[img=0,50]http://bm.theantdaily.com/Documents/Login/35/_dh_8820[1].jpg[/img] oleh Ng Kee Seng
[size=0.875]SEKILAS PANDANG: “Secara jujurnya saya anak (bekas) Korporal Sirul Azhar Umar. Orang yang tak tahu pasal kes ini jangan main sebut sahaja. Hati-hati dengan mulut anda. Kalau saya cakap walau sedikit kat media, Malaysia akan jatuh. Perdana Menteri pun jatuh.”
[size=0.875]Berikut adalah kenyataan yang didakwa dikeluarkan oleh anak bekas anggota Unit Tindakan Khas Siru Azhar yang kini lari di Australia. Sirul adalah salah seorang daripada dua bekas polis yang dijatuhkan hukum mati kerana membunuh Altantuya Shaariibuu.
[size=0.875]Laman Free Malaysia Today melaporkan menemui kenyataan itu di laman Facebook milik individu yang menggunakan nama “Shuk Sz”, yang mendakwa dirinya sebagai anak kepada Sirul dan berusia 19 tahun.
[size=0.875]Jika kenyataan dan identiti Shuk Sz itu benar dan asli, maka ia adalah sebiji bom jangka yang bakal menggegarkan politik Malaysia. Siapakah individu atau pihak di sebalik pembunuhan itu?
[size=0.875]Apa-apa pun, dua bekas polis itu masih belum membuka mulut. Mahkamah juga telah mengatakan tidak berminat kepada motif pembunuhan. Begitu mudah pembunuhan boleh berlaku, bukan?
[size=0.875]Adakah dua bekas polis ini menjadi kambing hitam dalam kes ini? Dua orang polis tidak akan membunuh wanita dari luar negara yang tidak berdaya tanpa sebarang sebab, bukan?
[size=0.875]Ketika ini, mengapakah anak Sirul membuat kenyataan itu? Ia tentunya seperti satu amaran kepada pihak berkuasa yang tidak habis-habis bercakap selepas keputusan Mahkamah Persekutuan 13 Januari lalu.
[size=0.875]Free Malaysia Today turut melaporkan yang keluarga Sirul berkemungkinan bersamanya di Australia, seperti yang dinyatakan dalam status Facebook Shuk Sz.
[size=0.875]Dalam salah satu statusnya, Shuk Sz berkata bahawa Sirul telah dipanggil untuk memberi kenyataan pada 23 Januari lalu, namun tidak menyatakan pihak berkuasa mana yang memanggilnya. Katanya lagi, reputasi negara akan jatuh jika kenyataan itu dihebahkan.
[size=0.875]Rakyat Malaysia tentunya berharap dan berdoa agar kenyataan itu akan dihebahkan, agar kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan.
[size=0.875]Dan benar, hampir mustahil bagi Malaysia untuk cuba menutup mulut Sirul di Australia.
[size=0.875]Media Australia pastinya sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kenyataan Sirul itu, jika ia benar-benar wujud. Tiada keraguan tentang itu.
[size=0.875]Ketika seorang pengguna Facebook membayangkan Shuk Sz cuba memfitnah, beliau membalas, “Saya sekarang berada di Australia. Saya boleh cakap apa yang saya suka. Nak maki PM pun boleh.”
[size=0.875]Ini tentunya mengundang ketakutan kepada semua yang terlibat dalam pembunuhan itu, sama ada secara langsung mahu pun tidak.