CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Kereta Danny (X-Factor) Dilanggar Pemilik Kenderaan Curi

21-1-2015 04:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11020| Komen: 32

Kereta Danny (X-Factor) Dilanggar Pemilik Kenderaan Curi


Danny terkejut apabila mendapati keretanya remuk akibat dilanggar oleh individu tidak dikenali.


PETALING JAYA: Apakah malang nasib pelakon Danny (X-Factor) apabila kereta Honda City milikknya yang diparkir di luar rumah dilanggar oleh individu tidak dikenali.

Lebih mencurigakan, selepas kejadian itu, individu berkenaan melarikan diri meninggalkan keretanya yang remuk pada bahagian hadapan itu.

Danny atau nama sebenarnya Mohd Kardanie Anwa, 35, berkata, dalam kejadian yang berlaku pada awal pagi Selasa itu, dia tidak menyangka bunyi dentuman kuat sebanyak dua kali yang datang dari luar rumah melibatkan keretanya.

"Ketika kejadian kira-kira dalam pukul 12.30 malam saya berada dalam bilik untuk tidur dan tiba-tiba terdengar bunyi hentaman kuat dari arah luar rumah.

"Saya pada mulanya ingatkan ia bunyi daripada lori sampah yang lalu namun selepas menjenguk ke luar tingkap saya lihat posisi kereta saya beralih dari tempat asal," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Keadaan kereta Danny yang mengalami kerosakan teruk.

Danny tinggal di Puncak Jalil, Bukit Jalil dekat sini.

Jelas Danny lagi, dia bagaimanapun keluar untuk melihat keadaan kereta tersebut selepas sejam kejadian kerana bimbang akan keselamatannya dan isteri sekiranya terdapat unsur-unsur jenayah.

"Apabila saya keluar untuk melihat keadaan kereta ia dalam keadaan agak teruk dan tertanya-tanya apa yang sedang berlaku?

"Saya turut mendapati sebuah kereta jenis Proton Satria yang diletakkan di bawah pokok bersebelahan rumah saya turut mengalami kerosakan teruk dan menyangka ia kereta milik jiran yang turut dilanggar," katanya.

Dalam pada itu, Danny berkata, semasa pihak polis datang ke rumahnya untuk melakukan siasatan seorang lelaki dalam lingkungan umur 25 tahun muncul mendakwa kereta Proton Satria tersebut miliknya yang sudah dicuri.

Pemilik kenderaan itu turut terkejut apabila mendapati kereta Proton Satrianya remuk akibat melanggar kereta Danny yang diletakkan di luar pagar rumah.

Proton Satria yang melanggar kereta Danny.


"Lelaki tersebut tinggal berdekatan dengan rumah saya namun tidak pernah mengenalinya sebelum ini dan saya meminta agar dia membuat laporan  polis namun dia enggan.

"Bagaimanapun dia mahu menanggung kerugian yang saya alami akibat kejadian itu," katanya.

Sementara itu, Danny berkata, dia menyerahkan kepada pihak polis bagi menyiasat kejadian itu kerana bimbang mungkin terdapat unsur-unsur khianat yang tidak diketahuinya.
8

Bagus
2

Marah
9

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote monyet02 20-1-2015 03:33 PM
dah kenapa lelaki tu tak nak buat report polis? kata kereta kena curi. sooo fishyyyy
Quote cik_tonggek 20-1-2015 03:43 PM
akak teringat satu masa dulu heshe masuk urtv segmen rumah retis. kemain heshe menunjuk rumah kat kondo di dmansara. ujung2 adik laki akak citer rumah tuh rumah anak jiran mak weols yg merupakan rakan sepermainan weols semasa kanak2. mamat deni ni katanye dok low cost aptment jek. and mat deni nih kawan dgn anak jiran mak weols tuh.  masa wartawan dtg ambik gambo adik laki akak pun ade sama situ dok tgk org shooting
motip sangat retis nak menipoooooo ckp rumah kondo gah padahal kondo member



korang paham ke idak citer akak ni
Quote Lorra2411 20-1-2015 03:55 PM
ke memang jiran dia terlanggar kereta Danny tu? fishy ah, kata kereta curi. tapi takmau report.
Quote zila_hakimie 20-1-2015 04:00 PM
cik_tonggek replied at 20-1-2015 03:43 PM
akak teringat satu masa dulu heshe masuk urtv segmen rumah retis. kemain heshe menunjuk rumah kat ko ...

i phm            
Quote fiezameysekali 20-1-2015 04:03 PM
cik_tonggek replied at 20-1-2015 03:43 PM
akak teringat satu masa dulu heshe masuk urtv segmen rumah retis. kemain heshe menunjuk rumah kat ko ...

hahahahahahhaha
lebih tertarik kesah nipu dr kete beliau d langgar

ohh tuhankuu..da kenapa sanggup nipu sebegitu
Quote prettyuglybabe 20-1-2015 04:11 PM
entah-entah owner tu u yang membesit pastu terbabas langgar kete orang
tetiba je muncul kata kete kena curi ala-ala supaya tak kena saman
dan sapa pulak yang tukang kabar kan kat owner ketenya ada kat situ?
Quote blackred99 20-1-2015 04:11 PM
motip sgt tuan punya satria takmo report.
Quote azie.dz 20-1-2015 04:13 PM
nangis danny baca benang ni...kita dok kisah kan pasal keta curi tu...berani pemilik kereta nak tanggung semua walhal dia pakai keta curi...
Quote cik_tonggek 20-1-2015 04:19 PM
fiezameysekali replied at 20-1-2015 04:03 PM
hahahahahahhaha
lebih tertarik kesah nipu dr kete beliau d langgar

akak ingat lagi dlm urtv tuh kemain mat deni nih eksen posing kat swimming pool bagai
rupanya rumah orang buang keren betul


Quote doubleA 20-1-2015 04:21 PM
baru tahu nama sebenar dia Mohd Kardanie Anwa

dulu2 zaman x-factor diakui la muka dia paling jambu selain zack x-factor tu

sekarang? boleh la jambu tu bersisa sikit2
Quote fiezameysekali 20-1-2015 04:24 PM
cik_tonggek replied at 20-1-2015 04:19 PM
akak ingat lagi dlm urtv tuh kemain mat deni nih eksen posing kat swimming pool bagai
rupan ...

ya ampunnn
tibe2 iols rase malu stelah tahu perkara sebenar

swiming pool ek? berenang baik utk kesihatan
eh tu mangga
Quote kikuri 20-1-2015 04:32 PM
oooo.... nama dia kardanie rupanya....
Quote maplesue 20-1-2015 04:37 PM
Macam ade keraguan je
Quote PongKang 20-1-2015 04:50 PM
cik_tonggek replied at 20-1-2015 03:43 PM
akak teringat satu masa dulu heshe masuk urtv segmen rumah retis. kemain heshe menunjuk rumah kat ko ...

Lorr dia propa je ke? Hahaha
Quote bolamata 20-1-2015 04:51 PM
Tinggal kat puncak jalil? area rumah aku ni...Jalan PUJ bape mamat ni tinggal
Quote cik_tonggek 20-1-2015 05:03 PM
kikuri replied at 20-1-2015 04:32 PM
oooo.... nama dia kardanie rupanya....

akak syak mat deni sedare kim kardashian

Quote BebeQ 20-1-2015 05:10 PM
cik_tonggek replied at 20-1-2015 03:43 PM
akak teringat satu masa dulu heshe masuk urtv segmen rumah retis. kemain heshe menunjuk rumah kat ko ...

memula saya tak berapa paham cerita akak tapi bila tengah2 cerita dia menipu kondo, terus saya cuba untuk pahamkan juga.

saya lebih tertarik dengan cerita kondo ni kak.

kerlasss sangat cerita akak ni
Quote wannoorazlina 20-1-2015 05:21 PM
cik_tonggek replied at 20-1-2015 03:43 PM
akak teringat satu masa dulu heshe masuk urtv segmen rumah retis. kemain heshe menunjuk rumah kat ko ...

gigih akak bukak kitab tajol muluk
selak sejarah2 lampau mat deni ni
Quote fadzyjemi 20-1-2015 06:00 PM
HahaHahaha.. Fishy Sgt.. Anyway danny no now what pe aje?? Dia DA kawen??OK baru tau

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.059666 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top