View: 1678|Reply: 1
|
Penduduk Iraq keluar mengundi
[Copy link]
|
|
BAGHDAD - Penduduk di 12 dari 18 wilayah di Iraq, semalam menunaikan kewajipan dengan keluar mengundi untuk pertama kali sejak tentera Amerika Syarikat (AS) meninggalkan negara itu pada Disember 2011.
Kira-kira 13.8 juta penduduk layak mengundi di 5,300 pusat pengundian.
Pilihan raya pada kali ini menyaksikan lebih 8,000 calon mewakili 50 blok parti akan merebut 378 kerusi majlis wilayah dipertandingkan.
Susulan insiden keganasan dan pengeboman berani mati yang semakin meningkat di negara itu sejak awal tahun lalu, pihak berkuasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan pemeriksaan ketat ke atas pengundi.
Pengundi terpaksa menjalani pemeriksaan sebanyak dua kali sebelum dibenarkan memasuki pusat pengundian. Foto: EPA
Difahamkan keputusan pilihan raya tersebut tidak memberi kesan secara langsung kepada pembentukan kerajaan Iraq.
Namun, keputusan tersebut bakal menjadi pengukur menentukan sokongan blok parti di negara itu menjelang Pilihan Raya Parlimen tahun depan, menurut laporan AFP.
|
|
|
|
|
|
|
|
Musim pilihanraya disana sini |
|
|
|
|
|
|
| |
|