CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 0

Mekar cinta Ashanty

[Copy link]
Post time 3-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
ALUNAN lagu ciptaannya sendiri, Jodohku menjadi simbolik lamaran Anang Hermansyah kepada Ashanty yang tertunduk malu, melindungi perasaan gugup ketika majlis pertunangan mereka berlangsung di Ceria Room, Hotel Shangri-La, Jakarta, Sabtu minggu lalu. \rBerlangsung secara tertutup, hanya keluarga dan sahabat kepada pasangan itu dibenarkan memasuki dewan manakala media diberi kesempatan menyaksikan perjalanan acara itu menerusi monitor yang disediakan di luar.\r\n\n\n\n\r\"Alhamdulillah semuanya lancar,\" kata Ashanty, anak bongsu lima bersaudara yang ditemui wartawan selesai majlis pertunangannya dengan Anang, duda dua anak yang juga bekas suami penyanyi tersohor Indonesia, Krisdayanti.\r\r\n\n\n\n\nLebih setahun serius menjalin cinta, gadis kelahiran Jakarta, berusia 28 tahun itu yakin Anang ialah lelaki terbaik yang bakal memimpin rumah tangga yang bakal mendirikan kelak.\r\"Keputusan ini dibuat selepas kami berdua kuat dan yakin antara satu sama lain. Kami menunggu selama setahun tiga bulan dan memikirkan bersama apakah rencana ini benar. Alhamdulillah, meskipun banyak cubaan terutama menjelang hari pertunangan semuanya berakhir seperti yang dirancang,\" katanya yang masih berahsia mengenai tarikh pernikahan mereka.\rPenyanyi yang cukup popular dengan lagu Aku Ingin Kamu, Kamu Ingin Dia berkata, belum masanya untuk dia berbicara mengenai perkara itu.\r\"Kami akan bernikah tidak lama lagi, cuma tarikhnya belum boleh diberitahu. Saya mengimpikan sebuah majlis pernikahan yang berbeza dan lari daripada kebiasaan tetapi akan dikenang oleh semua yang datang,\" jelas Ashanty.\r\n\n\n\rPada majlis itu, Anang yang didampingi dua cahaya matanya, Aurel dan Azriel saling bertukar cincin yang mempunyai makna tersendiri buat pasangan itu.\r\"Cincin ini tidak dibeli, sebaliknya kedua-duanya adalah milik ibu saya dan ibu Anang. Permata yang menghiasi cincin ini mempunyai sejarahnya, dibeli di Sri Lanka ketika bapa bertugas di sana,\" kata Ashanty.\rKebetulan kata Ashanty, bakal suaminya menggemari rona hijau dan lebih bermakna, ia adalah cincin perkahwinan kedua-dua ibu bapanya. Menafikan majlis pertunangan mereka berlangsung penuh kemewahan, Ashanty menjelaskan, acara dihadiri lebih 200 tetamu itu disempurnakan mengikut permintaan keluarga kedua-dua belah pihak. \"Terserah jika ada yang melihat majlis ini mewah kerana kami cuma melunaskan permintaan dan kesepakatan kedua-dua keluarga.\r\"Awalnya majlis ini cuma untuk 70 orang tetapi yang hadir lebih daripada itu, namun syukur kerana jumlah besar itu tidak mengganggu kelancaran acara,\" katanya. \rMengenai tarikh nikah yang didakwa bakal disempurnakan pada 11 Mei ini, Ashanty dan Anang masing-masing meminta supaya semua pihak bersabar dan tidak membuat sebarang spekulasi.\r\"Tunggu saja pengumumannya nanti. Jika ada tarikh yang diuar-uarkan, ia belum tentu benar kerana bukan datang daripada mulut kami berdua. Perkara ini masih dibincangkan antara keluarga, jadi lebih manis jika kami mengumumkannya selepas menemui persepakatan,\" kata Ashanty memaklumkan keluarga mereka hanya berbincang lanjut mengenai perkara itu pada satu pertemuan selepas majlis pertunangan mereka selesai.\rMeskipun pernah melalui pengalaman serupa ketika membuat persiapan pernikahan pertamanya dulu, Anang ternyata masih gugup ketika proses lamaran berlangsung. Apatah lagi, tarikh itu menjadi hari paling ditunggu bukan saja oleh kedua-dua anaknya tetapi juga keluarga Anang yang menetap di Jember.\r\"Mana mungkin tidak gugup kerana saya terpaksa menjawab pelbagai pertanyaan yang dilontarkan oleh keluarga Ashanty.\rSeharian saya diburu debaran, malah tidak henti berdoa supaya semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah, saya puas dengan perjalanan majlis ini, begitu juga keluarga Ashanty. Hanya sebahagian kecil keluarga saya datang, Insya-Allah pada hari pernikahan nanti baru semua akan dijemput hadir,\" katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.080309 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list