Kanak-kanak lelaki ini sanggup bergadai nyawa meskipun bertubi-tubi tembakan dilepaskan.
DAMSYIK - SYRIA. Sebuah video menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki di Syria yang sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan kanak-kanak perempuan daripada tembakan penyerang hendap kini semakin viral di laman sosial.
Rakaman yang dimuat naik di laman video Youtube pada 10 November lalu memaparkan kanak-kanak lelaki itu berusaha mencapai tangan kanak-kanak perempuan yang berlindung di sebalik sebuah kereta yang telah musnah.
Usahanya berjaya apabila dia berjaya menarik tangan kanak-kanak itu dan membawanya ke tempat lebih selamat walaupun tembakan berterusan dilepaskan ke arahnya.
Allahu Rabbi. Menitis airmata di saat melihat pengorbanan seorang budak lelaki menyelamatkan saudaranya yang tidak berdosa. Kita di Malaysia masih diulit Mentor dan Akademi Fantasia.
Muga Allah merahmati budak ini...Laknat ke atas rejim Bashar...kalo tgk keadaan real mmg lgi teruk dri Palestine...sgt kejam dan zalim Bashar ni....manusia paling terkutuk....
zalimnya... budak kecik yang tak berdosa pun ditembaknya... moga Allah sentiasa lindungi anak2 yang tak berdosa ini...harap bashar n pengikut2 dia ni mampus cepat...