View: 135|Reply: 0
|
Krisis nuklear Jepun diatasi
[Copy link]
|
|
Perdana menteri umum loji Fukushima capai tahap penutupan sejuk\rTOKYO: Perdana Menteri Jepun Yoshihiko Noda semalam mengumumkan bahawa loji nuklear Fukushima Dai-ichi yang terjejas teruk akibat gempa bumi dan tsunami Mac lalu, berjaya mencapai tahap \'penutupan sejuk\', langkah paling penting bagi membolehkan arahan pemindahan penduduk ditarik balik.\r\n\n\n\n\rIa akan disusuli dengan usaha baru untuk menutup sepenuhnya operasi loji terbabit, satu proses yang dijangka mengambil lebih daripada 30 tahun.\r\r\n\n\n\n\nPengumuman Noda dilihat bertujuan mengulangi jaminan kepada rakyat bahawa kerajaan berjaya dalam usaha menangani masalah radiasi di loji terbabit, sembilan bulan selepas gempa bumi menyebabkan tiga reaktor musnah, dalam krisis nuklear paling buruk sejak Chernobyl pada 1986.\rBagaimanapun pakar berkata, loji yang terletak kira-kira 230 kilometer ke timur laut Tokyo itu tetap terdedah kepada masalah, manakala kawasan sekitarnya terus dicemari radiasi.\rLoji nuklear Fukushima Daiichi terjejas teruk berikutan gempa bumi dengan kekuatan 9.0, menyebabkan gelombang tsunami melanda Jepun pada 11 Mac lalu.\rSyarikat pengendali loji berkenaan, TEPCO berhadapan dengan masalah, apabila sistem pertahanan tsunami terjejas manakala generator kuasa sokongan berhenti berfungsi.\r\n\n\n\rKeadaan ini menyebabkan sejumlah besar pekerja yang digelar sebagai Fukushima 50 mencuba pelbagai penyelesaian termasuk menggunakan air laut untuk menyejukkan rod yang melebur.\rAir yang digunakan dalam proses penyejukan itu bagaimanapun menjadi satu masalah besar kepada TEPCO apabila ia terpaksa dialirkan keluar ke lautan Pasifik, mencetuskan masalah kepada nelayan tempatan.\rPetani di kawasan itu juga turut terjejas apabila hasil pengeluaran mereka dipulaukan pengguna atau diharamkan kerajaan disebabkan pencemaran radioaktif.\rSatu zon pengecualian di sekitar loji juga diwujudkan dengan beratus-ratus penduduk dipindahkan bagi mengelak mereka terdedah dengan tahap radiasi tinggi yang berbahaya.\rZon ini masih lagi tercemar dengan pembersihan masih lagi tertangguh berikutan amaran bahawa sesetengah bandar masih lagi terus ditinggalkan tanpa penghuni sejak berdekad. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|