View: 102|Reply: 0
|
Satu perak tutup cabaran ACC 2012
[Copy link]
|
|
SATU pingat perak menerusi acara lebuh raya menutup cabaran negara pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012 sekali gus memperbaiki pungutan keseluruhan pingat negara sejak ACC empat tahun lalu.\rKelebihan selaku tuan rumah dan percaturan menurunkan pelumba terbaik negara dalam acara trek berjaya membantu negara mengumpul tiga emas, enam perak dan enam gangsa dan ditambah satu perak dalam acara lebuh raya, dengan kali terakhir Malaysia memenangi tiga emas pada ACC 2008 di Nara, Jepun.\r\n\n\n\n\r Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) Abu Samah Abd Wahab berkata dia berpuas hati dengan kejayaan tiga emas yang dihadiahkan Edrus Yunus dalam acara satu kilometer ujian masa individu elit lelaki sementara Josiah Ng dan Fatehah Mustapa masing-masing menghadiahkan negara emas keirin elit lelaki dan wanita.\r\r\n\n\n\n\n “Kami bersyukur dengan idea Malaysia untuk menganjurkan buat pertama kalinya acara lebuh raya bawah 23 tahun diterima dan akhirnya membuahkan hasil apabila kita memperoleh satu pingat perak menerusi Adiq Hussainie Othman,” katanya yang juga naib presiden Persekutuan Berbasikal Asia.\rKatanya, kejayaan Zamri Salleh menduduki tempat keempat dalam elit lelaki juga mencipta sejarah tersendiri dan memperbaiki kedudukan pelumba negara pada ACC tahun lalu apabila pelumba itu berjaya membuktikan kemampuannya bersaing dengan jaguh Asia lain.\rAbu Samah berkata ACC 2014 bakal menyaksikan kejohanan itu yang mempertandingkan acara trek dan lebuh raya dipisahkan, sama seperti Kejohanan Dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).\r“Memandangkan ada negara yang mengadu mengenai tempoh masa ACC yang panjang, kejohanan itu akan dipertandingkan secara berasingan bermula ACC 2014 dan saya diberi tanggungjawab membentangkan kertas kerja penganjuran acara lebuh raya ACC 2014 pada September ini,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|