|
ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Cucur Udang Rangup Kuah Kacang, resipi dari utara yang sedap. Kuah yang terbaik di hasilkan menggunakan kacang tanah digoreng tanpa minyak, membangkitkan rasa lemak apabila di cicah dengan cucur udang.
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 20 minit
Keseluruhan: 40 Minit | Jumlah Hidangan: 5
Bahan-bahan:Bahan untuk cucur:500 gram tepung gandum
1 ikat daun kucai
1 sudu kecil kunyit
1 ulas bawang besar
1 sudu besar air kapur
Bahan untuk kuah:
2 ulas bawang merah dicincang
3 ulas bawang putih dicincang1 inci halia dicincang
1 mangkuk kacang tanah yang sudah di goreng.
1 senduk cili kisar
1 sudu kecil paste udang kering
3 sudu besar gula melaka
2 sudu kecil tepung jagung yang dicairkan
Garam dan gula secukup rasa
Cara menyediakanara-cara untuk cucur:1. Bancuh tepung dengan air hingga sebati.
2. Gaulkan bancuhan tepung bersama daun kucai (yang dipotong 1 inci), serbuk kunyit, bawang besar yang dihiris nipis, air kapur, udang, garam dan gula secukup rasa.
3. Panaskan minyak sehingga sederhana panas, kautkan aduanan sebanyak satu senduk penuh dan tuangkan ke dalam kuali.
4. Goreng dengan api sederhana kuat sehingga keperangan. Angkat, potong dan hidang bersama kuah kacang.
Cara-cara untuk kuah:
1. Panaskan 3 sudu besar minyak2. Tumiskan bahan cincang hingga wangi.3. Masukkan cili kisar dan udang kering, kacau hingga pecah minyak.4. Masukkan satu cawan air dan kacang yang di kisar halus. Masak hingga mendidih
5. Masukkan gula, garam dan tepung jagung. Masak sehingga mendidih mencapai kepekatan sederhana.
|
|