CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51822|Reply: 189

Kisah-Kisah Alam Ghaib dan Ulama Sufi (Update 13-6-2012 00:04)

[Copy link]
Post time 26-4-2012 11:17 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by InspekterZ at 13-6-2012 00:12

Assalammualaikum warahmatullahhi Wabarokatuh

Bismillahhirahmaanirrahim

Saya mulai dengan izin Allah serta Selawat, Allahumma solliala Muhammad

Mohon izin agar cerita2 sufi dan kisah ghaib mereka ini jgn di salah erti dan silap faham.

Hanya sekadar renungan dlm pengertian yg penuh bermakna. Agar kita semua tergolong dlm limpahan rahmat Allah dan naunganNya.

Cerita 1,

SULTAN YANG MENJADI ORANG BUANGAN

Seorang Sultan Mesir konon mengumpulkan orang-orang terpelajar, dan seperti biasanya timbullah pertengkaran.Pokok masalahnya adalah Mikraj Nabi Muhammad.



Dikatakan,pada kesempatan tersebut Nabi diambil dari tempat tidurnya,dibawa ke langit. Selama waktu itu ia menyaksikan syurga neraka, berbicara dengan Tuhan sembilan puluh ribu kali,mengalami pelbagai kejadian lain dan dikembalikan ke biliknya sementara tempat tidurnya masih hangat. Kendi air
yang terguling kerana tersentuh Nabi waktu berangkat, airnya masih belum habis ketika Nabi turun kembali.

Beberapa orang berpendapat bahawa hal itu benar, sebab ukuran waktu di sini dan di sana berbeza. Namun Sultan menganggapnya tidak masuk akal.

Para ulama cendikia itu semuanya mengatakan bahawa segala hal boleh saja terjadi kerana kehendak Tuhan. Hal itu tidak memuaskan raja.

Berita perbezaan pendapat itu akhirnya didengar oleh Sufi Syeh Shahabuddin, yang akan saja menghadap raja. Sultan menunjukkan kerendahan hati terhadap guru yang berkata,"Saya bermaksud segera saja mengadakan pembuktian. Ketahuilah bahawa kedua-dua tafsiran itu keliru, dan bahawa ada faktor-faktor yang boleh ditunjukkan, yang menjelaskan cerita itu tanpa dipaksa pada perkiraan ngawur atau akal, yang dangkal dan terhad. "

Di ruang pertemuan itu terdapat empat jendela. Sang Syeh memerintahkan agar yang sebuah dibuka. Sultan melihat keluar melalui jendela itu. Di pergunungan nun jauh disana terlihat olehnya sejumlah besar perajurit menyerang, bagaikan semut banyaknya, menuju ke istana. Sang Sultan sangat ketakutan.

"Lupakan saja, tak ada apa-apa," kata Syeh itu.

Ia menutup jendela itu lalu membukanya kembali. Kali ini tak ada seorang perajurit pun yang kelihatan.

Ketika ia membuka tingkap yang lain, kota yang di luar tampak terbakar. Sultan berteriak ketakutan.

"Jangan bingung Sultan, tak ada apa-apa," kata Syeh itu. Ketika pintu itu ditutup lalu dibuka kembali, tak ada api sama sekali.

Ketika tetingkap ketiga dibuka, terlihat banjir besar mendekati istana. Kemudian ternyata lagi bahawa banjir itu tak ada.

Jendela keempat dibuka, dan yang tampak bukan padang pasir seperti biasanya, tetapi sebuah taman firdaus. Dan setelah tingkap tertutup lagi, lalu dibuka, pemandangan itu tak ada.

Kemudian Syeh meminta sebekas air, dan meminta Sultan memasukkan kepalanya dalam air sesaat saja Segera setelah Sultan melakukan itu, ia merasa berada di sebuah pantai yang sepi, di tempat yang sama sekali tak dikenalnya, kerana ilmu ghaib Syeh itu. Sultan marah sekali dan ingin membalas dendam.

Segera saja Sultan bertemu dengan beberapa orang penebang kayu yang menanyakan siapa dirinya. Kerana sukar menjelaskan siapa dia sebenarnya, Sultan mengatakan bahawa ia terdampar di pantai itu kerana kapalnya pecah. Mereka memberinya pakaian, dan ia pun berjalan ke sebuah kota. Di kota itu ada
seorang tukang besi yang melihatnya gelandangan, dan bertanya siapa dia sebenarnya. Sultan menjawab bahawa ia seorang pedagang yang terdampar, hidupnya bergantung pada kebaikan hati penebang kayu, dan tanpa mata pencarian.

Orang itu kemudian menjelaskan tentang kebiasaan bandar tersebut. Semua pendatang baru boleh meminang wanita yang pertama ditemuinya, meninggalkan tempat mandi, dan dengan syarat si wanita itu harus menerimanya. Sultan itupun lalu pergi ke tempat mandi umum, dan di lihatnya seorang gadis cantik keluar dari tempat itu. Ia bertanya, apa gadis itu sudah kawin? ternyata sudah. Jadi ia harus menanyakan yang seterusnya, yang wajahnya sangat buruk. Dan yang seterusnya lagi. Yang ke empat sungguh sungguh molek. Katanya ia belum kawin, tetapi ditolaknya Sultan kerana tubuh dan bajunya yang tak terurus.

Tiba-tiba ada seorang lelaki berdiri di depan Sultan katanya, "Aku disuruh ke mari menjemput seorang yang kusut di sini. mari, ikut aku. "

Sultan pun mengikuti pelayan itu, dan dibawa ke sebuah rumah yang sangat indah. Ia pun duduk di salah satu ruangannya yang megah berjam-jam lamanya. Akhirnya empat wanita cantik dan berpakaian indah-indah masuk, membawa wanita kelima yang lebih cantik lagi. Sultan mengenal wanita itu sebagai wanita terakhir yang ditemuinya di rumah mandi umum tadi.

Wanita itu menyambutnya dan mengatakan bahawa ia telah bergegas pulang untuk menyiapkan kedatangannya, dan bahawa penolakannya tadi itu sebenarnya sekadar gurauan saja, yang dilakukan oleh setiap wanita apabila berada di jalan.

Kemudian menyusul makanan yang lazat. Jubah yang sangat indah disiapkan untuk Sultan, dan muzik yang merdu pun diperdengarkan.

Sultan tinggal selama tujuh tahun bersama isterinya itu sampai ia menghambur-hamburkan habis warisan isterinya. Kemudian wanita itu mengatakan bahawa kini Sultanlah yang harus menanggung hidup keduanya bersama ketujuh anaknya.

Ingat pada sahabatnya yang pertama di kota itu, Sultan pun kembali menemui tukang besi untuk meminta nasihat. Kerana Sultan tidak mempunyai kemampuan apa pun untuk bekerja, ia disyorkan pergi ke pasar menjadi kuli.

Dalam sehari, meskipun ia telah mengangkat beban yang sangat berat, ia hanya boleh mendapatkan sepersepuluh dari wang yang diperlukannya untuk menyara keluarganya.

Hari berikutnya Sultan pergi ke pantai, dan ia sampai di tempat pertama kali dulu ia muncul di sini, tujuh tahun yang lalu. Ia pun memutuskan untuk solat, dan mengambil air wudhu dan pada saat itu pula tiba2 ia berada kembali di istananya, bersama-sama dengan Syeh itu dan segenap pegawai istana.

"Tujuh tahun dalam pengasingan, hai orang jahat" teriak Sultan pada sang syeh.

"Tujuh tahun, menghidupi keluarga, dan terpaksa menjadi kuli, Apakah kau tidak takut kepada Tuhan, Yang Maha Kuasa,hingga berani melakukan hal itu terhadapku? "

"Tetapi kejadian itu hanya sesaat," kata guru Sufi tersebut, Yakin waktu Baginda mencelupkan wajah ke air itu.

Para pegawai istana menyatakan hal itu benar sama sekali.

Sultan sama sekali tidak boleh mempercayai sepatah kata pun. Ia segera saja memerintahkan memenggal kepala Syeh itu. Kerana merasa bahawa hal itu akan terjadi, Syeh pun menunjukkan kemampuannya dalam Ilmu Ghaib (Ilm el-Ghaibat).


Ia pun segera lenyap dari istana tiba-tiba berada di Damsyik, yang jaraknya berhari-hari dari istana itu.
Dari kota itu beliau menulis surat kepada Sultan:

"Tujuh tahun berlalu bagi tuan, seperti yang telah tuan rasakan sendiri, padahal hanya sesaat saja wajah tuan tercelup di air. Hal tersebut terjadi kerana adanya kekuatan-kekuatan tertentu, yang hanya bertujuan untuk membuktikan apa yang boleh terjadi. Bukankah menurut kisah itu, tempat tidur Nabi masih hangat dan kendi air itu belum habis isi kandungannya?


Yang penting bukanlah berlaku atau tidaknya peristiwa itu. Segalanya mungkin terjadi. Namun, yang penting adalah makna kenyataan itu. Dalam hal tuan, tak ada makna sama sekali. Dalam hal Nabi, peristiwa itu mengandungi makna. "


Tamat.


Catatan

Dinyatakan, setiap ayat dalam Quran mempunyai tujuh erti, masing-masing sesuai untuk keadaan pembaca atau pendengarnya.

Kisah ini, seperti yg lain, banyak beredar dikalangan Sufi, menekankan nasihat Muhammad,
"Berbicaralah kepada setiap orang sesuai dengan taraf pemahamannya. "

Kaedah Sufi, menurut Ibrahim Khawas, adalah: "Tunjukkan hal yang tak diketahui sesuai dengan cara-cara yang 'diketahui' khalayak umum. "

Rate

1

View Rating Log

Related collections:

  • · MPS|Threads: 3, Subscribe: 0
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2012 11:33 PM | Show all posts
Lain dari yang lain..l
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2012 11:41 PM | Show all posts
Reply 2# miz_sunshine


    terima kasih sudi membaca. masih ada lbh kurang 20 cerita seperti ini.

1 hari 1 cerita. jadi pembacaan tidak terganggu. dpt juga difikirkan pengertiannya.

insyallah
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 11:56 PM | Show all posts
good story. best je baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2012 11:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by InspekterZ at 27-4-2012 00:03

oklah.

malam ini saya jamu lagi satu cerita. moga menyenangkan fiikiran dan meluaskan minda.

insyaallah



cerita 2,



SI LUMPUH DAN SI BUTA

Pada suatu hari seorang lumpuh pergi ke sebuah warung dan duduk di samping seseorang yang sudah sejak tadi disana. "Saya tidak boleh datang ke pesta Sultan," keluhnya, kerana kakiku yang lumpuh sebelah ini aku tak mampu berjalan dengan cepat. "

Orang disebelahnya itu mengangkat kepalanya. "Saya pun diundang, "katanya," tetapi keadaanku lebih buruk dari Saudara. Saya buta, dan tak boleh melihat jalan, walaupun saya juga diundang. "

Orang ketiga, yang mendengar percakapan kedua orang itu, berkata, "Tetapi, jika kamu menyedarinya, kamu berdua mempunyai cara untuk mencapai tujuan. Yang buta boleh berjalan, yang lumpuh didukung di pungung. Kalian boleh menggunakan kaki si Buta, dan Si Lumpuh untuk menunjukkan jalan. "

Dengan cara itulah kedua-duanya boleh mencapai tujuan, dan pesta sudah menanti.

Dalam perjalanan, keduanya sempat berhenti di sebuah warung lain. Mereka menjelaskan keadaannya kepada dua orang lain yang duduk bersedih disana. Kedua-dua orang itu, yang seorang tuli, yang lain bisu. Kedua-duanya juga dijemput ke pesta. Yang bisu mendengar, tetapi tidak boleh menjelaskannya kepada temannya yang pekak itu. Yang tuli boleh bicara, tetapi tidak ada yang boleh dikatakannya.

Kedua orang itu tak ada yang boleh datang ke pesta, sebab kali ini tak ada orang ketiga yang boleh menjelaskan kepada mereka bahawa ada masalah, apalagi bagaimana cara mereka akan menyelesaikan masalah itu.


Tamat.



Catatan

Dikisahkan bahawa Syeh Abdul Kadir yang Agung meninggalkan jubah Sufi yang bertampal-tampal untuk diberikan kepada calon pemakainya yang baru akan lahir enam ratus tahun selepas kemangkatan Sufi Agung itu.

Pada tahun 1563, Sayid Iskandar Syah, Qadiri, setelah mendapat kepercayaan ini, menunjuk Syeh Ahmad Faruk dari Sirhind sebagai pewaris jubah itu.

Guru Naqshibandi ini telah ditahbiskan menjadi ahli enam belas golongan Sufi oleh ayahnya, yang telah mencari dan membangkitkan kembali adat dan pengetahuan Sufisme sepanjang pengembaraannya yang jauh dan berbahaya.

Orang percaya bahawa Sirhind merupakan tempat yang ditentukan munculnya Guru Agung, dan turun-temurun orang-orang suci telah menanti kewujudan itu.

Sebagai akibat dari munculnya Faruqi dan penerimaannya oleh semua golongan pada masanya, golongan Naqshibandi kini merasmikan pengikut-pengikutnya menjadi empat jalur utama dalam Sufisme: Chishti, Qadiri, Suhrawardi, dan Naqshibandi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 01:10 AM | Show all posts
menarik sunggu...ini ditaip dalam bahasa apa????melayu atau indonesia??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2012 05:44 AM | Show all posts
Cerita-cerita yang TT kongsikan sangat menarik dan penuh pengajaran. Terima kasih TT dan teruskan perjuangan murni TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2012 10:19 PM | Show all posts
Reply 7# key89


    terima kasih. teruskan pembacaan. moga bertambah ilmu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2012 10:20 PM | Show all posts
Reply 6# gabob94


    terima kasih. bahasa melayu lama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2012 10:30 PM | Show all posts
salam.


cerita 3,


KETIKA AIR BERUBAH

Pada zaman dahulu, KHIDIR, Guru Musa, memberi peringatan kepada manusia. Pada hari tertentu, katanya, semua air didunia yang tidak disimpan secara khusus akan lenyap. Sebagai gantinya akan ada air baru, yang mengubah manusia menjadi gila.

Hanya seorang yang menangkap makna peringatan itu. Ia mengumpulkan air dan menyimpannya di tempat yang selamat. Ditunggunya saat yang di sebut-sebut itu.

Pada hari yang dipastikan itu, sungai-sungai berhenti mengalir, telaga-telaga kering. Melihat kejadian itu, orang yang menangkap makna peringatan itu pun pergi ke tempat simpanan dan meminum airnya.

Ketika dari tempat persembunyiannya itu ia menyaksikan air terjun kembali memuntahkan air, orang itu pun menghampirkan dirinya dengan orang-orang lain. Ternyata mereka itu kini berfikir dan berbicara dengan cara sama sekali lain dari sebelumnya, mereka tidak ingat lagi apa yang pernah terjadi, juga tidak ingat sama sekali bahawa pernah mendapat peringatan dari KHIDIR. Ketika orang itu cuba bercakap dengan mereka, ia menyedari bahawa ternyata mereka telah menganggapnya gila. Terhadapnya, mereka menunjukkan rasa benci atau kasihan, bukan pengertian.

Mula-mula orang itu tidak mahu minum air yang baru, setiap hari ia pergi ke tempat persembunyiannya, minum air simpanannya. Tetapi, akhirnya ia memutuskan untuk meminum saja air baru itu, ia tidak tahan lagi menderita kesunyian hidup, tindakan dan fikirannya sama sekali berbeza dengan orang-orang lain. Ia meminum air baru itu, dan menjadi seperti yang lain-lain. Ia pun sama sekali melupakan air simpanannya, dan rakan rakannya mulai menganggapnya sebagai orang yang baru saja waras dari sakit gila.

Catatan

Orang yang dianggap mencipta kisah ini, Dhun-Nun, seorang Mesir (meninggal tahun 860), selalu dihubung hubungkan dengan suatu bentuk Pertubuhan Rahsia. Ia adalah tokoh paling awal dalam sejarah golongan Darwis Malamati, yang oleh para ahli Barat sering dianggap mempunyai persamaan yang erat dengan keahlian ahli Persekutuan Rahsia. Konon, Dhun-Nun berjaya mencari erti hieroglip Firaun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2012 11:00 PM | Show all posts
cerita 4,


BAYAZID DAN ORANG YANG MEMIKIRKAN DIRI SENDIRI

Pada suatu hari, seseorang mengomel kepada Bayazid, seorang ahli mistik pada abad kesembilan, mengatakan bahawa ia telah berpuasa dan berdoa dan berbuat segalanya selama tiga puluh tahun namun tidak juga menemukan kesenangan seperti yang digambarkan Bayazid. Bayazid menjawab, orang itu boleh saja meneruskan perbuatannya tiga ratus tahun lagi tanpa mendapatkan kesenangan juga.

"Mengapa begitu?" tanya Si Sok-Saleh.

"Sebab kesombonganmu merupakan halangan utama bagimu."

"Cuba katakan apa ubatnya."

"Ubatnya tak akan mampu kau laksanakan."

"Bagaimanapun, katakan sajalah."

Bayazid pun berkata, "Kau harus pergi ke tukang gunting
rambut untuk mencukur janggutmu. Lepaskan semua pakaianmu dan kenakan korset. isi sebuah beg kuda dengan kenari sampai penuh, lalu gantungkan di lehermu. Pergilah ke pasar dan menyeru,


'akan kuberikan sebutir kenari kepada setiap anak yang memukul tengkukku. '


Kemudian teruskan perjalananmu ke sidang pengadilan agar semua orang menyaksikanmu. "

"Tetapi aku tak boleh melakukan hal itu, cuba katakan cara lain yang sama manfaatnya. "

"Itu langkah pertama, dan satu-satunya cara," kata Bayazid,


tambah Bayazid lagi, "sudah aku katakan kepadamu bahawa kau tak akan boleh melakukan hal itu, jadi tak ada ubat bagi kamu lagi. "

catatan

Al-Ghazali, dalam Alkemia Kebahagiaan, mempergunakan ibarat ini untuk menekankan kenyataan yang sering diulang-ulangnya bahawa setiap orang, betapa jujur usaha mencari kebenaran itu bagi dirinya sendiri dan bahkan mungkin juga bagi orang lain-nyatanya kadang-kadang didasari kesombongan atau mencari untung sendiri (kesenangan dunia), hal-hal yang merupakan halangan utama bagi pencarian kebenaran yg hakiki.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2012 11:32 PM | Show all posts
Cerita 5,


RAKSASA DAN SUFI

Seorang ahli sufi yang sedang musafir lewat sebuah bukit yang terpencil tiba-tiba berhadapan dengan raksasa setan tinggi besar, yang akan menghancurkannya.



Sufi itu berkata, "Baik, sila mencubanya, tetapi aku boleh mengalahkanmu, sebab aku sangat perkasa dalam pelbagai hal, lebih dari yang kau bayangkan.


"Kau hanya cakap kosong, "kata Raksasa.

"Kau ahli Sufi, yang terpikat pada masalah rohani. Kau tak akan dapat mengalahkan aku, sebab aku mempunyai kekuatan fizikal, aku tiga puluh kali lebih besar darimu. "

"Kalau kau menginginkan uji kekuatan," kata Sufi, "genggam batu ini dan perahlah air darinya"


Ia memungut sebutir batu kecil lalu memberikannya kepada Si Setan. Setelah berusaha sekuat tenaga, Raksasa itu menyerah.



"Tak mungkin, tak ada air dalam batu ini. Cuba tunjukkan kalau memang ada airnya. "
Dalam keremang-remangan kerana dihadap setan, Sang Sufi mengambil batu itu, juga mengambil sebutir telur dari kantungnya, lalu memerah keduanya, meletakkan tangannya di atas tangan Raksasa. Sang
Raksasa teruja sebab orang memang suka teruja oleh hal-hal yang tidak difahami, dan memandangnya
tinggi-tinggi, lebih tinggi daripada yang seharusnya mereka berikan.

"Aku harus memikirkan hal ini," katanya.

"Mari ku ajak kau ke guaku, dan akan ku jamu kau malam ini.


"Sang Sufi mengikutinya masuk ke sebuah gua yang sangat besar, penuh dengan barang-barang milik para pengembara tersesat yang sudah dibunuh, benar-benar merupakan gua Aladin.


"Berbaringlah di sebelahku dan tidurlah," kata Si Setan,
"Besok aku akan memberikan keputusan."

Ia pun membaringkan dirinya dan segera tertidur.

Sang Sufi, yang secara naluri mengetahui adanya bahaya pengkhianatan, merasa harus bangkit dan menyembunyikan diri di tempat yang agak jauh dari Raksasa. Itu dilakukannya sesudah menetapkan tempat pembaringannya tadi, agar seolah-olah nampak ia masih tidur di samping Si Raksasa.
Tidak lama setelah ia pindah tempat itu, Si Raksasa pun bangun. Ia mengambil sebuah batang pohon, menghentam Ahli Sufi yang pada fikirannya masih tidur disebelahnya itu dengan tujuh pukulan yang sangat kuat. Lalu ia berbaring lagi, terus tidur. Sang Sufi kembali ke tempat tidurnya semula, berbaring lalu memanggil Raksasa.

"Hoi Raksasa, guamu ini sangat menyenangkan, tetapi aku baru saja digigit nyamuk tujuh kali. Kau harus menyingkirkan nyamuk itu. "

Hal ini tentu saja sangat mengejutkan Raksasa sehingga ia tidak berani lagi menyerang Sang Sufi. Bagaimana, kalau seorang telah dipukul tujuh kali dengan sebuah batang pokok oleh Raksasa yang menggunakan tenaga sekuat-kuatnya...

Paginya, Si Raksasa memberikan beg kulit lembu kepada Sang Sufi, katanya,
"Ambil air untuk makan pagi, agar kita boleh membuat teh."


Sang Sufi tidak mengambil beg itu (Yang begitu besar sehingga diangkat pun sukar), tetapi pergi menuju ke sebuah sungai kecil untuk menggali saluran air kecil ke arah gua.



Si Raksasa menjadi haus, "Kenapa tak kau bawa air? "

"Sabar sahabat, saya sedang membuat saluran tetap menuju ke mulut gua, agar nantinya kau tak usah membawa-bawa beg berat itu untuk mengambil air."


Tetapi Raksasa itu terlalu haus dan tak sabar menanti. Diambilnya beg kulit itu, lalu ia menuju ke sungai mengisinya dengan air. Ketika teh sudah tersedia, ia meminum seberapa banyak dan fikirannya mula menjadi agak jernih. Ia berkata,"Kalau kau memang kuat dan kau memang telah membuktikannya kenapa tak boleh kau gali saluran itu secara cepat, tetapi sejengkal demi sejengkal? "

"Sebab," kata Sang Sufi, "tak ada hal yang sungguh-sungguh berharga boleh dikerjakan tanpa penggunaan tenaga sesedikit mungkin. Setiap hal menuntut penggunaan tenaga pada kadarnya dan saya menggunakan tenaga sesedikit mungkin untuk menggali saluran. Disamping itu, aku tahu bahawa kau begitu terbiasa menggunakan beg kulit itu sehingga tidak boleh meninggalkan kebiasaanmu. "




Tamat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 10:50 AM | Show all posts
beshh nyaaaaaaaaaaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 01:58 PM | Show all posts
Reply 9# InspekterZ


   ooo....patutla....payah sket nkpaham...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 06:14 PM | Show all posts
disini barulah kisah
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 07:12 PM | Show all posts

Kisah-Kisah Alam Ghaib dan Ulama Sufi

Wow, cte pertama tu. Kuasa syed. Sang sufi mursyid dah menyamai kekuasaan penciptanya. Bravo


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2012 07:16 PM | Show all posts

Kisah-Kisah Alam Ghaib dan Ulama Sufi

Wow, cte pertama tu. Kuasa syed. Sang sufi mursyid dah menyamai kekuasaan penciptanya. Bravo


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 08:22 PM | Show all posts
dah lama tak baca citer2 mcm ni...saya suka bahasa melayu lama mcm ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2012 09:47 PM | Show all posts
Reply 13# anniez08


    makaseh. sila baca cerita selanjutnya nt ya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2012 09:57 PM | Show all posts
Reply 14# gabob94


   saya harap tiada masalah bagi kamu untuk memahami cerita2 ini. kerana didalam setiap cerita itu adalah perumpamaan bagi setiap murid yang masih belajar. siapa yg tidak berminat dgn cerita seperti ini, bererti dia tiada minat dalam hal rohani.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.361953 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list