum ditayangkan di pawagam,” katanya ketika ditemui pemberita sempena Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran BKPF KDN Kedah di sini, semalam.

200,000 DVD dirampas

  DVD itu dipercayai dikeluarkan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur sebelum dihantar ke negeri ini untuk dijual secara kecil-kecilan.

  Di Papar, Sabah, BKPF merampas lebih 200,000 DVD lucah dan cetak rompak bernilai sekitar RM1.4 juta, termasuk filem KL Gangster 2, dalam serbuan di sebuah rumah dua tingkat di Taman Suvuang, jam 9.30 pagi kelmarin.

  Pengarah BKPF Sabah, Ahmad Hilmi Said, berkata tujuh individu termasuk dua wanita, berusia 30-an ditahan bagi membantu siasatan.

  Dalam satu kenyataan, beliau berkata, turut dirampas 30 unit alat yang digunakan untuk memproses DVD cetak rompak di rumah terbabit.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 02:47 AM | Show all posts
3 october ye kua nye.. lama betul laa....~~
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun dah tgk...terbaek dr syamsul...tp aku tetap akan tgk di pawagam..utk membayar balik rasa bersalah aku kerana tgk yg leak...huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 01:26 PM | Show all posts
dah tengok dr u tube..
tapi ntah la..
aku tengok tak rasa best pon..
bahasa pon dok wa wa je..
asal gengster je mesti ke nak ikot chinese dialek???
boring..

just my 2 cents~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2013 02:30 PM | Show all posts
benci giler rosyam noor

x sangup aku nk tgok dlm panggung time *** dgn zati tu

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 03:16 PM | Show all posts
apesal muke rosyam nor macam tu...menakutkan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 06:31 PM | Show all posts
Hmm dah tgk..

overall lbh kurang je mcm citer yg pertama..pertelagahan antara 2 geng..tapi kali ni real punya geng..bukan mcm geng shark tu..cuma kali ni klu "shark" yg dlm filem first tu penakut..poyo..dan cuma jadi punching bag malek.."shark" filem ni sangat setanding dgn malek..maybe lbh terer sikit dari malek kot..tunggang langgang juga malek kali ni..haha..

sorry to say..zizan sgt annoying dlm filem ni..sbb dia selalu sgt buat lawak perasan gangster tak kira dimana juga dia berada even ditengah tengah pertelagahan kumpulan gangster..dan dia tak kena hentak pulak tu dgn gangster2 tersebut! sbb aku yg tak gangster pon rasa mcm nak hentak je dia..

jai tak terer lg dlm filem ni,,rambut dia buat aku sakit mata..aku suka jai filem first..Ajib pon tak terer..tp tak sangka dragon sgt terer..boleh neck to neck dgn malek..dragon jadi geng jahat kali ni..

btw..awat tak bg watak zati tu kat org lain..sbb zati nampak lbh tua dari filem first..

tu je..aleh..klu aku tgk yg leak pon takpe..sbb aku selalu tgk yg download punya..aku tlg promote ni pon dah bagus..haha Last edited by zidane_ziege on 13-9-2013 06:34 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tgk part zizan je.kih kih kih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.075792 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list