CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1565|Reply: 3

4 Tip Kecantikan Pelik, Berani Cuba?

[Copy link]
Post time 20-8-2015 08:21 PM | Show all posts |Read mode

Demi kecantikan, kami yakin ramai yang sanggup melakukan apa sahaja walaupun ia mungkin sesuatu yang menyakitkan ataupun menggelikan. Apa yang penting adalah hasil yang diperolehi nanti. Sebagai contoh adalah rawatan kecantikan seperti berikut, anda berani cuba?
Lulur wajah dengan najis burung Nightingale, Merpati dan Bulbul

Rawatan dengan menyapu najis burung yang dikenali sebagai Geisha Facial ini terkenal dalam kalangan wanita Jepun. Rawatan yang meloyakan ini semakin popular di seluruh dunia, sehinggakan ramai selebriti seperti Tom Cruise dan Victoria Beckham turut mengamalkannya. Sapuan najis ini dikatakan membantu membuka pori wajah, anti-jerawat dan menjadikan kulit lebih cerah.

Basuh wajah dengan madu
Mungkin ada dalam kalangan anda merasa membazir dan sangat melekit pada wajah dengan teknik ini. Namun, kandungan madu yang bersifat anti-radang dan menyegarkan ini mampu membersihkan wajah dengan lebih mendalam dan turut berkuasa dalam menganjalkan kulit.

Rawatan lendir siput
Rahsia pelakon Katie Holmes kini menjadi ikutan apabila kesannya dapat dilihat pada kulit selebriti ini. Rawatan yang pada awalnya popular di Korea dan Afrika ini semakin mendapat sambutan sehingga terhasilnya krim dan mask wajah lendir siput di pasaran. Ia dikatakan mampu merawat parut dan mencegah kedutan.

Merapi rambut dengan mayonis
Jika anda kehabisan perapi, apa kata gantikan dengan beberapa sudu mayonis yang baru sahaja dikeluarkan dari peti sejuk. Sapukan selama 20 minit dan untuk lebih rata dan sekata, gunakan pengering rambut supaya mayonis dapat merebak dari akar hingga hujung rambut anda.
Bersedia untuk cuba?
[Sumber] wanista




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2015 09:09 PM | Show all posts
Madu tu memang duk buat, tapi bercampur dengan bahan lain. Hasil memang best.
Mayonis tu teringin, tapi rasa macam messy sangat je.

Najis burung dan siput? Err sorry but no.

Ada makcik penah bagitau, untuk hilangkan jerawat, tempek tahi hidung sendiri. Okay.... Hahaha. Tak apalah. Biarlah jerawat sebesar Everest pon, tak sanggup tenyeh taik hidung.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2015 04:08 PM | Show all posts
Merapi rambut dengan mayonis
Jika anda kehabisan perapi, apa kata gantikan dengan beberapa sudu mayonis yang baru sahaja dikeluarkan dari peti sejuk. Sapukan selama 20 minit dan untuk lebih rata dan sekata, gunakan pengering rambut supaya mayonis dapat merebak dari akar hingga hujung rambut anda.
Bersedia untuk cuba?


fauziah ghous guna petua nie utk rambut dia..huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 10:28 AM | Show all posts
thanks for sharing..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.077413 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list