Bung Moktar Minta Astro Ditutup Kerana Siarkan Iklan Berlebihan
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen BN-Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin mendakwa saluran televisyen berbayar, Astro telah menipu kerajaan dan rakyat dengan menyiarkan iklan. Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap stesen televisyen berbayar itu. “Berdasarkan perjanjian, Astro tidak boleh menyiarkan iklan sebab ianya TV berbayar. (Ini) kalah TV3 (banyak iklan), kita tak nampak mereka dibawa ke mahkamah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Dewan Rakyat. Memetik laporan BNBBC, Bung berkata, Astro mengutip iklan berbillion ringgit tetapi rakyat dan kerajaan ditipu dan menggesa, “Tutup sahaja Astro ini sebab tidak menguntungkan (rakyat dan kerajaan).” Terdahulu, beliau mengecam tindakan syarikat tersebut menaikkan bayaran RM5 baru-baru ini namun mutu perkhidmatan masih tidak baik selain mengulang siar program sama dan lama.
Kecaman Bung Moktar terhadap Astro turut mengundang usikan daripada Timbalan Speaker Ismail Mohamad Said yang mengusik: “Kinabatangan (Bung Moktar) tak bimbang kalau ada pelakon yang tak dibenarkan masuk Astro.” Usikan itu merujuk kepada isteri Bung Moktar, Zizie Ezette merupakan pelakon dan terdapat dramanya turut disiarkan di stesyen tersebut. Usikan Ismail itu menyebabkan ahli-ahli parlimen turut gelak tetapi turut dijawab sambil gelak oleh Bung Moktar, katanya “rezeki ada di mana-mana” Sementara itu, ketika menjawab persoalan berkaitan Astro, Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, iklan yang disiarkan hanya 10 minit untuk setiap sejam dan iklan merupakan satu yang universal bagi stesyen televisyen berbayar.
|
MistrezHermanaz posted on 20-11-2014 09:54 AM
Iols pakai mobile ni,x reti nk tepek gambo..cer uoks g IG zizie..pagi td br baca komen zizie psl ni
ResellerMaxis posted on 20-11-2014 09:22 AM
kalau dia takut..sudah tentu dia tidak tanya kan??
btw betul ke ada perjanjian macam tu antara as ...
pakis_hutan posted on 20-11-2014 10:10 AM
True.. Btw, abam bung tgh buat comeback ke..almaklumla, sekarang ni abam KJ femes mencanak-canak
kjk_2006_256 posted on 20-11-2014 10:19 AM
Memang betul. Asteruk dah deal dengan kerajaan sebagai satu2nya sole pay TV operator yang boleh be ...
cikokui posted on 20-11-2014 10:41 AM
cakap MP bodo, mmg mcm ni.
Nak tutup astro tu dia igt mcm nak tutup tudung periuk ke?
ini syarikat ...
ADVERTISEMENT