Akaun Wirefame Zizan Razak & Marina Juki Dibekukan Bank?
Terkejut Murai Batu dapat tahu bila seorang rakan mengkhabarkan tentang perkara ini sejak seminggu yang lalu. Biar betul akaun syarikat Zizan Razak dibekukan? Kalau betul siapa pulak yang membekukan akaun tersebut? Dan, Murai Batu percaya bila Murai Batu menyiarkan cerita ini, pasti ada yang mencebik dan menganggap bahawa pembekuan akaun syarikat Zizan Razak itu telah dilakukan oleh rakan bisnesnya iaitu Marina Juki yang juga merangkap bekas pengurusnya selama ini.
Tenang...tenang...tenang...Sebab kalau korang berpendapat sedemikian, free-free jer korang dapat dosa sebab hasil daripada siasat Murai Batu sendiri, akaun syarikat Wirefame milik bersama Zizan dengan Marina itu telah dibekukan sendiri oleh Zizan. Perkara ini diketahui setelah artis dan kakitangan Wirefame mau keluarkan duit hasil daripada job dan kerja mereka tetapi duit tidak dapat dikeluarkan. Apabila ditanyakan kepada pihak bank apakah sebabnya mereka tidak dapat mengeluarkan wang mereka iti, jawapan yang diterima adalah akaun tersebut telah dibekukan. Sebab-sebab Zizan membekukan akaun syarikat tersebut, Murai Batu sendiri pun kurang pasti sebab segala keluar masuk wang syarikat haruslah mendapat tandatangan bersama Zizan dengan Marina. Kalau tidak, duit tidak boleh keluar begitu sahaja. Apabila ditanyakan kepada pihak bank mengapa ianya dibekukan, pihak bank sendiri pun tidak dapat memberikan jawapan. Namun, yang menjadi tanda tanya bagi Murai Batu sendiri bagaimana pihak bank mampu membekukan akaun syarikat tersebut tanpa memaklumkan kepada rakan bisnes Zizan iaitu Marina? Khabarnya Marina sendiri bingung dengan tindakan Zizan Razak itu tetapi tiada apa yang dapat dilakukan buat masa ini kerana Zizan Razak masih lagi berada di Jepun bagi menjayakan program traveloguenya. Hmmm... tak tahulah apa lagi yang Murai Batu nak katakan. Sementara menunggu kepulangan Zizan Razak di tanah air, Murai Batu akan suruh content editor di Murai untuk mendapatkan kenyataan daripada Marina Juki sendiri. |
ADVERTISEMENT