Ramai sedia maklum, yang lakonan mantap Sharnaaz Ahmad dan pasangan telah berjaya mencipta fenomena Jebat Foo dan melonjakkan rating drama 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' (BKATC). Malah aksi romantis dua pelakon itu dalam menghidupkan watak masing-masing menyebabkan hubungan Nelydia Senrose dan kekasihnya, pelakon dan pengacara Qi Razali sedikit goyah. Namun sebaik drama BKATC tamat, kini Sharnaaz digandingkan pula dengan seorang pelakon yang tidak kurang cantik iaitu Emma Maembong. Menerusi sekeping foto yang dikongsikan oleh Emma di Instagramnya, teman wanita kepada pelakon dan pelawak, Zizan Razak itu memegang watak sebagai Dian manakala Sharnaaz pula sebagai Farhan menerusi karya terbaru berjudul 'Bintang Hati'.
1 Apa yang lebih menarik, terdapat segelintir peminat menasihati Zizan supaya tidak membenarkan Sharnaaz memeluk atau melakonkan adegan terlebih mesra dengan Emma. . Walaupun ianya sekadar gurauan, namun ramai juga yang seakan menjangka Sharnaaz dan Emma bakal mencipta keserasian tersendiri menerusi gandingan mereka kali ini. Atau... mungkin juga isu panas, heh. Jadi, kita nantikan saja tayangkan drama ini nanti. |
naina posted on 6-5-2014 11:19 AM
Sanggupkah zizan?
tp ritu bkn shnaz ckp nk bersarake
BKATC tu drama trakhir katanya
ADVERTISEMENT