Fara Fauzana Tidak Terbeban Soal Kahwin Kesibukan antara punca Fara tidak mempunyai masa memikirkan soal peribadi.
PETALING JAYA: Pengacara dan penyampai radio Fara Fauzana menjelaskan dia tidak lagi berasa terbeban apabila sering diasak dengan pertanyaan mengenai perkahwinan. Fara, 35, berkata, dia sudah terbiasa dengan perkara itu dan pada usianya sekarang ia bukan soal utama selain meletakkan keyakinan kepada Allah yang merancang perjalanan hidupnya. "Dulu saya akui memang seorang yang terlalu berfikir apabila ada yang bertanya tentang kahwin tetapi sekarang tidak lagi. Saya tidak rasa bebanan itu.
"Allah adalah seorang sebaik-baik perancang dan saya ingin berpegang pada kata-kata ini dan yakin pasti akan ada jodoh saya suatu hari nanti. "Kalau tidak pun mungkin saya ditakdirkan untuk menjaga kedua ibu bapa saya sehingga ke akhir hayat dan bukan semua orang dapat peluang itu," jelasnya kepada mStar Online. AG dan Fara bergandingan dalam program Muzik-Muzik 30. Fara terdahulu diumumkan sebagai hos baharu program Muzik-Muzik 30 bersama AG bagi menggantikan Scha Al Yahya. Program itu bersiaran setiap hari Sabtu pada pukul 6 petang. Pun begitu kata Fara, itu tidak bererti dia berhenti berusaha mencari jodoh dan mengakui ada mengenali beberapa lelaki namun belum bertemu yang benar-benar sesuai dengannya. Tambah Fara, kesibukan dengan tugas seharian turut menjadi faktor utama dia tidak berpeluang untuk menjalinkan hubungan cinta seperti mana wanita lain. "Mungkin kedengaran klise tetapi itulah hakikatnya. Bagaimanapun saya bersyukur kerana keluarga amat memahami dan tidak pernah masuk campur tentang urusan itu," jelasnya. |
beatgirlX replied at 9-2-2015 12:34 PM
tak pa..andai ada jodoh..insyaallah
HO pun singlekan...
nikaido replied at 9-2-2015 01:19 PM
HO ni hairudin kan? Dia mmg bujang eh? Ke duda.? mcm dah tua brother ni
ADVERTISEMENT