CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Sharnaaz Terima Maaf Terbuka Lisdawati & Fauzi Nawawi

6-6-2014 04:30 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16601| Komen: 70

Sharnaaz terima Permohonan Maaf Lisdawati dan Fauzi Nawawi.


Sharnaaz Terima Maaf Terbuka Lisdawati & Fauzi Nawawi

PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad telah menerima permohonan maaf yang dibuat secara terbuka oleh Fauzi Nawawi dan Lisdawati bagi menyelesaikan insiden apabila dia dituduh menyerang aktres itu pada awal Februari lalu.

Menurut Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, permohonan maaf yang dibuat suami-isteri berkenaan menerusi rancangan H!Live pada Ahad lalu itu menunjukkan isu berkenaan sudah selesai dan tidak perlu dibangkitkan lagi.

"Mereka sudah minta maaf. Saya terima. Lagipun tidak perlu saya memohon maaf lagi memandangkan menerusi kenyataan saya sebelum ini saya sudah minta maaf.

"Hati orang, siapa tahu. Saya cuma terima sahaja permohonan maaf itu. Diharap isu ini tidak lagi diperbesar-besarkan lagi oleh mana-mana pihak," katanya yang dihubungimStar Online di sini pada petang Selasa.


Sebuah akhbar pada 24 Februari lalu melaporkan Sharnaaz, 29, telah menyerang Lisdawati di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta di Sungai Buloh dekat sini ketika penggambaran pada 19 dan 21 Februari lalu.

Peristiwa itu menjadi tegang apabila Fauzi dikatakan menerima SMS (pesanan khidmat ringkas) daripada Sharnaaz berbaur ugutan selepas dia bertanyakan hal berkenaan.




















Status Twitter yang dimuat naik Fauzi pada Ahad lalu.




Lisdawati mendakwa mengalami darah tinggi akibat kejadian itu. Dia dan suami turut membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi sebagai langkah keselamatan diri.

Bagaimanapun, pasangan itu telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi programH!Live saluran Astro Ria dan Maya HD pada Ahad lalu selepas pulang daripada mengerjakan umrah.

Program tersebut dikendalikan oleh pengacara popular Datuk Aznil Nawawi.

Fauzi turut memuat naik foto dia bersama isteri dan Aznil di Twitter akaun miliknya dengan kapsyen; "Maafkan semua kesilapan saya dan isteri yang sengaja atau tidak dan kami juga telah memaafkan anda yang selama ini membenci..." Difahamkan kenyataan itu turut ditujukan kepada Sharnaaz.

Sementara itu, Sharnaaz pula ketika ditanya sama ada sudah menonton program tersebut berkata,  rakannya telah merakam video rancangan berkenaan namun dia belum sempat untuk menontonnya lagi.

"Ketika itu saya bercuti di Langkawi dan saya tak tengok pun mereka (Lisda dan Fauzi) pada program itu. Tak kisahlah sama ada saya dah tonton program itu atau tidak, saya anggap ia dah selesai.

"Saya pun tidak ada masalah jika akan bekerjasama dengan mereka pada masa akan datang ini. Terpulang kepada mereka," ujarnya.


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissLibra 4-6-2014 12:39 AM
ok good. alhamdulillah. jangan ada lagi nak cocok cocok...
Quote munchkin 4-6-2014 12:47 AM
baguslah berbaik. concentrate dapat job cari duit lagi bagus. doa kalian semua bertambah lagi rezeki. amin
Quote Suchi 4-6-2014 12:52 AM
ha kan senang kalo dulu tu bermaaf-maafan dr awal
setel masalah..
kejahatan kalau dibalas ngn kebaikan .. pasti semuanya akn ok
takde dendam2 yg berlarutan berpanjangan lg..
Quote Akuemas 4-6-2014 01:40 AM
Good.....tapi aku tetap x suke pojie ngn lisda nie
Quote SissySembah 4-6-2014 01:43 AM
sharnaaz ini kan memang ting tong, dah betul-betul confirm kah menerima pemaafan?
Quote pakwetizzaqyah 4-6-2014 01:44 AM
menyampah aku
Quote miss_baby 4-6-2014 01:45 AM
bulatnya pewut akak
Quote degil81 4-6-2014 02:03 AM
alhmamdulillah... mcm ni la baguss
Quote theotherfriend 4-6-2014 02:25 AM
Mulia hati Sharnaaz memaafkan.
Sekian.
Quote leni 4-6-2014 02:51 AM
La..ngapa shanaz x saman?
Quote miss_ikato 4-6-2014 03:13 AM
saling memaafkan bgs la....lgpn kes x bsar mane pn kan....
Quote miss_ikato 4-6-2014 03:13 AM
saling memaafkan bgs la....lgpn kes x bsar mane pn kan....
Quote sapp73 4-6-2014 03:15 AM
Oklah kalau dah mintak maaf....harap lepas ni pasangan lisda dan fauzi ni tak usahlah cari gaduh lagi dengan orang lain pulak
Quote alieyrina 4-6-2014 03:15 AM
Ee abg nanas p lgkawi x ajak cek punn  
Quote daiman 4-6-2014 05:17 AM
lepas ni kita tgk lisda nak gaduh ngan sape pulak
Quote Staratila 4-6-2014 06:56 AM
bagus la kalau dah berbaik-baik semula
Quote makton 4-6-2014 07:35 AM
elok laa... bermaaf2an la tak kira masa. lgpun ramadhan dh hmpir tiba.
nnti boleh pi raya umah abam poji ni ye shanaz..
Quote fifie_olin 4-6-2014 07:36 AM
bgsla bermaaf2 an...
ko tu peknen ...jgn la cr psl ngn org lg...
Quote enchikfitz 4-6-2014 07:43 AM
#diamlahkakak

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.223413 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top