View: 2213|Reply: 1
|
5 Rahsia Baby Face Wanita Mesti Tahu
[Copy link]
|
|

Setiap wanita cukup gigih berusaha mengekalkan kecantikan dan tidak mahu gari halus melekat di kulit wajah. Anda juga boleh memiliki wajah yang tampak jauh lebih muda berbanding usia sebenar. Ingin tahu rahsianya? Lihat info ini...
1. Tidur cukup Anda haruslah tidur dengan cukup dan teratur. Tidur merupakan waktu terbaik yang mana sel kulit akan terbentuk. Usahakan tidur teratur kurang lebih 8 jam setiap hari.
2. Alkohol Jauhkan minuman alkohol (bagi bukan Islam) dan merokok. Ini akan membuat kulit anda tampak awet muda. Orang yang suka merokok akan memiliki kulit lebih kusam, kuku kekuningan, punya kedut lebih cepat dan membuat kulit tidak tampak segar.
3. Makanan yang diambil Perhatikan makanan yang anda selalu jadikan santapan. Hindari menikmati makanan tinggi lemak (makanan yang digoreng), makanan tinggi garam dan manis. Banyakkan konsumsi buah-buahan segar yang akan membuat kulit lebih kenyal dan sehat.
4. Stres, tolak tepi! Jangan panik dan cemas berdepan dengan sesuatu masalah. Walau bekerja, anda boleh menyusun sesuatu dengan lebih teratur. Ketika stres kulit juga akan mengalami hal yang sama. Jadi cuba bertenang dan bersabar. In shaa Allah segalanya berjalan lebnih mudah.
5. Selalu fikir positif & bersyukur Anda harus sentiasa merasa bahagia dan menikmati hidup. Banyak sekali hal yang boleh membuat anda bersyukur. Selalu ketawa, jalan senang awet muda dan membuat anda menjadi wanita yang disenangi.
Ya, ini adalah beberapa tip untuk paling berkesan untuk tampil awet muda dan memiliki wajah baby face. Semoga petua ini membantu anda!
mingguanwanita
|
|
|
|
|
|
|
|
untung sesapa yg ada baby face nie........sentiasa nampak muda remaja........ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|