CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Shahir Akui Berkawan Dengan Erra Fazira

26-5-2014 05:43 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 35840| Komen: 256

Description: “Saya Anggap Erra Fazira Sebagai Erra Fazira. Dia Seorang Artis Berpengalaman Yang Boleh Dijadikan Sumber Rujukan Artis-Artis Baru Seperti Saya,” Ujar Penyanyi Berusia 26 Tahun Ini.


KUALA LUMPUR, 26 MEI 2014: Walaupun berdolak-dalik pada awalnya, akhirnya juara Akademi Fantasia 8, Shahir mengakui dia kini sedang berkawan dengan bintang jelita Erra Fazira.

Kata penyanyi lagu ‘Kebahagiaan Dalam Perpisahan’ ini, tidak salah untuk dia berkawan dengan rakan-rakan seperjuangan apatah lagi artis berpengalaman seperti Erra.

“Antara saya dan Erra kami masih dalam proses mengenali diri masing-masing. Apa pun saya tidak dapat untuk komen dengan lebih lanjut," katanya.

Ditemui semasa Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013, Shahir merasakan Erra adalah sumber rujukan terbaik untuk artis-artis muda sepertinya.

“Saya anggap Erra Fazira sebagai Erra Fazira. Dia seorang artis berpengalaman yang boleh dijadikan sumber rujukan artis-artis baru seperti saya,” ujar penyanyi berusia 26 tahun ini.

Kesahihan gosip di antara Shahir dan Erra terus menjadi tanda soal apabila Erra enggan memberi sebarang maklumbalas apabila ditanyakan hlive! pada majlis anugerah itu.

“Kalau boleh saya tidak mahu memberi komen apa-apa selain dari ABP. Kehidupan peribadi saya, saya tidak mahu komen. Hari ini adalah hari ABP," kata Erra.

Gosip ini timbul apabila diberitakan Erra dan Shahir dilihat keluar bersama dan mereka dikatakan sedang rapat.

Terdahulu, Erra atau nama penuhnya Fazira Wan Chek, 40 tahun, dan Engku Emran Engku Zainal Abidin 39 tahun, sah bercerai dengan talak satu pada Februari lalu. Mereka dikurniakan seorang anak iaitu Engku Aleesya, 5 tahun.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idadzira 26-5-2014 01:42 PM
erk.....sahir ni mmg taste dia yg lebih tua dari dia ker?
Quote enchikfitz 26-5-2014 01:42 PM
Shahir ni mmg taste2 dia perempuan tua ke?
Quote budakmanentah 26-5-2014 01:43 PM
aaa pulak dah...aritu che ta...ini ef plk...taste org tua ke si shahir ni?
Quote xixin5230 26-5-2014 01:43 PM
Erkkkk.... Kang lariknlg sbb kuciwaaaaa
Quote nkhairuddin1 26-5-2014 01:43 PM
che ta dah sah n erra samar2 n hope KE too
primadona terhebat..
Quote achik2009 26-5-2014 01:44 PM
idadzira posted on 26-5-2014 01:42 PM
erk.....sahir ni mmg taste dia yg lebih tua dari dia ker?

baru nak komen benda yg sama...hehe...
bukan saja org yg lebih tua tapi kedua2 yg dia minat adalah MJ...

@dino


Quote myakayina 26-5-2014 01:45 PM
hanak ikan ko.. iols sokong je as long pajirot x rampas hak org lain.. cuma bekas cik ta la pulak khenn.. around that circle jgk.. kelass ko shahir..
Quote chekshu 26-5-2014 01:49 PM
pelik taste mamat neh....

jangan lepas ni menghilangkan diri lepas putus udah le...
Quote achik2009 26-5-2014 01:50 PM
enchikfitz posted on 26-5-2014 01:42 PM
Shahir ni mmg taste2 dia perempuan tua ke?

mgkn dia suka yg lebih matang kot?...hehe..
Quote lunalisa 26-5-2014 01:51 PM
citarasa kita berbeza..ucaplah alhamdulilah
Quote maxim 26-5-2014 01:52 PM
taste die cam zain kot
Quote samshik 26-5-2014 01:52 PM
kuciwa ngan che ta kome bawak diri setahun dua .. kang kuciwa ngan hok nie jangan lak p bertapa tak balik2..
Quote achik2009 26-5-2014 01:54 PM
samshik posted on 26-5-2014 01:52 PM
kuciwa ngan che ta kome bawak diri setahun dua .. kang kuciwa ngan hok nie jangan lak p bertapa tak  ...

hai mek sam...
lama tak nampak kat sini...
mek sam pegi bertapa jgk ke?...
Quote dino 26-5-2014 01:57 PM
achik2009 posted on 26-5-2014 01:44 PM
baru nak komen benda yg sama...hehe...
bukan saja org yg lebih tua tapi kedua2 yg dia minat adala ...

euuwwww
Quote naina 26-5-2014 01:59 PM
Xkanla taste erra cenggini jekk
Quote makton 26-5-2014 01:59 PM
mula2 dgn cik ta..
pastu dgn erra plak..

dgn raja emma x mau ke??
dia tgh buat comeback tu.
Quote redliner 26-5-2014 01:59 PM
che ta pass baton pada ef kekdahnya?
Quote achik2009 26-5-2014 01:59 PM
dino posted on 26-5-2014 01:57 PM
euuwwww

nasib baik Mawi tak pilih MJ dulu kan?...kalo tak maunya dino meroyan....
Quote limau_lemon 26-5-2014 02:02 PM
apakah?

Lihat semua komen(256)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.054797 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top