CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Tak Bayar Sewa Rumah Rm30,000, Barang Yassin Syj Dilelong

21-1-2015 04:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 38763| Komen: 211

Tak Bayar Sewa Rumah RM30,000, Barang Yassin SYJ Dilelong

 


INI memang panas, katanya barang-barang rumah pelawak Yassin sudah dilelong akibat kegagalannya membayar sewa rumah. Kisahnya bermula apabila pelawak ini dan keluarganya dikatakan enggan melunaskan sewa bulanan rumah yang diduduki di Damansara. Akibatnya, selepas lima bulan bersabar, tuan rumah mengambil keputusan untuk mengunci rumah tersebut serta merta. Jadinya, Aida sendiri tidak tahu di mana Yassin tinggal kini memandang hampir kesemua barangnya masih berada dalam rumah tersebut.

Ekoran tindakan tuan rumah itu, Yassin dan keluarganya memang tidak sempat mengambil apa-apa barang dalam rumah tersebut.
Cerita si tuan rumah, dia ingatkan si pelawak ini berusaha menghubunginya selepas itu untuk berbincang soal tunggakan yang bernilai lebih RM30,000, namun sangkaannya meleset.

-antara barang milik Yassin


Hanya selepas dua bulan, baru Yassin menghubunginya untuk bertanyakan mengenai barangan rumah yang ditinggalkan itu. Bagaimanapun, kelewatan Yassin itu hanya merugikannya memandangkan tuan rumah telah mengambil keputusan melelong semua barang-barang yang ditinggalkan. Apatah lagi, amaran telah diberitahu terlebih dahulu.

Jangan ingat tuan rumah ini kejam tau! Disebabkan tunggakan hutang Yassin, tuan rumah terpaksa menjual rumahnya sebelum pihak bank menyita kediaman jenis kondominium itu. Daripada menanggung hutang yang berlambak, ada baiknya dia melelong isi rumah yang ditinggalkan, boleh juga dibuat duit belanja bayar itu ini walaupun jumlah yang diperoleh tidaklah seberapa.

Jadi, dia juga tidak boleh berbuat apa-apa memandangkan terpaksa berhadapan dengan keadaan yang lebih teruk. Katanya dia juga tidak sangka pelawak ini sanggup buat begitu, kerana pada mulanya dia beranggapan tentunya menyewakan rumah kepada seorang selebriti tidak akan mendatangkan sebarang masalah.
Kepada Yassin, seelok-eloknya selesaikan hutang tersebut. Bukan apa, Aida fikir apa yang berlaku seolah-olah menganiaya orang lain.

Rasanya sewa rumah itu hanya RM1,450 sebulan, mustahil untuk seorang pelawak terkenal seperti Yassin tidak mampu membayar bukan?


2

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
6

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cari_cahaya 20-1-2015 01:22 PM
beg LV ribu riban mampu lak beli..?
Quote soraya 20-1-2015 01:26 PM
cari_cahaya replied at 20-1-2015 06:22 AM
beg LV ribu riban mampu lak beli..?

beg lv bini dia ke nokkss??....dah kawen ke mamat ni?...kehkehkeh
Quote chekshu 20-1-2015 01:30 PM
soraya replied at 20-1-2015 01:26 PM
beg lv bini dia ke nokkss??....dah kawen ke mamat ni?...kehkehkeh

heols dah kawen
tahun 2011 dulu



Quote bambimbom 20-1-2015 01:31 PM
Pegila mintak tolong kat jed jaidi
Quote soraya 20-1-2015 01:31 PM
chekshu replied at 20-1-2015 06:30 AM
heols dah kawen
tahun 2011 dulu

lerr kesian family dia....kehkehkeh...
Quote haiku 20-1-2015 01:34 PM
Tgk paper smlm, katil serabut & kepam
Quote Knowlee 20-1-2015 01:35 PM
Sesuka hati je tak bayar sewa rumah. Berbulan-bulan pulak tu.
Quote edoraixora 20-1-2015 01:35 PM
kate tunggakan rm30,000 selama 5 bulan
nape monthly jadi rm1450 jer
ke aku salh bace ni
jap...bace lagi sekali
Quote chekshu 20-1-2015 01:37 PM
soraya replied at 20-1-2015 01:31 PM
lerr kesian family dia....kehkehkeh...

dia sendiri tak kesian kan diri dia
nak buat camne....

dah tau dok menyewa
bayar je lah sewa

bukannnya heols tak de job pun.....



Quote Cookie.Monster 20-1-2015 01:37 PM
kesian beliau

duit menang mlm pun melepas

nabil yg tak lawak dan hidup senang pulak dpt masuk final

tp nak buat mcm mana.. rezeki dia kan

hmmm

Quote chinta89 20-1-2015 01:40 PM
sendiri tak kesiankan diri sendiri, so, i pun x kesian..
Quote naina 20-1-2015 01:41 PM
Edited by naina at 20-1-2015 01:47 PM
edoraixora replied at 20-1-2015 01:35 PM
kate tunggakan rm30,000 selama 5 bulan
nape monthly jadi rm1450 jer
ke aku salh bace ni

aku bca skali harung jer kira2 rm6k sebulan klu 5 bulan xbyr
skali kt bawah ada tulis sebulan rm1450.whatt???

Quote BebeQ 20-1-2015 01:42 PM
edoraixora replied at 20-1-2015 01:35 PM
kate tunggakan rm30,000 selama 5 bulan
nape monthly jadi rm1450 jer
ke aku salh bace ni

Kalau 5 bulan tunggakan sewa jadi rm30,000..maknanya sebulan sewa adalah rm6,000. Lepas tu dia tulis sewa rm1,450 pulak. Siapa yang tak pandai matematik sekarang ni? I ke? Nara ke? Tuan rumah ke? Wartawan ke?
Quote juzignoreme 20-1-2015 01:43 PM
Bnyak nya sampai 30k..
Quote de_ikea 20-1-2015 01:44 PM
Sewa rumah 1450 sebulan.
I took 1500 la senang, kali 5 = 7.5k
Katalah bill air api internet maintenance, 1k sebulan, kali 5 = 5k

Total baru 12.5k
Celah mana sampai 30k ????
Quote kuchenta_81 20-1-2015 01:48 PM
5 bulan tu maybe masa yang tuan rumah bersabar lepas dah warning, remind
tak bayar maybe setahun lebih

so lepas bagi masa 5 bulan tu yang tuan rumah nekad lelong barang2

Quote whadda 20-1-2015 01:54 PM
lame gile la bersabar tuan umah tu klo dah setahun lebih tak bayar...
Quote AbukRokok 20-1-2015 01:55 PM
Cookie.Monster replied at 20-1-2015 01:37 PM
kesian beliau

duit menang mlm pun melepas

nabil kan ada pengaruh skit kat fazura...old fren katanya.... xlawak pun boleh dpt 4 bintang.... kahkahkahkah

Quote AbukRokok 20-1-2015 01:57 PM
lelong barang bekas penagih dadah ni berapa sen je dpt?

Lihat semua komen(211)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.047679 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top