CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Datuk 'Terlajak Laris' Nafi Terdapat Kesilapan Kontrak Produk Fasha Sandha

27-1-2015 04:25 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 31242| Komen: 124

Datuk 'Terlajak Laris' Nafi Terdapat Kesilapan Kontrak Produk Fasha Sandha


PETALING JAYA: Pengasas rangkaian produk kosmetik D'Herbs Healthy Sdn. Bhd. (D'Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, 26, memberitahu dia hanya bertindak sebagai penasihat kepada produk kosmetik terbaharu pelakon Fasha Sandha yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Aliff yang dikenali dengan tagline 'terlajak laris' berkata, pihaknya tidak menjalinkan kerjasama atau mengikat sebarang kontrak dengan syarikat milik pelakon wanita itu bagi pengeluaran produk tersebut.

"Saya dengan Fasha berkawan sejak lima tahun lalu dan dua tahun lalu dia ada menyatakan hasrat untuk mengeluarkan produk jenamanya sendiri dan meminta pandangan dan idea daripada saya sahaja.

"Saya beri nasihat itu hanya atas dasar kawan dan kami tidak mengikat sebarang kontrak atau bekerjasama untuk penghasilan produk tersebut. Saya tidak mengeluarkan wang untuk perkara itu dan tiada kena mengena langsung dengan produk tersebut," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Selasa.


Aliff Syukri berkata demikian ketika diminta mengulas kononnya beliau menjalinkan kerjasama bagi menghasilkan satu jenama produk baharu bersama Fasha Sandha.

Khabar angin mengatakan berlaku kesilapan kontrak berhubung perjanjian berkenaan.

Dalam pada itu Aliff menafikan perkara tersebut dan menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah berniat untuk mengambil Fasha sebagai duta kepada mana-mana produk keluarannya.

Jelasnya, sejak mengusahakan pruduk keluaran D'Herbs Healthy beliau lebih selesa menggunakan dirinya sendiri sebagai duta dan jurucakap produk berbanding menggunakan khidmat artis.

"Saya tidak pernah berniat pun ambil dia sebagai duta untuk produk saya kerana kalau anda lihat produk model saya hanya pengguna dan saya sendiri sebagai duta dan jurucakap.

"Namun ada beberapa artis yang mempromosi produk saya itu hanya untuk meyakinkan pengguna sahaja namun bukanlah model utama produk itu. Bagi saya, produk saya masih boleh laris tanpa penglibatan artis sebagai jurucakap atau duta," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang populariti kosmetik Qu Puteh sedikit menenggelamkan populariti produk keluarannya, Aliff menganggap ia sebagai satu persaingan dalam perniagaan.

Jelasnya, apa yang penting masyarakat masih ingat dengan tagline popularnya itu dan sedar tentang kewujudan produk dalam pasaran.

"Itu perkara biasa dalam perniagaan, ia sama seperti dunia artis kadang-kadang kita di atas dan di bawah, namun yang penting orang masih ingat dengan kita.

"Saya mengucapkan tahniah kepada Qu Puteh kerana dia berjaya membawa fenomena baru dalam industri kosmetik tanah air," ujarnya.

2

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
8

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stars83 27-1-2015 02:41 PM
qu puteh..qu puteh..
Quote bambimo 27-1-2015 02:45 PM
myb plan nak OEM kot
skrang sapa ada duit boleh je kuar kan apa2 produk...
produk sama just tukar nama brand dan packaging
Quote haiku 27-1-2015 02:45 PM
Lepas ni Datuk Aliff jadi penasihat kpd produk Erra & Raja Azura pulak ..
Quote sekel 27-1-2015 02:45 PM
terlajaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk larissssssssssssssss
Quote aseela 27-1-2015 02:47 PM
terlajakkk laku
Quote beatgirlX 27-1-2015 02:49 PM
ooo..
baru ku tahu fasha ada product sendiri
Quote mamakoya 27-1-2015 02:49 PM

motiiipp dato vida mencelah kat cni..
Quote starcity 27-1-2015 02:52 PM
Produk fasha sandha tu dia amik bekalan dari mana?
Quote arira_arora 27-1-2015 02:53 PM
hurm... barang pn lebih kurang sama je... tp mmg selalu pn nmpk dlm ig c fasha ngn terlajak terlaris ni...
Quote mitnick 27-1-2015 02:53 PM
promosi produk fasha sec xlangsung ker?
Quote edoraixora 27-1-2015 02:54 PM
10422548_1649057135322009_408579960628861188_n.jpg
Quote edoraixora 27-1-2015 02:54 PM
so ape isunye?

ade isu berbangkit ke ape
Quote kucingTomey 27-1-2015 03:35 PM
umur dato terlajak perahu boleh di undur terlajak kata buruk jawabnye ni mmg menten 26 eh??rase dah 5 tahun umur dia 26 tahun....
Quote biozipstar 27-1-2015 03:38 PM
ouhh yeke... ok ok... puteh puteh barulah puteh..
Quote IxoraP 27-1-2015 03:38 PM
mamakoya replied at 27-1-2015 02:49 PM
motiiipp dato vida mencelah kat cni..

promosi tu..
Quote atekome 27-1-2015 03:41 PM
kucingTomey replied at 27-1-2015 03:35 PM
umur dato terlajak perahu boleh di undur terlajak kata buruk jawabnye ni mmg menten 26 eh??rase dah  ...

Hahaha terlajak propaaaaa
Quote skymania 27-1-2015 03:45 PM
die neh lah yg repakej kan produk rita yg lama tuh... yg rita partner ngan kawan die...

pastu produk tuh adaproblem ker apa ntah... rita declare yg die sudah takde kaitan ngan produk tuh..

pastu plak.. produk terlajak laris neh.. yg mna ntah.. bnyk gler bahan paraben dalam produk die.. parabaen tuh penyumbang kanser kots..
Quote skymania 27-1-2015 03:47 PM
starcity replied at 27-1-2015 02:52 PM
Produk fasha sandha tu dia amik bekalan dari mana?

aku rasa dr siam tak pon pinoy.. dua tmpt neh jeh murah... indon pon...

aku rasa sama jeh ngan ig seller yg lain... seme dr bundle yg sama..

tp dok pakejing lelain... rege lelain... ikot betapa glamernyer si penjual...
Quote anony-mous 27-1-2015 07:36 PM
Giler la umur baru 26 dah jd datuk. Tringin nk interbiu datuk ni. Nk tau asal usul mcm mana boleh bjaya ( wpon mak mmg dah kaya)

Terasa kerdil sb aku umo 24 xde pape lg.

Lihat semua komen(124)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.098329 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top