CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1861|Reply: 5

Rumah jadi muzium haiwan

[Copy link]
Post time 6-4-2013 09:55 AM | Show all posts |Read mode
Quebec: Seorang pemburu haiwan mengisi rumahnya dengan lebih 300 bangkai haiwan yang dibunuh dan dikumpulnya sejak 40 tahun lalu.


Pameran kontroversi itu, termasuk singa, gajah dan zirafah dan kini diubah untuk menjadi muzium bernilai kira-kira   RM26.5 juta.

Georges Daoust, 75, menembak semua haiwan koleksinya itu dengan senapang miliknya ketika ekspedisi di seluruh dunia.

Ahli perniagaan jutawan itu yang digelar ‘Dundee Buaya Kanada’ berkata, dia bernasib baik kerana mempunyai wang dan sihat untuk menjelajah bagi memenuhi minatnya.

“Haiwan pertama saya tembak ialah caribou (sejenis rusa) di pantai Tasik Caniapiscau di utara Quebec.  Itulah permulaan kisah pemburuan saya 40 tahun lalu.  Dari situ, saya ke British Columbia untuk dua ekspedisi memburu sebelum saya digigit pijat Afrika.   “Sejak itu saya tidak pernah berhenti menjelajah ke seluruh dunia kerana memburu.  Saya sudah memburu di lebih 40 negara di seluruh dunia,” kata Daoust.

Dia pernah diserang oleh seekor badak sumbu dan badak air ketika berburu di Tanzania.




DAOUST membunuh dan mengumpul bangkai haiwan sejak 40 tahun lalu.




“Anda perlu tahu bahawa badak air menghabiskan masa mereka dalam air untuk berlindung dari matahari.  Sebelah malam mereka keluar untuk makan.  Jika anda berada di laluan mereka ketika haiwan itu dalam perjalanan pulang untuk berendam semula pada sebelah pagi, anda akan diserang kerana dianggap menghalang mereka,” katanya.

Georges baru pulang dari Mexico tempat dia memburu bebiri liar di padang pasir.
Dia kini merancang lebih banyak ekspedisi, termasuk ke Ghana untuk memburu antelop dan ke Afrika Selatan.


BELIAU pernah diserang badak sumbu.



“Saya dikurniakan dengan banyak perkara dalam kehidupan.  Hari ini, pada usia 75 tahun, saya perlu bersedia ke tepi untuk memberi peluang kepada yang lain, “Apa yang menjadikan saya  gembira ialah memberikan koleksi saya kepada muzium  supaya apa yang  saya lakukan boleh diteruskan,” katanya. - The Sun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2013 10:51 AM | Show all posts
wooo
mcm zoo!!!

tp haiwan mati la.. huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2013 11:26 AM | Show all posts
Banyaknya hasil buruan
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2013 11:26 AM | Show all posts
wow, boleh tahan banyak kos nya... nak mengawet, nak bawa haiwan tu dari negara lain ke negara dia.. bina muzium bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2013 11:35 AM | Show all posts
Bole tahan banyak kos yg dia keluarkan
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2013 03:09 PM | Show all posts
75 years tp nmpk healthy..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.082823 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list