Sejak akhir-akhir ini, semakin jelas bibit percintaan dan kemesraan ditunjukkan oleh Zizan Razak dan Emma Maembong. Peminat semua pun merestui dan suka melihat mereka bersama. Namun, ramai tertanya bilakah Zizan akan memetik si bunga di taman? Maknanya, masuk meminanglah. Ada juga media yang bertanya mengapa dulu berahsia dan menafikan sekerasnya tentang hubungan mereka?
Kata Emma, “Sebenarnya kami bukan nak sorok tapi masa tu saya baru lagi kenal Zizan. Memang kita dah berkawan lama tapi bukan rapat. Saya tak nak orang tengok di awal perkenalan nampak terlampau meriah tapi lama-kelamaan baru sedar tak serasi. Sekarang ni Alhamdulillah Emma dah selesa berkawan dengan dia dan kami dah kenal keluarga masing-masing. Barulah kami setuju untuk memberitahu public.”
Tambahnya lagi, “Kalau nak tahu, Zizan lelaki pertama yang saya bawak jumpa ayah. Mula-mula ayah tak kenal siapa Zizan, saya cuma cakap Zizan orang Terengganu. Tapi ayah pelik bila ramai orang nak tangkap gambar dengan Zizan waktu kami keluar makan. Dari situ, ayah pasang spy, tanya kawan-kawan dia pasal Zizan dan barulah dia tahu anak dia ni bercinta dengan artis.”
Untunglah, Zizan. Lelaki pertama ye? Sweet~
Emma juga mengatakan mereka jenis pasangan yang tidak suka menunjuk-nunjuk.
“Kalau di luar set, saya adalah manusia biasa. Saya sama macam perempuan lain yang nak kongsi gambar ketika keluar dengan boyfriend dan sebagainya. Saya rasa tu tak salah. Tapi saya mintak maaf kalau ada yang tak suka.”
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|