CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14637|Reply: 65

[Tempatan] Orang terkaya Malaysia: 31 bilionair, Syed Mokhtar kekal tangga ke-5

[Copy link]
Post time 16-2-2013 06:58 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong masih merupakan orang terkaya di Malaysia dengan kekayaan bernilai RM46.1 bilion, meningkat sebanyak 0.88 peratus daripada RM45.7 bilion tahun lepas, diikuti oleh ahli perniagaan Ananda Krishnan dan Pengerusi/CEO Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow.

Ananda, yang menduduki tempat kedua sejak 2004, telah mengalami penyusutan kekayaan terbesar apabila ia merosot 23.5 peratus dari tahun lepas, dengan aset yang dipegang melalui Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai RM32.90 bilion setakat tarikh pengiraan pada 18 Januari, 2013.

Teh, mengekalkan kedudukannya bagi tahun ketiga berturut-turut dengan aset bernilai RM13.73 bilion, demikian menurut Malaysian Business, majalah perniagaan perdana Malaysia dalam terbitan 16 Februari.

Ia berkata kekayaan tergabung 40 individu terkaya Malaysia itu meningkat sedikit tahun ini meskipun dalam keadaan pasaran modal yang turun naik dan tidak menentu.

Secara kolektif, 40 orang terkaya Malaysia itu bernilai RM194.86 bilion pada 18 Januari. Ini merupakan peningkatan kecil sebanyak 0.86 peratus berbanding RM193.2 bilion setahun lalu.

Semasa Malaysian Business mula-mula menilai kekayaan 40 individu terkaya Malaysia pada 2002, aset tergabung mereka berjumlah RM41.7 bilion dan Robert Kuok Hock Nien muncul pada kedudukan teratas.

Majalah itu berkata keempat dalam senarai itu ialah Tan Sri Quek Leng Chan, yang melonjak daripada kedudukan keenam tahun lepas, menggantikan Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Group, yang turun ke tempat keenam.

Kekayaan Quek, melalui syarikat utamanya, Hong Leong Group dan Guoco Group, bernilai RM11.09 bilion tahun ini.

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengekalkan kedudukan kelimanya tahun ini dengan kekayaan berjumlah RM10.60 bilion, meningkat daripada RM9.53 bilion tahun lepas.

Tan Sri Lee Shin Cheng, melalui syarikatnya, IOI Group, turun dari kedudukan keempat pada 2012 ke tempat keenam dengan aset bernilai RM10.56 bilion.

Pengerusi Genting Group, Tan Sri Lim Kok Thay, dan ibunya, Puan Sri Lee Kim Hua, masing-masing masih pada kedudukan ketujuh dan kelapan. Kekayaan Lim bertambah 7.06 peratus kepada RM8.12 bilion manakala Lee menambah kekayaannya
sebanyak 9.82 peratus kepada RM7.23 bilion.

Tan Sri Tiong Hiew King, melalui jenteranya, Rimbunan Hijau Sdn Bhd, berada di tempat kesembilan tahun ini dengan aset bernilai RM6.35 bilion, susut 1.01 peratus daripada kekayaannya tahun lepas.

Melengkapi senarai 10 terkaya ialah jutawan harta yang berpangkalan di Singapura, Ong Beng Seng, melalui Hotel Properties Ltd, dengan kekayaan berjumlah RM4.02 bilion, setelah mengalami penyusutan sebanyak 18.36 peratus daripada tahun lepas.

Malaysian Business berkata satu hakikat menarik ialah sejak 2002, seramai 81 tikun telah menyertai senarai 40 Orang Terkaya Malaysia dan daripada jumlah itu, 15 berjaya terus kekal dalam senarai.

Keseluruhannya, peningkatan kukuh kekayaan hartawan-hartawan ini boleh dikaitkan dengan prestasi pasaran saham dan inflasi harga, memandangkan sebahagian besar kekayaan mereka adalah berdasarkan pegangan saham masing-masing.

Ia juga mencerminkan prestasi syarikat mereka dan pertumbuhan positif ekonomi Malaysia dalam 12 tahun lalu.

Bagi tahun ini, ada 31 bilionair – bertambah seorang lagi sejak tahun lepas - dan 23 daripada 40 orang dalam senarai itu menyaksikan aset mereka meningkat daripada tahun lepas. Daripada seramai ini, 14 mencatatkan pertumbuhan lebih daripada 10 peratus.

Senarai itu juga mencatat tiga pendatang baharu. Datuk Desmond Lim dari Pavilion REIT muncul kali pertama dalam senarai itu pada tempat ke-15, dengan kekayaan bernilai RM1.869 bilion. Dua lagi, Datuk Tan Heng Chew dari Tan Chong Motors Holding dan Tan Sri Kua Sian Kooi dari KSK Group, memasuki semula senarai itu, masing-masing pada tempat ke-37 dan ke-40.

Senarai penuh 40 tikun dan perincian kekayaan masing-masing disiarkan dalam majalah itu. Ia juga memaparkan senarai 10 tikun terkaya dalam Pasaran ACE.

Seperti pada tahun-tahun lepas, kekayaan 40 individu dalam senarai itu dinilai berdasarkan pegangan kepentingan masing-masing dalam syarikat-syarikat tersenarai pada 18 Januari.

Malaysian Business diterbitkan oleh Berita Publishing Sdn Bhd. - Bernam


bagaimana kamal Ashnawi tu? kan Bertrillion.....


dalam list ni tiada melayu....hanya rakyat malaysia keturunan hakka, teochew,hainan, arab dan Tamil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2013 07:02 PM | Show all posts
mana forumer billionaire tu? awat tak da dalam senarai. nanti meroyan pulak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2013 07:05 PM | Show all posts
NBH posted on 16-2-2013 07:02 PM
mana forumer billionaire tu? awat tak da dalam senarai. nanti meroyan pulak.

si panda tu...ka?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 07:15 PM | Show all posts
NBH posted on 16-2-2013 07:02 PM
mana forumer billionaire tu? awat tak da dalam senarai. nanti meroyan pulak.

yg pakai perodua tapi menyamar ala2 owner keta import dgn gigih kutuk preve , NAP. AP supaya org ingat dia tak pakai keta local dan pakai keta import... rupa2nya pakai PERODUA

prrrytfjhh

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 07:16 PM | Show all posts
the_killer posted on 16-2-2013 07:05 PM
si panda tu...ka?

ada sekali dia pakai avatar seorang wanita... bila peyno tanya itu gambar dia ke.... terus dia tukar gambar panda balik...
tu la bahana bebudak baru belajar nak berforum 3-4 bulan ni

prrrtfhhhh

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 07:17 PM | Show all posts
yg reta berbillion tu... bagi ler kat iols satu million .... pun dah bisa mengubah kehidupan iols nie ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2013 07:44 PM | Show all posts
melayu miskin doh...tu yg mncacai mamak petron hari2 mintak tolong lead parti... kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 07:46 PM | Show all posts
NBH posted on 16-2-2013 07:02 PM
mana forumer billionaire tu? awat tak da dalam senarai. nanti meroyan pulak.

itu adam belon berair..dia kata bapak dia cina mualaf...dah tu marah kat kerajaan sbb tk bagi dia masok matrikulasi... kah kah kah.. dah kata bilion berair... tp mintak ehsan kerajaan gak...gile bapok ape mamat tu... kihkihkih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2013 07:55 PM | Show all posts
anak mahathir tak dak ka?
dah beli kilang arak mesti kaya giler
satu lagi anak dia tu yang dok korek minyak malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 08:10 PM | Show all posts
peYno posted on 16-2-2013 07:15 PM
yg pakai perodua tapi menyamar ala2 owner keta import dgn gigih kutuk preve , NAP. AP supaya org i ...

pakai perodua mmg kira orang kaya la. aku pakai kapcai buruk je.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 08:11 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 16-2-2013 07:46 PM
itu adam belon berair..dia kata bapak dia cina mualaf...dah tu marah kat kerajaan sbb tk bagi dia  ...

Oh. baru ku faham kenapa anti sangat dengan Tun M. kesian tak dpt masuk matrik.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 08:38 PM | Show all posts
celaka punya perodua
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 08:38 PM | Show all posts
Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary


dengan Tun Mahathir

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 08:39 PM | Show all posts
Tan Sri Tatparanandam Ananda Krishnan


Tan Sri Dato' Seri Vincent Tan Chee Yioun


Tan Sri Robert Kuok Hock Nien


Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 08:40 PM | Show all posts
Malah, Syed Mokhtar juga akan menjalankan perniagaan di kubur jika beliau boleh berbuat demikian, kata Bung Mokhtar lagi.


busuk-busuk pun orang kita


Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 08:40 PM | Show all posts
Saya nak makan nasi lemak, beras dibeli dari siapa? BERNAS! BERNAS milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!
Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi o! Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli dari Aliran Ihsas Resources, milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!
Minum kopi mesti campur gula! Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR, MSM milik Felda, 20% saham dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar. MSR milik Tan Sri Syed Mokhtar sepenuhnya!
OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan! Guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!
Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? IPP! IPP terbesar di Malaysia Malakoff, milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!
Sekarang tak nak makan nasi, pergi McD sahaja la. Naik motor! Motor Kriss, keluaran MODENAS! Modenas milik siapa?! Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!
Tak nak naik motor, naik kereta! Kereta apa? Proton! Proton milik DRB HICOM! DRB HICOM milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!
Tak nak beli Proton la. Beli Honda saja. Honda Malaysia milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!
Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat! Bank Muamalat milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!
Kereta kena ada insurans coverage! Insurance beli dari siapa? Uni Asia Insurance! Uni Asia milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!
Nak ambil road tax, kena pergi PUSPAKOM! Puspakom milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!
Ok la tak nak naik kereta! Naik keretapi lagi senang! Landasan keretapi siapa buat? MMC! MMC milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari! Sekarang, dia pun nak ambil alih KTMB!
Ok tak nak guna keretapi ambil kapal terbang saja la. Nak pergi Johor! Senai Airport milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!
Tak nak ambil keretapi, kapal terbang, naik kapal laut sahaja la. Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas! Tanjung Pelepas Port milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari! Tak nak pergi Tanjung Pelepas, pergi Johor Port! Johor Port milik siapa? MMC! MMC milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!
Ok la. Orang iKL, naik MRT sahaja la. Projek MRT, siapa kontraktor terbesar? MMC! MMC milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!
Macam ni la. Tak nak keluar rumah langsung! Duduk rumah, hantar surat sahaja! Apabila nak hantar surat, kena lekat setem! Apabila kita lekat setem sahaja, kita sudah bayar Tan Sri SyedMokhtar Al Bukhari, kerana POS Malaysia pun sudah diswastakan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2013 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
perang_saudara posted on 16-2-2013 08:40 PM
Saya nak makan nasi lemak, beras dibeli dari siapa? BERNAS! BERNAS milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar ...

Macam lagu bangau oh bangau!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Setakat list jela... Nak respek?? No way. Semua tu jenis kapitalis bertongkat, x de beza dgn Melayu yg belajar asrama, segala mcm disuap..

Cina, tamil atau baukari kaya bkn atas usaha 100% tp sb kjaan dah sedia silver plate utk diorang jd kaya...

Mcm2 polisi nak bantu diorang..

Hak exclusive perjudian, extended land title, subsidi letrik, lopsided agreement, jaminan bailout, jaminan untung, kebenaran monopoli, tender melalui direct nego...dsb. Diorang ni rase bangga sgt padahal sendu sgt!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 08:51 PM | Show all posts
dalam banyak-banyak tu, baukari adja yang mampu berhutang sampai 34Biliyon, bukti kesyumulan peniaga ummah ereb fefeeling mulayu moslem sunni yang dibela kurajaan daripada bangkerap
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 10:03 PM | Show all posts
nie ada kenal?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.082861 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list