CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Jejai Minta Isu Perceraiannya Dengan Nora Danish Tidak Diungkit

26-6-2014 05:30 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 53155| Komen: 515

Jejai Minta Isu Perceraiannya Dengan Nora Danish Tidak Diungkit


PETALING JAYA: Suami kepada Fasha Sandha iaitu Rizal Ashram Ramli buat pertama kali membuat kenyataan di Instagram memohon kepada orang ramai supaya tidak lagi menyakitkan hati isterinya selain membandingkan aktres itu dengan bekas isterinya Nora Danish.

Rizal atau lebih mesra dengan panggilan Jejai berkata, tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan kepada Fasha membuatkan dia terpaksa membuka mulut bahawa perceraiannya dengan Nora Danish enam tahun lalu langsung tiada kaitan dengan Fasha.

"Saya akui, pada masa itu, sayalah punca perceraian itu, bukannya Fasha.

"Ianya telah ditentukan dan telah terjadi, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Saya berharap sangat semua ini berhenti di sini sahaja dan tolong jangan panjangkan perkara ini," katanya dalam Instagram miliknya yang dimuatr naik pada Khamis.

Pada Selasa lalu, Fasha telah menegur segelintir pengikut Instagram miliknya yang memberi pelbagai komen apabila dia tidak memuat naik gambarnya bersama mertua berbanding Nora yang memuat naik pelbagai foto dengan keluarga itu pada acara Kuala Lumpur Fesyen Week 2014 yang berlangsung baru-baru ini.

Perkara tersebut membuatkan Fasha mempersoalkan kenapa dia dibandingkan dengan Nora selain berasa terluka dengan komen-komen berkenaan.

Tidak tahan melihat pelbagai komen negatif yang dilemparkan kepada Fasha, Jejai mengambil langkah menjelaskan situasi sebenar yang terjadi antaranya, Fasha dan Nora menerusi satu komen yang ditulis di Instagram milik isterinya itu.

Sementara itu, Jejai juga berkata, dia faham apabila situasinya bercerai dengan Nora dan kemudiannya berkahwin dengan Fasha membuatkan Fasha dilihat sebagai perosak rumah tangganya sebelum ini.

Dalam pada itu Jejai memahami situasi Fasha sehingga terpaksa menegur salah seorang pengikut laman Instagram miliknya dan menganggap Fasha ada hak berbuat demikian.

"Dia yang menanggung segala tuduhan selama ini dan bersabar. Tetapi kesabarannya juga ada had. Harapan saya kepada para pengikut (Instagram) semua agar tidak membandingkan Fasha dan Nora serta tidak mengaibkan mereka berdua. Saya memohon maaf kepada semua kerana disebabkan sayalah punca semua ini terjadi," ujarnya.

Jejai dan Fasha telah mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012. Terdahulu Jejai telah bercerai dengan Nora pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote novlin 26-6-2014 03:29 PM
Nak humban kt tered all about pasah...ada nama norah..

Nak campak kt tered all about norah... isu panas dicipta oleh pasah...

Nak campak kt tered pasah terluka dibandingkan dgn norah...dh kena katup....


Last edited by novlin on 27-6-2014 08:42 AM

Quote pasuoren 26-6-2014 03:32 PM
novlin posted on 26-6-2014 03:29 PM
Nak humban kt tered all about pasah...ada nama norah..

Nak campak kt tered all about norah... isu ...

dah tu...ko nak bukak lagi tered baghu..?
sah sah kene katup kang..
apa yang ko nak buktikan ni nolin..
apa..?



Quote novlin 26-6-2014 03:34 PM
pasuoren posted on 26-6-2014 03:32 PM
dah tu...ko nak bukak lagi tered baghu..?
sah sah kene katup kang..
apa yang ko nak buktikan ni  ...

Aku nak warwarkan berita terkini je...kang org xtau plak jejai dh bg statement mcm laki si DD...ekekekkee
Quote kukulangau 26-6-2014 03:34 PM
gentleman jejai
take all the blames
sebab cinta giler kat fasha
Quote kukulangau 26-6-2014 03:35 PM
cerai bermaruah orang kata
janda dan anak lansung tak terabai
dijaga first class
Quote JohnyDepp 26-6-2014 03:36 PM
Sat lagi acik2 yg sama dok mengeji fs kt thread all about nora all abt fasha  akan masuk sambung mengeji kt sini .kehkehkeh...tak caya satgi sampailah satu batillion karatz nd.satu...dua....tiga.....sseranggggggg.....hikhikhik
Quote novlin 26-6-2014 03:37 PM
JohnyDepp posted on 26-6-2014 03:36 PM
Sat lagi acik2 yg sama dok mengeji fs kt thread all about nora all abt fasha  akan masuk sambung men ...

Sultan melaka nk masuk pn hoccay... ekekekke
Quote pasuoren 26-6-2014 03:38 PM
kukulangau posted on 26-6-2014 03:35 PM
cerai bermaruah orang kata
janda dan anak lansung tak terabai
dijaga first class

itu pun ada lagi nak kata yang nora ni teraniaya...

Quote JohnyDepp 26-6-2014 03:38 PM
pasuoren posted on 26-6-2014 03:32 PM
dah tu...ko nak bukak lagi tered baghu..?
sah sah kene katup kang..
apa yang ko nak buktikan ni  ...

Tempat baru utk batu api sesama sendiri la noksss..ngehngehngeh. tak puas lagi dok menghasut kt thread all abt...
Quote kukulangau 26-6-2014 03:38 PM
mana komen jejai kat insta nye??
Quote whatsup33 26-6-2014 03:38 PM
xleh combine thread ke
Quote pasuoren 26-6-2014 03:39 PM
JohnyDepp posted on 26-6-2014 03:36 PM
Sat lagi acik2 yg sama dok mengeji fs kt thread all about nora all abt fasha  akan masuk sambung men ...

habis...
ko nak duduk belah mana neh..?
Quote JohnyDepp 26-6-2014 03:39 PM
novlin posted on 26-6-2014 03:37 PM
Sultan melaka nk masuk pn hoccay... ekekekke

Sultan melaka dah tergilakan lopak ke..sibuk mengacau ig mak lopak...mak mertua dia katanya...opsss ot
Quote kukulangau 26-6-2014 03:39 PM
pasuoren posted on 26-6-2014 03:32 PM
dah tu...ko nak bukak lagi tered baghu..?
sah sah kene katup kang..
apa yang ko nak buktikan ni  ...

alah selagi tak katup kutip la jagung
Quote novlin 26-6-2014 03:40 PM
kukulangau posted on 26-6-2014 03:39 PM
alah selagi tak katup kutip la jagung

Bijakkkkk...ekekekeke
Quote azie.dz 26-6-2014 03:41 PM
aku nak tgk je...bila benang ni bakal di solex
Quote justchu 26-6-2014 03:41 PM
mmg gentleman, elok la dia jaga hati isteri yg tgh preggy
bukan apa, dulu2 bunting gajah setahun
buatnya stress sgt kali ni menjadi bertambah ke 2 tahun pula
jejai pula yg stress nanti
Quote JohnyDepp 26-6-2014 03:41 PM
pasuoren posted on 26-6-2014 03:39 PM
habis...
ko nak duduk belah mana neh..?

Aku tak masuk mana2. Nd dah ada bosned samseng. Fs dah ada laki. Aku tumpang baca laharan acik2 karatz je la. Ngehngehngeh
Quote novlin 26-6-2014 03:41 PM
azie.dz posted on 26-6-2014 03:41 PM
aku nak tgk je...bila benang ni bakal di solex

Aku pun...ekekekekke

Lihat semua komen(515)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.065131 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top