CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5608|Reply: 19

Wanita British Fasih Loghat Cina Lepas Bangun Tidur!

[Copy link]
Post time 15-2-2016 10:59 AM |Read mode







Seorang wanita warganegara British dikatakan fasih bercakap bahasa Inggeris dengan loghat orang Cina selepas terbangun dari serangan strok yang dialaminya.

Sarah Colwill, 40, tidak pernah merantau ke negara China.

Situasi yang dihadapi oleh Sarah merupakan salah satu penyakit daripada 20 kes di seluruh dunia yang digelar Foreign Accent Syndrome.

Sarah yang tinggal di Plymouth, England telah mencuba pelbagai jenis rawatan bagi mengubati sindromnya itu namun tidak berkesan.

“Diberitahu bahawa ia akan berkekalan selama-lamanya merupakan perkara paling sedih untuk didengar. Ia sangat mengejutkan.

“Saya masih orang yang sama di dalam, orang yang tidak kenal saya pasti akan merasakan saya berbeza tapi sebenarnya saya masih Sarah dari Plymouth,” katanya kepada media.

“Kadang-kadang orang ramai tidak akan memahami saya, ia amat mengecewakan. Jika percakapan saya terlalu teruk, saya akan mendiamkan diri.

“Saya tidak boleh ubah gaya percakapan saya, ianya kekal dan saya tidak boleh ubah,” tambahnya.

Sindrom ini pertama kali dikenal pasti pada perang dunia kedua dimana seorang wanita Norway yang mengalami kecederaan pada otak tersedar dengan loghat orang Jerman yang kuat.

Akibat daripada itu, dia telah dipulaukan oleh komunitinya pada tahun 1941.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2016 12:47 PM | Show all posts
adakah macam phua chu kang gayanya?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 01:23 PM | Show all posts
teringinnya nak dengar,..  
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 02:18 PM | Show all posts
mesti kelako bunyinya  
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat Malaysia pun ada. Biasanya kes yang tersampuk. Bila dah sedar dan normal, tiba-tiba boleh bercakap bahasa lain dengan fasih.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 03:22 PM | Show all posts
imransulaiman replied at 15-2-2016 02:43 PM
Kat Malaysia pun ada. Biasanya kes yang tersampuk. Bila dah sedar dan normal, tiba-tiba boleh bercak ...

teringat budak pmpuan yg bley ckp korea tetiba tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2016 04:57 PM | Show all posts
syue86 replied at 15-2-2016 03:22 PM
teringat budak pmpuan yg bley ckp korea tetiba tu

apa jadi dgn budak tu ya?
masih fasih kah berbahasa korea?


Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 04:59 PM | Show all posts
iznanaziz replied at 15-2-2016 04:57 PM
apa jadi dgn budak tu ya?
masih fasih kah berbahasa korea?

katanya dlm bbrpa hari je boleh cakap
lepas tu dah x boleh dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2016 05:11 PM | Show all posts
syue86 replied at 15-2-2016 03:22 PM
teringat budak pmpuan yg bley ckp korea tetiba tu

ai baru nk ckp mende yg sama....
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 05:27 PM | Show all posts
Harap2 beliau tak dipulaukan macam yg sorang lagi tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 05:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 05:59 PM | Show all posts
imransulaiman replied at 15-2-2016 02:43 PM
Kat Malaysia pun ada. Biasanya kes yang tersampuk. Bila dah sedar dan normal, tiba-tiba boleh bercak ...

means nk suruh sarah ni berubat ke apa? kot ada hantu china tersekat dlm badan dia x kuar2 lg
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
syue86 replied at 15-2-2016 03:22 PM
teringat budak pmpuan yg bley ckp korea tetiba tu

Dulu pernah terbaca budak tu tiba-tiba boleh bercakap mandarin padahal tak pernah sekolah cina...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 15-2-2016 05:59 PM
means nk suruh sarah ni berubat ke apa? kot ada hantu china tersekat dlm badan dia x kuar2 lg :lol ...

Hahaha...tak payah! Kang tambah pelik jadinya kes beliau
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 06:02 PM | Show all posts
imransulaiman replied at 15-2-2016 06:00 PM
Dulu pernah terbaca budak tu tiba-tiba boleh bercakap mandarin padahal tak pernah sekolah cina...

haah..ade kat link atas saya paste tu
die bley cakap korea n cina
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
syue86 replied at 15-2-2016 06:02 PM
haah..ade kat link atas saya paste tu
die bley cakap korea n cina

Hahahahaaaaaa! Tu lah berita tu!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2016 10:02 AM | Show all posts
syue86 replied at 15-2-2016 04:59 PM
katanya dlm bbrpa hari je boleh cakap
lepas tu dah x boleh dah

hehehhee
ingatkan kekal sehingga ke ari ni


Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 10:08 AM | Show all posts
teringin dengar dia bercakap
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 12:32 PM | Show all posts
kesian kat dia harap dia boleh terima kenyataanlah
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 01:52 PM | Show all posts
try la berubat tradisional
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.505179 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list