|
TOKYO: Jepun semalam menyuarakan permohonan maaf kepada seorang bekas jururawat tua dan rakyat Australia lain yang pernah ditahan sebagai tahanan perang, kata kementerian luar dan laporan.\rSekumpulan rakyat Australia yang melawat Menteri Luar, Koichiro Gemba minggu lalu adalah termasuk Lorna Johnston, yang menjadi bekas tahanan perang (PoW) wanita pertama Australia yang mendapat permohonan maaf dari Jepun, kata kementerian luar di sini.\r\n\n\n\n\r Johnston, seorang penduduk New Zealand sejak 60 tahun lalu adalah seorang rakyat Australia berusia 96 tahun yang ditahan sebagai seorang penjenayah perang selama tiga tahun sejak 1942, lapor media Australia.\r\r\n\n\n\n\n Beliau dilaporkan satu-satunya yang masih hidup dari sekumpulan jururawat PoW Australia 76 di wilayah yang sama pada masa itu.\rPertemuan dengan kumpulan itu pada 29 November lalu, Gemba berkata lawatan beliau terhadap program persahabatan kerajaan Jepun menyumbangkan kepada penyatuan itu. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|