Kuala Lumpur, Febuari 9 - IME did it again..hehehe… Okey bukan pasal nak membodek penganjur tapi ini adalah kenyataan. Memegang rekod bersih sepanjang mengandalikan concert besar dari mereka mula memperkenalkan diri kepada peminat di Malaysia sehingga kini dan mungkin disebabkan rekod bersih ini maka YG Entertainment menaruh kepercayaan penuh kepada mereka mengandalikan kesemua concert artis naungan YG Entertainment seperti 2NE1 dan Big Bang terkini adalah solo konsert Taeyang ‘Rise’ in Malaysia yang menelan kos perbelanjaan sebanyak RM1.5 juta untuk ‘production fees’ bagi membawa kelengkapan set pentas yang berteknologi tinggi terus dari Korea. Walaupun dunia peminat kpop di Malaysia masih dibayangi dengan insiden sebelum ini yang menjadi punca perbalahan antara netizen Malaysia dimana melibatkan JAKIM dan kemudianya telah mendesak penganjur untuk membatalkan atau menunda konsert anjuran mereka namum konsert ini tetap berlangsung dan berjalan seperti yang ditetapkan setelah pihak penganjur memberi keyakinan kepada pihak berkuasa yang berkaitan bahawa mereka akan memastikan perkara yang dilarang tidak akan berlaku dan pihak YG Ent juga bersetuju untuk mematuhi kesemua garis panduan yang ada.
Konsert ‘sold out’ ini yang dinamakan ‘2015 TAEYANG WORLD TOUR RISE IN MALAYSIA’ adalah pertama kali diadakan di Kuala Lumpur telah berlansung dengan jayanya tanpa sebarang gangguan di Stadium Negara pada 7 February 2015 sabtu lepas. Untuk pertama kalinya melihat pihak pengajur mengadakan kawalan pemeriksaan security yang agak ketat sebelum memasuki sekitar kawasan stadium yang cuma membenarkan pemegang tiket konsert saja dibenarkan masuk. Teayang yang memulakan sesi konsert jelajahnya di Malaysia sehari sebelum Singapura ini tampil dihadapan peminat dengan lagu pembukaan ‘Body’ dan mula menhangatkan stadium dengan lagu kedua “SuperStar’ dan seterusnya ‘Move’. Seperti biasa stadium dipenuhi dengan cahaya warna kuning dimana-mana yang mewakili warna tema Big Bang. Hmmm…member media kbel yang duduk kat sebelah ni pun sama ‘lightstick’nya naik..hehe.. Seperti peminat sedia maklum, didalam kumpulan Big Bang, ahli yang paling banyak bercakap adalah Taeyang yang suka berinteraksi dan mengusik pemintnya. Seusai lagu ketiga, Taeyang yang agak fasih berbahasa English menyapa peminatnya sambil diselang selikan dengan bebarapa perkataan dalam Bahasa Malaysia. Sudah menjadi kebiasaan artis yang mengunjungi Malaysia, perkataan inilah yang sering mereka ucapan iaitu ‘Apa Khabar’, ‘Terima KasihMalaysia’ dan ‘ Aku/Saya Cinta Kamu’. Taeyang kemudianya mempersembahkan lagu ‘You’re My’ dan ‘I Need A Girl’ dengan memainkan sendiri alunan petikan keyboard diiringi paduan suara dengan peminat. Diakhir lagu tersebut Taeyang menjemput seorang gadis duduk diatas pentas bersamanya. hmm…para media sebenarnya agak sedikit bimbang Taeyang akan memilih salah seorang peminat dikawasan ‘rockzone’ namun gadis bertuah tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah salah seorang penari pengiring beliau. Nah.. dah boleh nampak Taeyang tidak ingin melakukan kesilapan disini. Di segmen seterusnya Taeyang muncul dengan lagu dari album solo terbarunya dimana lagu ini telah merai anugerah Vokal Lelaki Terbaik, Penyanyi Terbaik dan Lagu Terbaik pada Anugerah MAMA 2014 yang lalu. Michael Buble juga menyanyikan lagu ini semasa world tour konsertnya pada 4 Febuari 2015 di Seoul. Kejayaan lagu ‘Eyes, Nose, Lips’ telah memertabatkan Taeyang di peringkat seterusnya. Cahaya lautan kuning bergerak perlahan ke kiri dan kanan mengiringi nyanyian Taeyang sambil peminat juga menyanyi beramai-ramai termasuk jugalah para media yang ada. Kemudian menyusul lagu lama beliau iaitu ‘Just Look At Me’ dan 'Wedding Dress’.Sekali lagi Taeyang berinteraksi panjang bersama peminatnya. Menyatakan bahawa Malaysia sentiasa unggul dihatinya dan oleh sebab itu beliau mengambil masa sepanjang 4 tahun menyusun perancangan hanya untuk mengotakan impiannya untuk bertemu dengan peminat dalam konsert solonya itu. Malahan dia sempat berjenaka selain sebelum mula tugasan harian di dalam studio, sebelum makan, sebelum tidur sehinggalah ketika membuat urusan didalam tandas sekali pun dia memikirkan perancangannya ini. Mendengar ini saja terus terang kami menyatakan..owhh…tu dia akan cakap disetiap Negara yang bakal di kunjungi..tipu semua ni..hehehe… Tapi apa pun, terus terang kedatangan Taeyang di Malaysia memanglah sangat-sangat dinantikan oleh para VIP. Pentas dihangatkan kembali dengan tarian lincah dan lagu rancak seperti ‘Ringa Linga’, Break Down’, ‘1AM’. Namun sesi lagu yang paling dinanti juga adalah lagu duet Taeyang bersama G-Dragon iaitu ‘Stay With Me’ dan ketika lagu duet seterusnya ‘Good Boy’, Taeyang sempat berjenaka berkata di Malaysia cukup seorang budak baik saja beraksi dipentas. Walaupun kemunculan G-Dragon cumalah hanya melalui ‘visual’ saja tapi impaknya memang sangat menguja para peminat. Sebelum sesi cabutan tiket bertuah bermula, Taeyang sekali lagi mengusik peminat bertanya apa hadiah yang peminat maukan darinya. Adakah kasut, baju, seluar, topi dan yang paling membuatkan peminat pecah ketawa bila Taeyang bertanya adakah peminat inginkan seluar dalamnya. Opsss…kalau JAKIM ada ni pasti sudah disaman mereka..huhu…tapi yalah tu adalah gurau sendanya sahaja. Seorang peminat perempuan mendapat kasut yang dipakai berserta tandatangan manakala peminat lelaki pula mendapat topi juga berserta tandatangan juga. Hmmm…jangan risau tiada insiden peminat naik ke pantas kerana Taeyang dengan sopannya menyatakan kepada kedua peminat bertuah ini untuk mendapatkan hadiah mereka selepas konsert dari pihak penganjur. Sepanjang konsert ini berjalan dari mula sehingga akhir, Teayang yang amat dikenali dengan budak nakal dalam kumpulan, mesra peminat dan sering mempamirkan tubuh badannya dimana-mana konsert yang dia atau Big Bang adakan. Namun seperti yang telah dijanjikan Teayang sentiasa menjaga jarak dan berlaku sopan sepanjang konsert dihadapan peminatnya. Tiada sebarang ‘body contact’ berlaku diantara beliau dan peminat. Teayang mengakhiri konsertnya dengan lagu ‘Let It Go’, ‘Love You To Death’, juga lagu yang sudah menjadi kemestian disetiap solo dan ‘group’ konsert mereka ‘Bad Boy’ dan ‘Fantastic Baby’. Manakala lagu perpisahan, Taeyang menghadiahkan sekali lagi lagu ‘Eyes Nose Lips’ kepada peminat. Pada malam selepas konsert, satu sesi 'Meet & Greet' bersama 30 peminat yang terpilih telah diadakan dibelakang pentas Stadium Negara. M&G tersebut berlangsung selama 20 minit dengan sesi bergambar secara berkumpulan. Sekali lagi walaupun ianya diadakan secara tertutup tapi Taeyang tetap bersikap sopan dan sentiasa menjaga jarak diantaranya dengan peminat. Seterusnya Teayang berserta kru bertolak menuju ke Singapura dengan menaiki bas. CARI Malaysia ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada IME Production diatas jemputan media membuat liputan sepanjang konsert tersebut. Artikel oleh : isabel Gambar disediakan oleh : IME Production. |
ADVERTISEMENT