CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

‘Saya Memang Belum Bertudung’ - Amelina

21-11-2014 08:59 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 55589| Komen: 398

‘Saya memang belum bertudung’



Kuala Lumpur: "Hakikatnya saya memang belum bertudung lagi. Saya tak mahu isu bertudung atau hal peribadi dijadikan bahan untuk publisiti atau disalahertikan kononnya untuk meraih simpati."

Itu jawapan penyanyi dangdut terkenal Amelina mengenai dakwaan dia sudah membuka tudung seperti dalam beberapa gambar yang tersebar di media sosial, baru-baru ini.

Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharifuddin, 40, yang ditemui Harian Metro hari ini berkata, kekecohan yang timbul di media sosial baru-baru ini kononnya dia sudah tidak bertudung tercetus kerana salah faham.

"Pada usia begini, tak perlu saya berpura-pura dengan bertudung semata-mata untuk meraih perhatian orang. Yang lebih penting setiap tindakan kita perlu seiring dengan niat dan hati yang ikhlas.

"Tapi saya tak nafikan perlu jadi kuat dan cekal untuk menghadapi perubahan dunia hiburan hari ini terutamanya dalam era media sosial yang laju dan meluas," katanya.

Penyanyi lagu Rindu itu bakal aktif semula dalam nyanyian selepas 15 tahun menghilang dipercayai kerana kontroversi perkahwinannya pada 1999.

Amelina yang kini mempunyai enam anak hasil perkahwinan dengan Reduan Mahamood, lenyap daripada industri hiburan ketika kerjayanya sedang di puncak susulan kontroversi beberapa isu peribadi.

Sejak itu, Amelina terus menyepikan diri dan mengelak ditemui media.

Bercerita mengenai kemunculan semula, Amelina berkata, isu di sebalik kehilangannya secara tiba-tiba ketika di puncak kerjaya pada 1999 adalah perkara yang terlalu peribadi untuk dikongsikan.

"Bukan soal nak cerita atau tidak tapi saya perlu menghormati privasi keluarga dan banyak pihak. Bila sudah cecah usia begini, setiap gerak-geri dan kenyataan yang nak diberikan perlu ambil kira faktor sekeliling.

"Dalam hidup saya bukan saja ada anak-anak dan keluarga tapi banyak pihak lain yang perlu saya hormati hati mereka. Jadi sebaik-baik tindakan adalah untuk tidak bercerita apa juga hal yang pernah berlaku sebelum ini," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miawpink 20-11-2014 07:53 PM
ramai juga ank dia
6 orang....
Quote jefri90 20-11-2014 07:57 PM
memang betul lah ni nak comeback!!!! sape komposer yg leh bagi lagu sesuai dengan kaliber beliau ni??? iwan dah tobat..
Quote enchikfitz 20-11-2014 07:59 PM
Pls.buat comeback pls!!!! Tlg jgn ambil lagu dr composer mcm.Audi mok. Konfemf Last edited by enchikfitz on 20-11-2014 12:00 PM

Quote liyamariska 20-11-2014 07:59 PM
adakah amelina nyanyi balik disebabkan masalah kewangan?
Quote Syd 20-11-2014 08:01 PM
adakah amelina dah bercerai?
ataupun adakah amelina dah dimadukan?
Quote Syd 20-11-2014 08:02 PM
jefri90 posted on 20-11-2014 07:57 PM
memang betul lah ni nak comeback!!!! sape komposer yg leh bagi lagu sesuai dengan kaliber beliau ni? ...

mak suka sangat dengan statement u ols.

tapi apa salah berduet ngan iwan.

versi dangdut nasyid
Quote de_ikea 20-11-2014 08:08 PM
'Hakikatnya, saya belum bertudung lagi'
Ataupun
'Hakikatnya, saya tidak bertudung lagi'?

Mak kompius.
Quote kekupu 20-11-2014 08:16 PM
mcm ni pn adeee....
Quote Kebabomb 20-11-2014 08:38 PM
Syd posted on 20-11-2014 08:01 PM
adakah amelina dah bercerai?
ataupun adakah amelina dah dimadukan?

Selalu gitu lah kan...artis yang buat comeback selalunya sudah bercerai...
Quote leezzaliza 20-11-2014 08:56 PM
Nampak kurus banding dgn gambar mase brg kene sita tu
Quote Mary_jane 20-11-2014 09:06 PM
Amelina share apa je td kt hlive?
Quote CiliPadiSedap 20-11-2014 09:14 PM
akak fikir amelina che bakri yg free hair rupanya amelina dangdut
Quote masdiana-ana 20-11-2014 09:37 PM
byknya anak dia...still boleh menyanyi lagi ke...
Quote noraidil_06 20-11-2014 09:41 PM
she looks great
Quote clarizsa 20-11-2014 10:08 PM
dia ni ke kes umah sewa banglo ape bnda lama dh dulu tu..??

masa tu cm berjubah tudung labuh kan??

ape pun, xpela dia jujur.. sukati dia la xmo bertudung...
Quote kakasotong 20-11-2014 10:19 PM
Td tengok hlive yg part amelina tu. Masa host hlive tanya pasal isu tudung, kemain jawapan amelina ni konar baring terdudok terkangkang. Yg penting xmenjawab langsung soalan tu k Last edited by kakasotong on 20-11-2014 10:21 PM

Quote drivethru 20-11-2014 10:50 PM
Artis muda berlumba-lumba berhijab, artis veteran berlumba-lumba bukak hijab.
Quote September14 20-11-2014 10:54 PM
Dulu best la, skg ni mesti suara dah hauk, gaya pun mcm kmpung2
Quote Suchi 20-11-2014 10:54 PM
mcm td dah terbaca cerita yg sama pasal tudumg amelina nih..

byk pula thread beliau

Lihat semua komen(398)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.065958 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top