CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Caliph Buskers Sangkal Dah Mula Pandai Sombong

13-2-2015 06:22 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22642| Komen: 140

Caliph Buskers Sangkal Dah Mula Pandai Sombong


PETALING JAYA – Kumpulan Caliph Buskers menyangkal dakwaan kononnya mereka mula bersikap sombong apabila memilih projek ditawarkan sejak muncul di pentas Anugerah Juara Lagu 29 (AJL 29) bersama Mojo.


Vokalis utama kumpulan itu, Khairul Azmi Saat atau Azmi, 28, berkata, mereka masih sebuah kumpulan muzik jalanan seperti mana sebelum ini malah tetap menerima jemputan mengadakan persembahan di majlis perkahwinan.


“Kami masih seperti dahulu. Tiada apa yang berubah apatah lagi untuk bersikap memilih terhadap jemputan yang dibuat kepada kami.


“Selain persembahan jalanan dan jemputan beberapa acara hiburan kami masih menerima undangan persembahan di majlis perkahwinan dan tiada sebab mengapa kami perlu menolak,” katanya kepada mStar Online.


Dalam pada itu, Azmi berkata, dia berharap gosip berkenaan tidak membuatkan pihak yang ingin mengundang mereka mengadakan persembahan berasa takut kerana mereka tidak bersikap memilih.


“Kami adalah kumpulan buskers dan mencari kekayaan bukan tujuan utama kami. Gosip sebelum ini diharap tidak akan membuatkan ada pihak berfikir dua kali untuk menjemput kami.


“Apa yang penting kami dapat menghiburkan masyarakat dengan muzik dan akan memberikan yang terbaik,” ujarnya.


Sementara itu, Azmi berkata, dia tidak terkilan apabila ada cakap-cakap sedemikian terhadap Caliph Buskers kerana ia tidak pernah mematahkan semangat mereka untuk terus mengejar cita-cita dalam bidang muzik.


Malah kata Azmi, sokongan yang diterima daripada peminat sudah cukup untuk mematahkan kata-kata negatif tersebut dan sentiasa mengenang jasa mereka yang banyak membantu sehingga ke tahap ini.


“Cerita berkenaan tidak melemahkan kami dan ia hanya perkara kecil. Pada yang mengenali kami mereka tahu itu bukan sikap Caliph Buskers.


“Kami bersyukur kerana ada penyokong dan peminat yang sentiasa mendoakan kebaikkan untuk kami dan itu membuatkan kami terus bersemangat untuk terus menghiburkan masyarakat,” jelasnya. 

1

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orangebear 12-2-2015 11:28 AM
wartawan hiburan ni dah tak de cerita lain ea??
Quote whadda 12-2-2015 11:31 AM
laahai... ngan caliph busker pon korang nak wat fitnah.... nak tutup periuk nasi orang ek...
Quote Syd 12-2-2015 11:34 AM
best hencap kan?
dah la buta tak sedar diri
eksen..
dulu kalau edry tak kutip, takde la pemes
bla bla bla

korang bayangkan versi hencapan maha hebat bakal terjadi?
Quote Z77 12-2-2015 11:38 AM
orangebear replied at 12-2-2015 11:28 AM
wartawan hiburan ni dah tak de cerita lain ea??

ye la kot sejak hal aweera senyap...
Quote idril 12-2-2015 11:38 AM
wartawan yg menulis tu la yg buat fitnah.... ala2 zuan melodi mulut jahanam tu...... saja create story..... kita kat luar ni aman2 jer x penah dengar pun CB ni sombong ke berubah ke
Quote mesmerize 12-2-2015 11:44 AM
aiyo kalau dia taknak nyanyi kat kenduri kawen pprt pun bole paham ok.. diorang dah dikenali harusla rating bayaran n exclusivity bertambah.. harus dan dipahami la kalau memilih job.. dah la suara pun bole tahan sedap setara penyanyi professional.. lain la kalau kenduri kawen anak2 orang kaya kat hotel 5 stars ke dengan bayaran 3 lagu 30K
Quote melinda_kerr 12-2-2015 11:44 AM
Jahat nya. Dgn org tk sempurna kejadian pun nak busuk hati.
Quote DayangKirana 12-2-2015 11:45 AM
kesian.. dah takde bahan gosip la tuh..
entah2 reporter caprut tuh yang saje buat cerita..
Quote mesmerize 12-2-2015 11:46 AM
btw aritu mentor siapa tah gigih nyanyi roman cinta gak.. tapi tarap tapak kaki je berbanding caliph buskers.. macam dipaksa2 nyanyi ..
Quote enchikfitz 12-2-2015 11:49 AM
mesmerize replied at 12-2-2015 11:46 AM
btw aritu mentor siapa tah gigih nyanyi roman cinta gak.. tapi tarap tapak kaki je berbanding caliph ...

Tuah protege Mas Idayu horror tu kan?
Quote azie.dz 12-2-2015 11:50 AM
jahat gila sapa yg provoke ngan ayat sombong ni...jilaka sgt
Quote haiku 12-2-2015 12:00 PM
Tak sombong pun.

Caj bayaran menyanyi majlis kahwin naik dari 1K to 2K pun dituduh demand.

Agak-agak lah sikit.
Nak kena sewa van lagi.
Quote mesmerize 12-2-2015 12:04 PM
enchikfitz replied at 12-2-2015 11:49 AM
Tuah protege Mas Idayu horror tu kan?

ho la tuah la tu.. hazabedah sangat nyanyi roman cinta.. fefeeling bole dapat persembahan macam caliph buskers receive standing ovation bagai

Quote fredza 12-2-2015 12:06 PM
x dak sapa buat fitnah pun.....geng wartawan saja buat cerita....
Quote orangebear 12-2-2015 12:06 PM
ntahnye...busuk punye kaki!! hati hempedu tahap dah reput agaknye! mentang2 le diorang tak boleh nak baca gosip.. sesedap rasa je create gosip kate diorang sombong
Quote jeygi 12-2-2015 12:11 PM
moh ke ipoh...14 feb 2015
sbtu neh Caliph Buskers,mojo,kru dtg buat konsert...
hihi...tp yg nyata nye sy tak pegi...huhu
Quote gekkou 12-2-2015 12:25 PM
busuk ati sbb caliph buskers tolak undangan ke majlis sndri ler tu
diorg dah terkenal,..nk demand pn suka ati la
tak kan nk stay di takuk lama
Quote cmf_jeangrey 12-2-2015 12:30 PM
nak sombong cemana kalau diri sendiri pun x boleh nampak...x pernah lagi ai tgk org buta yg sombong....sbb mereka x pandai membeza2kan kecuali dihasut org celik keliling mereka
Quote tepisket.. 12-2-2015 12:33 PM
Buat fitnah kat orang kurang upaya cmni. X takut dosa ke? Diorg kurang kat penglihatan, y lain kurang pahala sebar cerita palsu.

Lihat semua komen(140)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.094130 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top