CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Sasha Saidin Berangan Macam Elsa Frozen?

2-3-2015 10:04 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22867| Komen: 76

Sasha Saidin Berangan Macam Elsa Frozen?



KUALA LUMPUR: Impak watak Elsa di dalam animasi Frozen cukup hebat di kalangan kanak-kanak.

Penangan karakter berambut perang dan memakai gaun biru itu sangat mengesankan hingga ada yang sanggup jadi sepertinya.

Pelakon Sasha Saidin yang juga kakak kepada Zain Saidin sendiri juga secara kebetulan berambut perang seakan Elsa. Malah wajah campuran Melayu dan Inggeris beliau sendiri sudah hampir menyamai karakter popular itu.


Lalu benarkah Sasha sekarang sudah berangan seperti Elsa. Ibu tunggal kepada Adam Aryasenna Notosoemarsono (Arya) hanya mampu tergelak manja saat perkara berkenaan diajukan kepadanya.

"Tiada niat pun saya nak samakan diri ini dengan Elsa itu. Saya warnakan rambut perang ini pun kerana tuntutan watak. Asalnya juga saya mahu warnakan rambut perang ini kepada warna rambut asal.

"Tetapi lain pula jadinya apabila rambut perang itu membuka pintu rezeki saya untuk kerja peragaan. Jadi saya putuskan untuk kekalkan saja warna rambut perang itu sejak lapan bulan lalu.

"Memang ada peminat yang samakan saya seperti Elsa. Saya tak kisah apa tanggapan orang. 

Ikutkan karakter Elsa bukan kegemaran saya dalam kartun animasi. Saya ada menonton cerita Elsa. Malah ada yang mahu saya buat parodi memakai gaun biru tetapi saya berseloroh kalau nak buat kena dilakukan di tempat ada salji," katanya.

Terlanjur bertemu Sasha pada sambutan hari lahir Zain yang ke-31 baru-baru ini, Sasha turut ditanya mengenai sisi peribadinya. Selepas dua kali mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak, apakah Sasha masih belum terbuka hati mencari pengganti.

Sebelum ini pernah bertebaran cerita Sasha dikaitkan dengan penyanyi Awi Rafael. Bagaimanapun cerita itu berlalu begitu saja.
"Saya lebih fikir mengenai anak dan kerja saat ini berbanding soal pengganti. Sebagai ibu tunggal yang berdikari, saya perlu kuat meneruskan hidup. Malah di laman Instagram pun saya akan taip hashtag #diaryofasingleworkingmum.

"Malah kalau saya tak muat naik gambar, ada pengikut yang mula bertanyakan. Semasa saya menjalani penggambaran drama di Uzbekistan dan tak ada kemudahan akses internet, ramai yang tertunggu-tunggu gambar saya.

"Tapi saya bersemangat kerana ada mereka di luar sana yang tak segan memberi semangat untuk saya kuat bekerja. Bukan mudah jadi ibu tunggal. Tapi mahu atau tidak, saya kena laluinya. Sayalah ibu dan bapa kepada anak," katanya yang sudah masuk tiga tahun bergelar ibu tunggal.

Menurut Sasha, beliau tidak berdepan masalah dengan bekas suami (Salyo Priyanto) mahupun soal penjagaan anak. Anak kini dijaganya kerana Salyo sudah pulang ke Jakarta selepas perceraian mereka.

"Anak dan bekas suami saya juga kerap berhubung menerusi aplikasi Skype. Adalah dalam sekali atau dua kali seminggu mereka berhubung. Jadi hubungan mereka itu sentiasa berterusan. Anak saya pun tak adalah sampai mengamuk nak jumpa papanya.

"Sebagai ibu saya cuba memberikan yang terbaik untuk anak. Ibu saya sendiri menjadi penyokong kuat di belakang. Kalau saya bekerja, dialah yang tengokkan anak. Dengan rezeki yang saya ada, dapatlah membayar bil, membeli mainan dan bercuti sesekali sekala dengan anak," katanya.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 27-2-2015 03:45 PM
sekali sekala berangan takpe
Quote lazim 27-2-2015 03:50 PM
haitu aku nmpk shasha dh bernada nk mendalami agama. ade jugak selendang2. ni siap rmbut kaler jagung pulak dah. shasha xde aura la walau mix. tetap nmpk melayu celop
Quote shanti_priya 27-2-2015 03:50 PM
kene la kaler rambut gitu dgn muke omputehnye....jgn muke melayu hidung beso penumbuk feeling2 kaler camtu
Quote intan_smsb 27-2-2015 03:53 PM
macam lain plak aku tengok muka shasha ni
Quote biskutkering93 27-2-2015 04:18 PM
memang nampak sama. tahniah anda berjaya menang moto.
Quote fcl29 27-2-2015 04:35 PM
comel sbb mmg hampir serupa
Quote ALDRIN 27-2-2015 04:41 PM
rambut dia dah rupa bulu anjing mcm datin berduka kermit tu...shashasha ni aku x suka attitude dia masa driving sgt merbahaya....bwk ank dlm tu tp merempit jalan ukay perdana tu mcm bapak merintah negeri. dia ni bwk myvi putih...sori pada aku dia category pan asian yg x lawo
Quote masnona 27-2-2015 04:47 PM
tak lawa la bg aku. macam org urikaine je
Quote elmen 27-2-2015 04:49 PM
xde aura mat saleh sgt die ni..
Quote Syd 27-2-2015 04:50 PM
elsa tu comey
sasha plak mcm jantan dipakaikan rambut kunen
Quote lylea 27-2-2015 04:52 PM
aku x npk pun kelawaan shasha ni dimana.. dh npk rupa mat salleh kertu ada laa
Quote supernaturalee 27-2-2015 04:53 PM
lazim replied at 27-2-2015 03:50 PM
haitu aku nmpk shasha dh bernada nk mendalami agama. ade jugak selendang2. ni siap rmbut kaler jagun ...

kt tv alhijrah hr tu ade die


Quote moxes 27-2-2015 04:56 PM
orang British memang la tak lawo..sorry to say.. Jarang nampak Brits cantik..
Quote makcik.karipap 27-2-2015 04:58 PM
dia takpe lagi kot. si eina azman muntah macik nengokkan.
Quote tapibukanaku 27-2-2015 04:59 PM
Syd replied at 27-2-2015 04:50 PM
elsa tu comey
sasha plak mcm jantan dipakaikan rambut kunen


Quote jarikuku 27-2-2015 05:07 PM
erkkk mcm tak sesuai jerkk
Quote loyer 27-2-2015 05:29 PM
shanti_priya replied at 27-2-2015 03:50 PM
kene la kaler rambut gitu dgn muke omputehnye....jgn muke melayu hidung beso penumbuk feeling2 kaler ...

uols nak kata raja ema ke?
Quote LiveYourLife 27-2-2015 05:30 PM
eh mcm sama gak...
Quote sponges 27-2-2015 05:37 PM
X cun pun tapi better than eina senduk

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.249069 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top