Edited by GhostWalking at 16-9-2015 01:45 AM
Kuala Lumpur: Polis menyenaraikan 20 jalan sekitar ibu negara yang dijangka terjejas dengan kesesakan berikutan perhimpunan baju merah esok.
Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, orang ramai yang berhasrat masuk ke pusat Bandar digesa supaya membuat perancangan awal dan cuba mengelakkan jalan-jalan yang disenaraikan.
Menurutnya, semua jalan-jalan ini dijangka sesak dengan kehadiran kira-kira 2,000 kenderaan bas dan akan ditutup secara berperingkat bergantung kepada keadaan semasa ketika itu.
"Kita akan mengerahkan 430 anggota seawal 6 pagi untuk membantu melancarkan laluan Trafik di laluan terbabit.
"Orang ramai diminta supaya sentiasa mematuhi arahan anggota trafik dan meletakkan kenderaan desuka hati untuk mengelakkan kesesakan yang teruk di pusat bandar," katanya pada sidang media di pusat gerakan Trafik Kuala Lumpur, hari ini.
Laluan yang terbabit adalah Jalan Parlimen, Jalan Kinabalu, Jalan Sultan Salahuddin, Bulatan Datuk Onn, Jalan Raja Laut, Jalan Kinabalu susur ke Jalan Hishammuddin, Jalan Pudu -Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Kuching, Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Munsyi Abdullah -Jalan Dang Wangi, Bulatan Sultan Mohammad dan Jalan Damansara, Jalan Kuching-Jalan Tun Razak, Jalan Sultan Ismail, Jalan Conlay, Jalan Raja Chulan, Jalan Leboh Ampang-Jalan Tun Perak dan Jalan Sultan Ismail-Jalan Ampang.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 September 2015 @ 2:32 PM
« »
MOHD Nadzri menunjukkan laluan yang dijangka terjejas. FOTO Fardy Bungga
MOHD Nadzri menunjukkan laluan yang dijangka terjejas. FOTO Fardy Bungga
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/77724#sthash.oGgLc1oj.dpuf
|