CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seribulan

PCK Pt Limited... new Season : Phua Chu Kang is a DADDY to TWIN...huhuhuhuu...

[Copy link]
Post time 24-11-2003 04:41 PM | Show all posts
lawak apa..??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2003 07:41 PM | Show all posts

pck + senario

hah - pck + senario.
tak salah aku jalan cerita dia, si phua chu kang panggil beberapa tukang masak untuk kuatkan team pasukan bola dia.
orang kat johor boleh tengok besok malam kat tv singapore.
ttp://cyberita.asia1.com.sg/rencana/story/0,3617,29523,00.html?



SAKIT PERUT DIBUATNYA...
BERBAHASA Inggeris dengan pelawak kumpulan Senario - yang mengakui hanya dapat gred 'D' untuk mata pelajaran itu dalam peperiksaan - memang boleh buat orang sakit perut.

Kalau tak percaya, cuba berbahasa 'orang putih' dengan Mazlan Ahmad. Kita cakap bahasa ayam, beliau jawab bahasa itik.

Jadi bayangkan keadaannya apabila empat pelawak popular dari Malaysia itu berdepan dengan para pelakon dari Phua Chu Kang Pte Ltd.

'Memang tunggang-langgang. Mereka speaking London, kita sondol saja dengan loghat Kedah. Tetapi yang hairannya, kita boleh faham dan gelak dengan lawak masing-masing. Macam ni agaknya jiwa pelawak... sehati sejiwa!' kata Mazlan atau dikenali sebagai Mazlan Pet Pet, ketika ditemui wartawan sejurus selepas rakaman PCK yang menampilkan Senario sebagai bintang utamanya menerusi episod Worst Case Senario.

Walaupun Senario adalah satu jenama besar di Malaysia, mereka tetap berasa penyertaan mereka dalam sitkom PCK sebagai satu penghormatan kerana menganggap siri yang popular menerusi TV3 itu cukup baik dan berjaya menghambat hati setiap lapisan masyarakat Malaysia.

Walaupun menjayakan sketsa drama TV merupakan kerja seharian mereka di Malaysia, ketika bersama PCK, ia tetap memberi pengalaman yang berbeza.

'Tak ada susahnya berlakon dalam PCK, cuma mereka kena faham loghat kita. Cuma cara kerja banyak bezanya. Rakaman TV mereka banyak dipotong dari satu adegan ke satu adegan, sedangkan kami di studio TV3 berlakon terus menerus kerana berdepan dengan penonton secara live. Rancangan kami lebih berkonsep teater.

'Kami pula memang susah sangat nak ikut skrip 100 peratus. Lebih banyak adlib. Kebebasan melawak tu memang banyak,' kata Saiful.

Satu lagi perbezaan yang ketara ialah, sementara para pelakon PCK merupakan artis profesional yang bergerak secara individu di luar sitkom itu, semua empat pelawak Senario pula bergerak secara kumpulan.

Wahid sendiri mengakui beliau tidak mungkin dapat berlawak dengan berkesan secara individu atau jika dipadankan dengan pelawak lain tanpa kehadiran Senario sepenuhnya.

'Saya tak boleh melawak dengan orang lain... mati akal. Sebab soal lawak ni bukan ikut skrip saja. Kita kena faham jiwa rakan lawak kita. Kita bekerja secara kumpulan, bukan individu,' kata Wahid.

Saiful pula menyifatkan konsep lawak mereka yang lebih bersifat 'bergurau senda' sebagai rahsia Senario dapat bertahan hampir 10 tahun kini.

'Sebenarnya tak ada ciri tetap yang menentukan kejayaan seseorang pelawak. Kita kena jadi diri sendiri. Kami tak sibuk memikirkan tentang kejayaan lalu. Macam mana kami di pentas, macam tu jugalah kami dalam kehidupan biasa. Pelawak harus ada bakat semula jadi,' kata Saiful.

Apa yang menarik perhatian, walaupun mereka dianggap sebagai antara artis termahal di Malaysia dengan undangan menjayakan pelbagai pertunjukan bagai tak pernah putus - mungkin melebihi Siti Nurhaliza - Senario mengakui belum mencapai tahap jutawan.

'Bezanya kami dengan Siti ialah kami makan gaji... kerja dengan TV3. Lepas bayar hutang, adalah sikit simpanan untuk anak-anak,' kata Azlee.

Tetapi Wahid ada saranan jitu untuk jadikan Senario jutawan.

'Kami yakin, peminat kami di Malaysia dah capai angka jutaan, belum termasuk orang Singapura dan Brunei. Kalau seorang beri kami $1, tentu kami jadi jutawan,' selorohnya. Selamba saja wajahnya.

'Ala... tak kaya duit tak pe. Kaya peminat lebih penting,' Saiful pula mencelah. Lebih selamba.

Episod Worst Case Senario ke udara di Channel 5 esok mulai 8 malam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2003 11:04 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 1/12/03 07:41 PM:
hah - pck + senario.
tak salah aku jalan cerita dia, si phua chu kang panggil beberapa tukang masak untuk kuatkan team pasukan bola dia.
orang kat johor boleh tengok besok malam kat tv singapore. ...

thanx dear 4 de info:bg:
Reply

Use magic Report

chocolate This user has been deleted
Post time 2-12-2003 10:09 AM | Show all posts
yup... malam ni kat chnl 5... aku dah nengok the ad.... satu2x enterframe.. acam beruk mak ye... hehehehee..... tak sabar nak nengokz malam ni......
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2003 12:20 PM | Show all posts
Don't play2 haa

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2003 03:51 PM | Show all posts
alamak..!!!
tak dapat nak tengok ler....!!!
kena tunggu lebih lama kalau nak tengok SENARIO mengarut bersama PHUA CHU KANG....!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2003 12:31 AM | Show all posts
hah,
sapa dah tengok citer tuh semalam?? SENARIO vs. PCK??
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2003 01:21 PM | Show all posts
best ker????? citer la skett
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2003 05:59 PM | Show all posts
takde orang info lagik ler....iskk!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2003 10:13 PM | Show all posts
Originally posted by GRINDSAKHTANIC at 7-12-2003 05:59 PM:
takde orang info lagik ler....iskk!!


alamak...aku pun tak tengok, ada kat luar tu jam.
tapi sinopsis dia, pck ni tiap2 tahun lawan bola ngan team si frankie ( musuh ketat dia tu ).
tiap2 tahun pasukan pck kalah.
Jadi tahun ni, dia dah jumpa satu geng catering/tukang masak ( lakonan anggota senario ), dan paksa mereka untuk join pasukan bola dia dengan harapan mereka boleh tolong dia menang.
Lepas tu...aku pun tak tahu jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2003 11:52 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 7-12-2003 22:13:
alamak...aku pun tak tengok, ada kat luar tu jam.
tapi sinopsis dia, pck ni tiap2 tahun lawan bola ngan team si frankie ( musuh ketat dia tu ).
tiap2 tahun pasukan pck kalah.
Jadi tahun ni, dia dah jumpa satu geng catering/tukang masak ( lakonan anggota senario ), dan paksa mereka untuk join pasukan bola dia dengan harapan mereka boleh tolong dia menang.
Lepas tu...aku pun tak tahu jugak.


Aku ader tengok sikit
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2003 12:20 PM | Show all posts
ekekekeke!!!
tuh jer ker?? laa...

p/s:harap2,tv3 tayangkan rancangan terbaru PCK nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2003 08:07 AM | Show all posts
harap2...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2003 10:17 AM | Show all posts
yer...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2003 01:20 PM | Show all posts
Originally posted by GRINDSAKHTANIC at 8-12-2003 12:20 PM:
ekekekeke!!!
tuh jer ker?? laa...

p/s:harap2,tv3 tayangkan rancangan terbaru PCK nih...


hmmm...suka tengok rosie vs margeret
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2003 02:51 PM | Show all posts
aku suke si PCK gak la...hahaha..hantu betul..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2003 04:23 PM | Show all posts
Originally posted by GRINDSAKHTANIC at 10-12-2003 02:51 PM:
aku suke si PCK gak la...hahaha..hantu betul..



macam ko la...
Reply

Use magic Report

PujaAn This user has been deleted
Post time 24-12-2003 11:48 PM | Show all posts
any body loves yellow boot? but made by plastic laaa

har har har
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2003 07:45 AM | Show all posts
still up up n away ha...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2003 09:11 AM | Show all posts
Originally posted by seribulan at 25-12-2003 07:45:
still up up n away ha...


Huh? tu citer lain ah.... :stp:
..Tu boots merah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 1.088669 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list