CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Diana Danielle Serius Bergelar Penyanyi?

2-4-2014 04:19 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9813| Komen: 43




Farid Kamil, Diana Danielle utamakan keluarga


TANGGUNGJAWAB sebagai ibu dan bapa tidaklah semudah yang dibayangkan malah untuk berada di fasa ini, seseorang perlu bersedia berkorban apa sahaja demi kebahagiaan keluarga yang dibina.

Walau sesibuk mana pun menjalani karier seni masing-masing, pasangan selebriti popular, Farid Kamil dan Diana Danielle tetap mengutamakan soal keluarga.

Akui tanggungjawab sebagai ketua keluarga tidak mudah, Farid memberitahu dia kini lebih aktif menjalani karier seninya demi masa depan keluarga terutamanya putera sulung mereka, Muhammad.

“Buat masa ini saya tidak membataskan karier malah lebih aktif. Saya dan Diana memang ada buat perancangan, jadi saya perlu bekerja kuat demi keluarga.

“Alhamdulillah, kami sangat gembira dikurniakan seorang anak yang cepat belajar dan untuk itu saya perlu sentiasa bersedia untuk beri yang terbaik untuknya,” katanya ketika ditemui pada majlis majlis ‘Hangatkan Semula Cinta dengan koleksi Downy Parfum’, di restoran Apartment, KLCC, baru-baru ini.

Sebagai isteri dan juga ibu, Diana turut tidak melupakan peranan dan tanggungjawabnya menguruskan rumahtangga.

“Buat masa ini, saya sendiri mengambil keputusan untuk tidak bergerak terlalu aktif dalam menjalani karier lakonan memandangkan anak kami masih kecil dan memerlukan perhatian daya sebagai seorang ibu.

“Memandangkan masa yang agak terbatas, saya hanya menerima tawaran yang tidak melibatkan masa yang terlalu panjang. Saya juga tidak bekerja pada hari Sabtu dan Ahad, sebab itulah masa saya bersama keluarga,” ujarnya.

Katanya lagi, dia juga tidak meletakkan target masa tertentu untuk kembali aktif dalam kariernya.

“Sukar untuk saya letakkan sasaran masa kerana saya sendiri tidak tahu bila masa yang sesuai untuk saya yakin meninggalkan anak dalam masa yang lama untuk bekerja. Kita hanya tunggu masa yang sesuai,” katanya.

Memahami situasi isterinya, Farid nafi menghalang Diana untuk kembali aktif namun sebaliknya memberi sokongan penuh kepada pasangannya itu.

“Saya tidak pernah menghalang mahupun membataskan mana-mana aktiviti seni Diana. Cuma sebagai suami, saya hanya mengingatkan dia untuk lebih fokus kepada keluarga kerana itulah keutamaan saya,” katanya.


Beri kepercayaan pada Fadzil

Berkongsi perkembangan karier seninya, Diana memberitahu dia kini diuruskan oleh sebuah syarikat baru, Prokuya Studios yang dijalankan oleh Fadzil Zahari yang merupakan adik iparnya.

“Sepanjang berada di bawah pengurusan Prokuya Studios, semuanya berjalan dengan baik. Walaupun dia masih baharu dalam bidang ini, tapi dia tahu apa yang saya mahukan.

“Bagi saya memang perlu ada ahli keluarga yang menguruskan karier seni supaya dapat mengelakkan penyelewengan dan apa yang lebih penting Farid selesa bila adiknya sendiri menguruskan karier saya,” katanya.

Pada masa sama Farid memberitahu selagi pengurusan syarikat itu hanya melibatkan pengurusan masa, dia tidak membantah.

“Dalam soal ini saya perlu profesional walaupun syarikat itu dikendalikan oleh adik saya sendiri.

“Cuma dari segi masa yang diperuntukkan untuk Diana, saya meminta supaya pihak syarikat itu memberi masa yang lebih kepada Diana untuk fokus kepada keluarga,” katanya.




Serius bergelar penyanyi

Bukan hanya memiliki bakat dalam bidang lakonan, sebenarnya aktres cantik ini memiliki perancangan untuk mengembangkan bakat nyanyiannya dengan lebih serius.

“Sebenarnya sejak dulu lagi saya memang ada menyimpan hasrat untuk lebih serius dalam bidang nyanyian. Tapi sebagai persediaan awal, sekarang saya menjalani kelas vokal terlebih dahulu.

“Dalam pada masa itu, banyak pengalaman yang perlu saya belajar sebelum benar-benar serius dalam bidang nyanyian supaya album yang saya akan hasilkan nanti berkualiti,” katanya.

Ditanya apakah genre muzik yang bakal menjadi pilihannya, Diana memilih muzik rock.

“Saya suka dengar semua jenis muzik tapi yang menjadi kegemaran saya adalah jazz dan blues namun ia tidak mendapat sambutan di sini.

“Jadi saya pilih muzik yang lebih mainstream, rock,” katanya.

Tambahnya, keputusan untuk melibatkan diri dalam bidang muzik juga di ambil sebagai ‘backup plan’ untuk masa depan kariernya.

“Dalam hidup ini kita perlu bijak merebut peluang dan mengetengahkan kemahiran yang ada. Tambahan pula, ekonomi negara yang tidak menentu dan mungkin pelbagai kemungkinan akan berlaku.

“Jadi tidak salah kalau kita ambil sedikit risiko sebagai jalan alternatif untuk meneruskan kehidupan,” ujarnya.


Teruja nanti Apokalips X

Bercakap mengenai perkembangan terbarunya pula, Farid memberitahu dia kini sedang sibuk mempromosikan filem terbaharunya, Apokalips X arahan sutradara Mamat Khalid yang bakal di tayangkan awal April ini.

“Dalam filem ini saya memegang watak sebagai ‘Paduka X’ dan secara keseluruhannya filem ini mengisahkan tentang kemusnahan dunia pada 2046.

“Ini kali pertama saya berlakon filem yang membabitkan penggunaan 70 peratus Teknik imej janaan komputer (CGI). Jadi memang saya tidak sabar untuk menyaksikan tayangannya,” katanya.


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamaezah 2-4-2014 10:47 AM
best diana dalam kami histeriaaaa...........best sangat!!!!! tp rasa nak penampaq ja muka sara ali! hihihi
Quote woobin^^ 2-4-2014 11:12 AM
alahai dik....
nak menyanyi pulak
best ke suara pompuan ni menyanyi?
belakon pon so so jer~ menyanyi la pulak~

Quote Lavender_Violet 2-4-2014 11:14 AM
Ok gak la sora dia, boleh lah...better than Liyana Jasmay
Quote mitnick 2-4-2014 11:34 AM
DD yg nmpk lembut tue nak nyanyi rock? xsabo nak tgk
Quote bedahmulutpuaka 2-4-2014 12:08 PM
suara dia sedap..suka dia nyanyi dalam magika..

memang best..
Quote miminn 2-4-2014 12:25 PM
mamaezah posted on 2-4-2014 10:47 AM
best diana dalam kami histeriaaaa...........best sangat!!!!! tp rasa nak penampaq ja muka sara ali!  ...

lagi menyampah tengok mila! haha
Quote miminn 2-4-2014 12:30 PM
suka lakonan dia. and dia pun sweet je, baik, peramah. best. tapi as penyanyi, biasa-biasa je.
Quote mamaezah 2-4-2014 01:39 PM
miminn posted on 2-4-2014 12:25 PM
lagi menyampah tengok mila! haha

btui btui! penampaq bertubi tubi!!
Quote espritvin 2-4-2014 01:48 PM
Lavender_Violet posted on 2-4-2014 11:14 AM
Ok gak la sora dia, boleh lah...better than Liyana Jasmay

kan..i agree.. hehhee
Quote pinky_incognito 2-4-2014 01:53 PM
gud luck di dlm bidang nyanyian dd
Quote jaa139 2-4-2014 02:05 PM
dah kurus ni macam kurang cantik berbanding masa berisi sikit dulu..
Quote DianaSaksen 2-4-2014 03:11 PM
good luck dd..walaupun suara biasa biasa jer
Quote poyohabis 2-4-2014 03:15 PM
Suara dia x best mn pon.. Biasa2 je... Baik la dia gemukkan kan sikit bdn dia baru cantik n jadi duta produk2 kecantikan atau pakaian lg lumayan pendapatan dia...
Quote lima_kupang 2-4-2014 03:24 PM
woobin^^ posted on 2-4-2014 11:12 AM
alahai dik....
nak menyanyi pulak
best ke suara pompuan ni menyanyi?

betol... elok la lepak kat umah jaga anak n suami....

maruah diri terjaga..maruah suami dipelihara...

karng klu dah nyanyi mula la gosip sana sini...takot rosakkan rumah tangga...

tp minah nie mmg tak best belakon...

menyanyi tu aku rs la xbest kot...
Quote rosasa 2-4-2014 03:46 PM
best semua lagu2 dalam histeria...siapa ada link nak donlod??
Quote ais_kosong 2-4-2014 04:16 PM
muka dd mcm xsihat
bagi aku la
Quote amyainsamad 2-4-2014 04:18 PM
kurus benor si DD ni........
Quote umie_aziz 2-4-2014 04:27 PM
best ke sore dia.. sore yg best pon album x terjual..
Quote menjad 2-4-2014 05:04 PM
lakanon xkemana... nak menyanyi pulak

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.149285 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top