Abang Romie Milik Hanez Suraya 'Cemburu' Jika Hanez Berlakon Pelakon Hanez Suraya masih lagi dalam mood bulan badu. Dia bernikah 14 Mac lalu dan majlis perkahwinan mereka akan berakhir 22 Mac depan dengan majlis resepsi di Kuala Lumpur. Hanez akan kembali berlakon sementelah si sang suami, Romie Razin Adilha Datuk Abd. Jais tidak pernah menyekat keinginannya untuk terus aktif berlakon. “Semestinya ada batasanlah… sebab saya pun kenalah jaga hati suami bila dah ada rumah tangga ini. Tidak ada apa-apa syarat daripada Romie pun, tapi saya kena tahulah apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka. “Kami pun dah lama berkawan dan sudah kenallah hati budi masing-masing,” kata Hanez. Romie juga berharap Hanez tahu batasannya sebagai seorang isteri selepas ini. Dia menerima Hanez kerana nampak keikhlasan Hanez menerimanya dan dua anaknya. “Bukan senang seorang wanita nak terima lelaki yang dah ada dua orang anak ni. Baru kahwin sahaja dah ada dua anak. “Hanez tahu saya cemburu… lihat dia bergambar dengan lelaki pun saya cemburu… jadi dia kena tahulah apa yang kena dia elakkan. Saya tak malu mengaku yang saya ni cemburu… lagi pun cemburu itu sebab saya sayang dia,” akui Romie . Tengok muka Hanez Suraya ini macam garangkan, macam manalah dia nak jaga anak-anak Romie nanti .
|
21
Bagus |
15
Marah |
12
Terkejut |
12
Sedih |
13
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT