CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

‘Dah Nasihat Lupakan Siti.. Tapi Zamani Sangat Setia’ ─ Saari

28-1-2015 11:43 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 42564| Komen: 123

‘Dah Nasihat Lupakan Siti.. Tapi Zamani Sangat Setia’ ─ Saari



Susulan kes Zamani yang hangat diperkatakan sebelum ini kini nampaknya telah membangkitkan kembali kisah lama antara vokalis kumpulan Slam dan penyanyanyi no.1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza.

Umum mengetahui mereka pernah menjadi bahan gosip pada suatu ketika dahulu.

Bagaimanapun kisah-kisah tersebut telah lama dilupakan diatas faktor masa malah Datuk Siti Nurhaliza sudahpun bersuamui.

Namun, komposer Saari Amri mengeluarkan satu kenyataan yang cukup panas di Facebook yang berbunyi:

“Siti Nurhaliza tahu kenapa Zamani jadi macam tu”

Bagaimanapun, Siti enggan memberi sebarang komen berkaitan kenyataan dari Saari itu.

Setelah itu, Saari sekali lagi menimbulkan tanda tanya di kalangan pengikut industri seni dengan berkata, suatu ketika dahulu dia pernah menasihati Zamani agar melupakan Siti.

Menurut sebuah portal, Malaysian Digest, “Saya kenal Zamani sejak dari awal dia mula menyanyi. Dia pun banyak menyanyikan lagu-lagu ciptaan saya dan kami memang rapat malah, saya banyak menghabiskan masa dengan dia.
“Pernah satu ketika saya bertanyakan kepada dia mengapa dia jadi begitu, nasihatkan dia melupakan Siti dan jalani hidup dengan lebih baik tapi Zamani seorang yang sangat setia.

“Jadi apabila berita penangkapannya tersebar, saya berasa kasihan dengannya dan atas sebab itu saya ‘tweet’ sekadar mahu meluahkan rasa simpati dan meluahkan apa yang betul.
“Ramai juga kenalan yang tahu tentang perkara itu tapi ia kisah lama. Tiada niat saya untuk bangkitkan atau timbulkan apa-apa isu.”

Walauapapun cerita dan kisah mereka berdua, SK harapkan yang terbaik buat Zamani, bak kata pepatah, “Barang yang lepas jangan dikenang”.



5

Bagus
17

Marah
4

Terkejut
16

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote milot 28-1-2015 07:01 AM
TT smbungla kt tred saari amri nun.bru syok sembang berjela2
Quote makton 28-1-2015 07:19 AM
benang yg lama belum katup lg kan?????
Quote bungasejuk 28-1-2015 07:35 AM
Dia sepatutnya diam jer..tuan bdn xckp ape2 .. dia lebih over.. yg dah lps biarkan brlalu..kenapa nk ungkit blik? Org tu dah bahagia la.. pakcik nih ler..
Quote lil_honey 28-1-2015 07:37 AM
bongoknye SA..nak naikkan nama yang sendu ke?
Quote lantanao8 28-1-2015 07:41 AM
bodoh tahap gaban la....makan dadah sebab putus cinta....

SA paling lagi bengap sebab ungkit kisah basi
Quote intriQue 28-1-2015 07:58 AM
Sudah2 ler tu.....CT pun dah jadi isteri org. Respect lah sikit maruah CT n suami. Nama pun takde jodoh. Tuan punya diri tak kecoh, org lain pulak kecoh.
Quote orenmango 28-1-2015 08:00 AM
Please lah lagi bnyk dia ni bercakap lagi tunjuk buruk kawan rapat dia kononnya tu... this just shows how lucky Siti got away from Zamani... seorang yg begitu lemah dan tiada ketahanan diri la gitu... abis tu yg pompuan2 yang sangkut  lepas siti tu semua takde value ke?
Quote khalisya 28-1-2015 08:04 AM
bungasejuk replied at 28-1-2015 07:35 AM
Dia sepatutnya diam jer..tuan bdn xckp ape2 .. dia lebih over.. yg dah lps biarkan brlalu..kenapa nk ...

setuju2.. senyap2 dah ler... jgn la di buka lagi kisah silam orang itu... kesian zamani...
Quote purpler 28-1-2015 08:06 AM
dia cakap macamni, tak sedar kot dia lebih memalukan zamani & siti....
lebih baik dia ceritakan kebaikan zamani mcm shah slam buat...

10926384_1003962632966572_104840088926065087_n.jpg
Quote mimi77 28-1-2015 08:09 AM
perlu ka nak ungkit kisah lama?
Quote chekshu 28-1-2015 08:17 AM
bengong lah saari amri

tutup mulut aje lah
apa hal kes dulu2 nak bukak balik
simpan sendiri cukup - tak payah lah nak tweet ke hapa

dah le DCT tu dah ada suami

buat kecoh aje.... nanti tak pasal2 plak DCT ngan laki dia bergaduh

bodoh! otak letak kat lutut!
Quote mdhelmi 28-1-2015 08:26 AM
kesian zamani
aku ingat dia dah kahwin
Quote shunnaray 28-1-2015 08:30 AM
mmg tak patut pokcik saari ni keluarkan statement tu langsung. ct dah moved on pon. motip nak libatkan ct lg? ker saja nak naikkan nama yg dah sendu tu....
Quote housequeen 28-1-2015 08:32 AM
Perlu apanya nak bawak keluar nama siti pulak...? Siti tu kan dah ada suami....tak tau nak respect suami Siti ke dia ni? Zamani terlibat dng dadah atas pilihan dia...bukan kena paksa dng siti pun....time2 mcm ni nak kaitkan dng siti pulak...sok tak pasal2 siti dng laki dia pulak bercakar2...adooii...
Quote dekmieDandy 28-1-2015 08:36 AM
siti dah move on, zamani pon ade makwe baru

dia ni dah kenape~
Quote haruslah 28-1-2015 08:37 AM
wp ct tu 'camtu'

tp dia dah ade life dia skrg

x perlu ungkit....zamani pon dah ade life sendri

dah 10thn

statement SA bleh buat org lain x selesa


p/s: kalau cinta kena tolak or wha else, dadah bukan penyelesaian
Quote aikee04 28-1-2015 08:37 AM
...
Quote little_sis 28-1-2015 08:39 AM
x kawin2 lps frust putus cinta bukan semestinya sbb xleh lupa kekasih lama.. jodoh kan ketentuan tuhan...
Quote budakmanentah 28-1-2015 08:39 AM
ape byk sgt benang zamani ni?

Lihat semua komen(123)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.056116 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top