CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7170|Reply: 88

[Tempatan] {5} Boleh belok kiri walaupun lampu merah !

[Copy link]
Post time 5-10-2012 03:16 AM | Show all posts |Read mode

DBKL telah memasang papan tanda di enam persimpangan lampu isyarat bagi memaklumkan kepada pengguna jalan raya di Kuala Lumpur bahawa mereka boleh membelok ke kiri walaupun lampu isyarat pada waktu itu berwarna merah.


KUALA LUMPUR – Lebih 4.5 juta pengguna jalan raya di ibu kota kini dibenarkan membelok ke kiri di persimpangan lampu isyarat bagi melancarkan aliran trafik serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.


Buat permulaan, peraturan itu dilaksanakan di enam persimpangan utama. Enam jalan tersebut ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Abdullah, Jalan Ampang, Jalan Tun Razak dan Jalan Raja Muda Musa Abdul Aziz.


Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, peraturan itu yang berkuatkuasakan mulai semalam akan dilaksanakan di jalan-jalan lain di ibu kota jika ia terbukti dapat mengurangkan kesesakan.


Menurutnya, pengguna jalan raya boleh membelok kiri di persimpangan jalan-jalan tersebut walaupun pada waktu itu lampu isyarat menunjukkan warna merah tanda berhenti dengan syarat tiada kenderaan lain atau pejalan kaki melintas di hadapan mereka.


“DBKL telah meletakkan papan tanda di kawasan itu bagi memaklumkan kepada pengguna jalan raya mengenai peraturan baharu itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pelaksanaan peraturan itu di sini semalam.


Beliau berkata, peraturan itu dilaksanakan berdasarkan garis panduan dan spesifikasi yang ditetapkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dengan mengambil kira keselamatan pengguna jalan raya terutama pejalan kaki.
Sebelum ini, peraturan yang sama telah diperkenalkan di Putrajaya, Kuching dan Kuantan.

p/s sape gian nak langgar lampu merah, lalu sini...

Statistik kategori thread dibuka oleh TW75 pada 5 Okt 2012

1. Ehwal kemasyarakatan -2 threads
2. Pendidikan - 0 thread
3. Seks - 0 thread
4. Jenayah - 1 thread
5. Dunia - 2 threads
6. Sukan - 0 thread

jumlah thread -5







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2012 04:13 AM | Show all posts
Laaa... bukan benda ni memang dah lama ke boleh buat...?

AKu selalu je belok kalau takda kenderaan lain... kiranya selama ni aku buat kesalahan lalu lintas lah, gitu..?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 04:59 AM | Show all posts
sepatutnya mmg boleh belok kiri...siapa yg menunggu hanya menyebabkan kesesakan sahaja dan kurang cerdik...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 05:06 AM | Show all posts
Singapore dah lama buat. Ada pun orang cerdik dalam DBKL.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 05:53 AM | Show all posts
Laa.. KL baru nak ada ke? Kat Kch byk je simpang ada kebenaran cenggini, sejak azali dah. Bezanya singage guna bahse omputeh..

'Turn left when exit is clear'.

Kat Putrajaya pun ada kan, tapi ada masanya ada lagi driver yg berhemah sgt dok melangut tunggu lampu jadik hijau walopun dah siap2 ada signage ni,,,
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 05:56 AM | Show all posts
MEREKA BARU TAHU KOT BENDA NIE....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2012 06:06 AM | Show all posts
lah...... kat kuantan dah lame ade binatang ni..... tak urban langsung KL....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 06:10 AM | Show all posts
Bukan benda aje tu dah lama ada....cara mentalitynya DBKL pun lama...high time masuk arkib Negara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2012 06:17 AM | Show all posts
Al-Patih posted on 5-10-2012 06:10 AM
Bukan benda aje tu dah lama ada....cara mentalitynya DBKL pun lama...high time masuk arkib Negara

huh what? where? who?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 06:21 AM | Show all posts
edee_91 posted on 5-10-2012 06:17 AM
huh what? where? who?

Beb...when? tertinggal...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 06:26 AM | Show all posts
Bgus la br sedar
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 06:54 AM | Show all posts
betul kata mizzsued tu, kat Kuching, aku kata sana tahun 1992 dah ada dah benda ni..  tak perlu tunggu lampu hijau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2012 06:57 AM | Show all posts
Mizzsued posted on 5-10-2012 05:53 AM
Laa.. KL baru nak ada ke? Kat Kch byk je simpang ada kebenaran cenggini, sejak azali dah. Bezanya si ...

dah sape soh tulis bahase omputih...
ingat nie ingelan ker...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 06:59 AM | Show all posts
Mizzsued posted on 5-10-2012 05:53 AM
Laa.. KL baru nak ada ke? Kat Kch byk je simpang ada kebenaran cenggini, sejak azali dah. Bezanya si ...

org kl lurus bendul...nak ada papan tanda baru nak ikut ehe...aku dah lama buat belok kiri kalau tiada kenderaan ni...

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 07:00 AM | Show all posts
Mizzsued posted on 5-10-2012 05:53 AM
Laa.. KL baru nak ada ke? Kat Kch byk je simpang ada kebenaran cenggini, sejak azali dah. Bezanya si ...

... org kat Putrajaya tu skemaaa sesangat kekdahnya....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 07:12 AM | Show all posts
putrajaya pon ada.. kat jepun pon memang boleh buat gini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2012 07:14 AM | Show all posts
aku takkan belok kiri jika laluan tu mmg disediakan lampu isyarat khas sebiji utk ke kiri. kalau takde lampu isyarat khas utk ke kiri, aku assume mmg boleh belok kiri walaupun lampu tgh merah. ke aku yg silap.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 07:14 AM | Show all posts
Wtf?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 07:45 AM | Show all posts
kontan lg maju dr kl la bab ni ek
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 07:50 AM | Show all posts
epal10 posted on 5-10-2012 07:14 AM
aku takkan belok kiri jika laluan tu mmg disediakan lampu isyarat khas sebiji utk ke kiri. kalau ta ...

kalau ko perasan betul betul...kiri ni biasanya boleh masuk bila kenderaan dari depan seperti di simpang 3  berlampu hijau...jadi
ianya selamat utk masuk kiri...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.067401 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list