CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Nora dan Nedim Pakai topeng elak diganggu peminat?

25-7-2014 10:26 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 24695| Komen: 125

Nora Danish & Nedim Dikritik Gara-Gara Memakai Topeng Ke Jalan TAR 


Tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita, Syawal pula bakal menjelma. Hah! waktu sekarang ni, tak kira siapa, semua sedang sibuk membuat persiapan untuk beraya. Betul tak?

Musim-musim perayaan ni, antara tempat yang menjadi kegemaran atau syurga membeli belah dah semestinya Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR). Mana taknya, selebriti terkenal pun turun bershopping disana tau!

Terbaru, pasangan merpati dua sejoli, Nora Danish dan Nedim Nazri pun ke jalan TAR. Namun, apa yang pelik, pasangan ini dilihat memakai topeng untuk menutup sebahagian dari wajah mereka.





Melalui beberapa keping foto yang dikirim kepada kami, Nedim telah memuat naik foto dirinya dan Nora Danish sedang sibuk membeli-belah.

Bagaimanapun, tindakan pasangan ini memakai topeng mengundang rasa tidak senang dikalangan pengikutnya di Instagram. Hinggakan ada yang membuat kesimpulan bahawa Nora dan Nedim sengaja berbuat begitu demi tidak diganggu.

Namun, bagi kami, kalau benar sekalipun mereka berbuat begitu, tak ada salahnya kan? Bayangkan jika korang yang nak membeli-belah tiba-tiba diserbu peminat. Kan dah tergendala perancangan. Kalau tak dilayan, nanti dikata sombong pula.

Kalau korang nak tahu, dek kerana kritikan yang diterima, Nedim tampil menjelaskan bahawa dia dan Nora memaki topeng bertujuan untuk menjaga kesihatan.



Katanya, ketika itu Nora tak berapa sihat dan dia perlu menitikberatkan soal kesihatan terlebih dahulu. Iya tak ya juga kan. Dengan keadaan jerebu sekarang ini, topeng muka antara perlindungan paling berkesan sekali.

Tak mengapalah Nedim, mungkin peminat tersebut tak berapa nak aware dengan persekitaran sekarang. Apapun, kami nasihatkan, jika tak sihat, tak usahlah mendedahkan diri pada persekitaran yang boleh memudaratkan. Betul tak?





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote achik2009 25-7-2014 10:20 AM
ni ambik dari mana pulak?...blog rotikayap jgk ke?...
Quote maxim 25-7-2014 10:21 AM
achik2009 posted on 25-7-2014 10:20 AM
ni ambik dari mana pulak?...blog rotikayap jgk ke?...

ni ohbulanbintang lak
Quote famri7 25-7-2014 10:22 AM
Ok jah pakai mask..tapi sebab diorang artis pprt nampak jelek jah..at the same time macam attention seeking..bertabahlah meleis sekalian.
Quote duquesne 25-7-2014 10:22 AM
Hahahha,, ni pun nak jadi issue.. korang tak sedar ke betapa cuaca kat KL ni ada jerebu? Aku ngan anak aku dah demam batul selsema bagai ni sejak last week sebab jerebu ni.. memang pakai mask pun pegi skolah/office..

So kalau dorang ni pakai mask.. tak heran pun.. kot la dorang ni tak sihat ke.. atau alah jerebu ke.. ndak2 tadi ada benang cerita pasal Nora demam.. kesihatan tu penting.. kang takleh raya kang.. lagi haru kan!!
Quote zacrin 25-7-2014 10:23 AM
ke nara acah2 cantik
Quote brown_pupil 25-7-2014 10:23 AM
Kalau depa bukak topeng tu pun, ada ke yg peduli sampai nak serbu bagai? Maybe die hard fans dia org ni le kot.. time2 sibuk nak beli brg nak sambut raya ni, aku rasa org yg dok pegi Jln TAR tu pun x heran ko sapa. Baik focus shopping...
Quote achik2009 25-7-2014 10:24 AM
maxim posted on 25-7-2014 10:21 AM
ni ohbulanbintang lak

ohh...kalo cenggitu Nora nak bagi 4 bintang dan bulan....
Quote nia_salina 25-7-2014 10:25 AM
aku doakan diaorng ni kawin la cepat.kalau tak jadi mmg memalukan. bajet posh and becks sangat. dari ned ni aku prefer anak nasa tu .nampak le keje nya. dia ni dah macam scott disick dah aku tgk.
Quote kaogi 25-7-2014 10:26 AM
mcm ni blh masuk gossip.. kaya ko Nora .. meletop dengan gossip di CARI
Quote banditzguy 25-7-2014 10:28 AM
batak sgt nk pg jalan TAR wtpe laa..weh tu bkn tmpt ko..tmpt ko tu dkt pavillion,bkt bintang,klcc..
Quote znuyul 25-7-2014 10:30 AM
aku ingat dorng ingat dorang popular sgt kena pakai topeng bagai..mcm cerita korea tuh
Quote mushroomsup 25-7-2014 10:30 AM
nak pakai costume robocop ke transformer pon biarlah.. sume nak jd berita..
hantar wartawan ke GAZA wat berita
Quote uori 25-7-2014 10:37 AM
the smell?
Quote bloomy 25-7-2014 10:38 AM
Sbb nora yg pakai jd isu la eh
Ai pn biasa je pakai kalo g tmpat mcm ni
Bersangka baik la seme...
Quote iman_aly 25-7-2014 10:38 AM
xheran pooonnnn
Quote applemy 25-7-2014 10:42 AM
Tengok.. bagus jugak idea Michael Jackson utk para celebs.. hiks!
Quote teen_angelJB 25-7-2014 10:42 AM
bole promote kat MOD soh wat anugerah la..
anugerah artis paling byk thread..
surely pemenangnye adalah...............
Quote opie5662 25-7-2014 10:43 AM
kenapa aku g jalan tar pakai mask tak masuk dalam bod gossip nih....why....why....whyyyyyyyyy












Quote blackred99 25-7-2014 10:43 AM
kalo tak sihat, aku duk umah je kot, takde nk gi jln2 bagai.

Lihat semua komen(125)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.149384 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top