View: 2168|Reply: 4
|
Orang awam jadi sasaran
[Copy link]
|
|
DAMSYIK - Kumpulan hak asasi antarabangsa, semalam mendakwa tentera rejim Presiden Bashar al-Assad melancarkan serangan udara sembarangan yang turut mengorbankan sekurang-kurangnya 4,300 orang awam sejak Julai lalu.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW), jet pejuang milik rejim Assad juga menyasarkan premis perniagaan makanan dan hospital di utara Syria selepas sebahagian daripada wilayah di negara itu kini dikuasai Tentera Pembebasan Syria (FSA).
Laporan HRW berjudul Death from the Skies turut mendokumentasikan 59 serangan udara yang telah meragut sekurang-kurangnya 152 nyawa.
"Pihak yang melanggar undang-undang perang atau membunuh orang awam dengan sengaja boleh didakwa atas kesalahan melakukan jenayah kemanusiaan," menurut kenyataan HRW itu lagi," katanya yang dipetik daripada laporan AP.
Sebahagian penduduk di Azaz, Aleppo cedera selepas tentera rejim melancarkan serangan udara, Ogos lalu.
Dalam satu kenyataan lain, penyelidik HRW, Ole Solvang memberitahu hampir semua penduduk di negara tersebut masih diselubungi ketakutan akibat konflik tidak berkesudahan itu.
"Ia jelas menunjukkan orang awam menjadi sasaran utama serangan udara yang dilancarkan oleh tentera kerajaan," katanya.
Sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan lebih 70,000 orang terbunuh sejak negara itu mula bergolak, dua tahun lalu.
|
|
|
|
|
|
|
|
ciannye...kejam betul lah meka nie |
|
|
|
|
|
|
|
sememangnya org awam la yang byk terbunuh
apa aje diorg boleh buat kalau dah bomb dtg?? 
|
|
|
|
|
|
|
| |
|