CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

"Saya Dan Mas Idayu Tak Pernah Bergaduh" - Amelina

3-12-2014 11:35 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 28489| Komen: 109

Amelina Sangkal Bakal Berduet Dengan Mas Idayu


Amelina tiada niat untuk bersaing dengan mana-mana artis dalam industri seni.

PENYANYI Amelina belum merancang untuk berkerjasama dengan mana-mana artis termasuk rakan penyanyi dangdut iaitu Mas Idayu sempena kemunculan semulanya dalam industri hiburan.

Amelina atau nama sebenarnya, Nurazlina Amir Sharifuddin, 40, berkata, buat masa ini dia hanya mahu menumpukan perhatian kepada single solo pertamanya bersama komposer Ajai.

"Saya tidak diberitahu apa-apa untuk bekerjasama dengan Mas Idayu, kemunculan semula saya adalah dengan sebuah lagu solo bersama Ajai sahaja.

"Namun, selepas lagu solo ini mungkin akan ada perancangan untuk bekerjasama dengan artis lain tetapi yang berbeza genre," ujarnya kepada mStar Online.


Amelina berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan penyanyi Mas Idayu di sebuah akhbar harian dia akan berduet pada kemunculan semula ratu dangdut itu tidak lama lagi.



Mas Idayu memberitahu sebuah akhbar harian bahawa akan muncul dengan Amelina pada kembunculan semula penyanyi itu tidak lama lagi.

Sementara itu, ditanya tentang hubungannya dengan penyanyi tersebut yang sebelum ini dikatakan kurang baik, Amelina berkata ia hanya tanggapan segelintir pihak.

Jelas Amelina, dia dan Mas Idayu tidak pernah bergaduh, namun sering dilaga-lagakan oleh pihak tertentu yang kurang senang dengan mereka.

"Saya dan Mas Idayu baik-baik sahaja, kami tidak pernah bergaduh pun, cuma sejak dulu ada sahaja pihak yang cuba burukkan hubungan kami sehingga orang sangka kami bermasalah.

"Dia ada menyapa saya di laman sosial, cuma kami tidak rapat berbanding hubungan saya dengan artis dangdut lain," ujarnya.


Bagaimanapun, Amelina berkata, kemunculannnya kali ini bukan bertujuan untuk bersaing dengan mana-mana artis dalam industri seni.

Dia juga hanya mahu memeriahkan dan mengembalikan muzik dangdut yang sudah hampir mati di negara ini.

"Saya tidak mahu cerita lama diungkit kembali, apa yang sudah lepas biarlah berlalu. Saya kembali dalam industri untuk menambahkan kemeriahan sahaja. Saya tiada niat untuk bersaing dengan mana-mana artis lama atau baru sekali pun," ujarnya.

3

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 3-12-2014 11:10 AM
klu tak kontroversi mana org nak tau kan



lain nau plk tgk muka amelina
Quote supersudoku 3-12-2014 11:11 AM
takutnya tgk muka mas idayu
Quote yusryimran 3-12-2014 11:15 AM
supersudoku posted on 3-12-2014 11:11 AM
takutnya tgk muka mas idayu

kan... aku pun seram tgk...
Quote hensem2012 3-12-2014 11:15 AM
Amelina nie bkn saje pernah dilaga2kan dgn Mas Idayu..dgn Sheeda Angkat Kaki pun dia dilagakan oleh pihak yg x bertanggungjawab
Quote supersudoku 3-12-2014 11:18 AM
saja kasi laga..strategi utk naikkan nama retis..
taktik PR team
Quote iman_aly 3-12-2014 11:38 AM
mata dia mcm something wrong somewhere la
Quote Suchi 3-12-2014 11:42 AM
hahahahaha lawak la plak
Quote enchikfitz 3-12-2014 12:06 PM
Mas Idayu kata nak berduet...mungkin tu hasrat dia. Tapi belum sampai ke pengetahuan Amelina lagi kot. Tapi kalau betul jadi apa salahnya kan?
Quote sepitsiput 3-12-2014 12:10 PM
tony fernandes pun ckp diorg x ngam dulu... masa tahun 1996, pernah hampir di duetkan dlm lagu sini cinta sana cinta utk album puteri dangdut, tp  x jadi. dulu2 masa amelina hilang, mas idayu sorg jah yg berani buat statement sheols kecewa dgn tindakan amelina.

diorg baik je sebenarnya, tp xlah serapat alin dengan haiza. Ani maiyuni & sheeda pun pernah dikatakan x sebulu dgn sheols..

anggap je lah Amelina dolu2 mcm tok t skrg...mana ada rapat dgn rakan retis..kecuali sorg dua yg berkait..mcm haiza sheols rpt sbb dulu2 bercinta dgn adik amelina

pls duet kan mas idayu & amelina... konfem kebabom! Last edited by sepitsiput on 3-12-2014 12:11 PM

Quote perembes 3-12-2014 12:12 PM
Bagus si amelina..org tnya pl rumahtga dia takmo ckp apa2, dia kata dia xnak kawin senyap cerai heboh..npk la dia nak cr rezki.. Ramai anak amelina nih...
Quote toxicated 3-12-2014 12:16 PM
Thread poll hari tu pun salah satu laa situasi melaga2kan mereka..
Quote sepitsiput 3-12-2014 12:18 PM
toxicated posted on 3-12-2014 12:16 PM
Thread poll hari tu pun salah satu laa situasi melaga2kan mereka..

ada dua tiga thread jua...jenuh meols nk mentabita kolagenkan thread tu drpd keruh2 kulit zarif
Quote toxicated 3-12-2014 12:18 PM
sepitsiput posted on 3-12-2014 12:10 PM
tony fernandes pun ckp diorg x ngam dulu... masa tahun 1996, pernah hampir di duetkan dlm lagu sini  ...

Uols zaman dulu mesti collect urtv..majalah hai..media hiburan..mangga dan seumpamanya.pastu baca tabloid bacaria..
Quote sepitsiput 3-12-2014 12:21 PM
toxicated posted on 3-12-2014 12:18 PM
Uols zaman dulu mesti collect urtv..majalah hai..media hiburan..mangga dan seumpamanya.pastu baca  ...

motif tanya soalan memerangkap usia meols?

dulu2 amelina ni tetiap bulan keluar urtv, mangga sbb sheols darling media sheols dgn erra dulu2 mmg kesayangan media

mas idayu lak secretive..media ramai panas bontot sbb sheols kuat berahsia..

tp ikutkan dulu2 mas idayu ni galak atas stage jah, luar life sheols ok. opposite dgn darling media tu, on stage sopan2 manja, kt luar hal peribadi huru hara... tu pasal sampai stress kene tinggal laki, terus kawen senyap.

sheols skrg nmpk tenang dan matang...
Quote sepitsiput 3-12-2014 12:23 PM
anyway bacaria dan warta perdana la yg suka keluar stori mori yg teruk2 pasal amelina.... sampai pergi labu sana soal siasat sedara mara amelina...dua surat khabar ni asyik kene saman dulu2 sbb style investigative diorg.
Quote tomet05 3-12-2014 12:28 PM
moga berjaya lah kan .. cuma heoboh sangat pasak solat istikharah aritu mcm x kena jel  kan
Quote asamfish 3-12-2014 12:33 PM
toxicated posted on 3-12-2014 12:18 PM
Uols zaman dulu mesti collect urtv..majalah hai..media hiburan..mangga dan seumpamanya.pastu baca  ...

variapop jangan lupe!
Quote Lavender_Violet 3-12-2014 12:58 PM
sepitsiput posted on 3-12-2014 12:10 PM
tony fernandes pun ckp diorg x ngam dulu... masa tahun 1996, pernah hampir di duetkan dlm lagu sini  ...

Zaman bila yg Tan Sri Tony Fernandes cakap macam ni? Zaman sebelum dia jadi owner Air Asia eh? Tak sangka dia pun suka retis2 dangdut
Quote Lavender_Violet 3-12-2014 12:59 PM
supernaturalee posted on 3-12-2014 11:10 AM
klu tak kontroversi mana org nak tau kan

Dah berumur uols. Gitu lah kekdahnya. Plus iols rasa sheols masa menyepi tak la menghabiskan duit pegi treatment sana treatment sini. Tak de botox kollagen bagai kot, tu sebab boleh nampak clearly yg kulit muka dia sagging

Lihat semua komen(109)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.146787 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top