CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3802|Reply: 18

Adik2 CI jgn ponteng kelas yea

[Copy link]
Post time 3-8-2012 08:57 AM | Show all posts |Read mode
Bala ponteng kelas




DE terpaksa menderita sebelum anggota bomba dapat memotong bilah pagar berkenaan dan mengejarkannya ke hospital.

BEIJING: Seperti pepatah “buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat,” begitulah takdir menimpa seorang pelajar yang cuba ponteng sekolah semalam.
Gara-gara ingin melarikan diri dari kelas, De Fang menderita kesakitan amat sangat selepas bahunya ditembusi pagar sekolah.

De, 16, dilaporkan melarikan diri dari kelas dan memanjat pagar sekolahnya di daerah Suixi di wilayah Anhui, tengah China.

Bagaimanapun, dia tersilap langkah dan tergelincir, menyebabkan satu daripada bilah pagar itu tercucuk bahu kanannya.

Media tempatan melaporkan, De menjerit sekuat hati untuk meminta tolong.

Dia bernasib baik kerana suaranya segera didengari pelajar lain yang bertindak pantas menghubungi pihak sekolah.



Anggota bomba kemudian dikejarkan ke sekolah untuk menyelamatkan De.

Saksi berkata, anggota bomba terpaksa mengangkat tubuh De ke udara untuk beberapa ketika sebelum mereka dapat memotong pagar berkenaan. Dia kemudian dikejarkan ke hospital tempatan untuk menjalani pembedahan kecemasan. Jurucakap hospital berkata, doktor memerlukan masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan bilah besi itu sebelum dapat merawat kecederaannya. Sementara itu, De berkata, dia berasa begitu gementar ketika melompat pagar berkenaan.


Keadaan itu, katanya, menyebabkan tapak tangannya basah kerana berpeluh. “Saya tersalah langkah dan tergelincir ketika memanjat pagar,” katanya. - DM


Related collections:

  • · new|Threads: 1, Subscribe: 0
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2012 09:00 AM | Show all posts
itulah... tuhan tidak merestui tindakan tuang kelas ini...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 09:03 AM | Show all posts
ngeri btul
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 09:06 AM | Show all posts
Elok mampos je...besar nt jd penyangak, pecah masuk rumah org sb da biasa panjat2 pagar
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 09:15 AM | Show all posts
Kalo pakai pagar kawat hijau tu senang sikit nak 'fly'. Tebuk lubang kat bawah. tak payah panjat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 09:35 AM | Show all posts
Aku kat China arituh pun tertengok budak2 sekolah asrama escape dari sekolah panjat pagar malam2. Lepas tu kena kejar pak guard.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2012 09:43 AM | Show all posts
seb baik aku x penah tuang kelas....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 09:43 AM | Show all posts
Kan dah dapat ubat..

Mak pak susah payah cari duit suh gi belajar...main ponteng2 pulak.
seb baik tak mati tercucuk.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2012 09:44 AM | Show all posts
this can only happen in china..
minggu lepas kes sorang pekerja kontrak jatuh atas cerucuk besi..
tembus celah kangkang...

sebelum tu besi tembus kat kepala... tapi umur masih panjang.. dapat diselamatkan..


Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 10:28 AM | Show all posts
poison_paradise posted on 3-8-2012 09:06 AM
Elok mampos je...besar nt jd penyangak, pecah masuk rumah org sb da biasa panjat2 pagar

setuju. hambikkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 10:39 AM | Show all posts
gambar ni patut tmpal besar2 kt depan pintu sekolah....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 10:42 AM | Show all posts
niat yg buruk balasannya pon buruk....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 10:43 AM | Show all posts
nasib kena bahu.. kalau kena tang tak leh di selamatkan lagi haru.. pasal ponteng kelas je lak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 10:48 AM | Show all posts
kat malaysia x payah bersusah panjat, lubang chaink link merata2
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 10:49 AM | Show all posts
tahniah la..daripada tuang kelas dapat cuti panjang tros
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 10:58 AM | Show all posts
I geng fly jugak dulu masa metrik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2012 12:29 PM | Show all posts
balasan ponteng kelas
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 04:30 PM | Show all posts
sib baik hostel dlu senang2 jer nak fly.. rekod bersih, xpnh kantoi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 04:32 PM | Show all posts
fuhh. sakit tu. dulu2 suka ponteng gak. nasib baik tak jatuh dari tebing masa meluncur melarikan diri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.603465 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list