CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Fadlan Hazim Nafi Aibkan MIG

28-4-2015 10:16 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 14504| Komen: 31




Pelakon muda Fadlan Hazim 23, sekeras-kerasnya menafikan keputusannya untuk keluar daripada pengurusan MIG Production Sdn Bhd adalah niat untuk mengaibkan syarikat itu.

Malah dia menganggap cerita sebegini ini tidak wajar diperbesarkan kerana dia amat bersyukur telah diberi peluang dalam syarikat tersebut untuk melebarkan sayap lakonan.

“Sekali lagi saya tegaskan, tiada niat untuk mengaibkan atau memalukan MIG, saya keluar atas kehendak saya sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

“Saya berkeputusan untuk keluar daripada pengurusan tersebut kerana mahu mencari pengalaman yang lebih mendalam memandangkan lakonan saya ini belum lagi ditahap yang memuaskan,” kata Fadlan kepada portal Murai.com.my


Ketika ditanya adakah rundingan masih dibuat agar dia tidak berubah fikiran lantas dengan senyuman manisnya menjawab perundingan masih diteruskan namun dia kekal dengan keputusan untuk bergerak solo.

“Buat masa sekarang memang saya selesa untuk bergerak solo, walaupun ada tawaran daripada syarikat pengurusan artis yang lain, saya belum bersedia untuk mengikat dengan mana-mana kontrak.

“Banyak lagi perkara yang saya perlu lakukan demi memantapkan lagi ilmu lakonan saya termasuk berguru dengan pelakon otai iaitu Namron untuk memperbaiki dan memperkemaskan lagi bakat saya ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fadlan baru sahaja selesai penggambaran untuk drama terbaru iaitu ‘Dunia Generasi Baru’ yang kini sedang disiarkan di #TV9, setiap hari Khamis jam 8.30 malam.

Antara pelakon-pelakon lain yang membintangi drama tersebut ialah Kaka Azraf, Erwin Dawson, Natasha Elyzza, Zahiran Macwilson dan Ben Amir.


8

Bagus
3

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putehkundor 25-4-2015 09:46 PM
Zahiran mcwilson tu anak dramatis tersohor 90an zainol mcwilson kah uols?
Dulu mak teh suka sgt tgk heshe berlakon...esp hidung yg runcing tu.
Quote enchikfitz 25-4-2015 09:50 PM
putehkundor replied at 25-4-2015 09:46 PM
Zahiran mcwilson tu anak dramatis tersohor 90an zainol mcwilson kah uols?
Dulu mak teh suka sgt tgk ...

Yup, dia anak Zainol Macwilson uols. Siap ada ID kat porem ni back up diri masa thread pasal dia posing seksi. Meols respect sebab komen2 dia byk humble dan tak melenting. Cool jah
Quote kimsa-ra 25-4-2015 10:19 PM
ini ke yg kaka changa rembes tu kn
hensem ke uols.. biasa je iols tgk..
Quote hyie 25-4-2015 10:24 PM
fonen @Changa sila merembes sebakul
Quote joey_mcintrye 25-4-2015 11:20 PM
Biasa2 sajo... hairan sampai ada yg terlalu memuja heshe keterlaluan.
Quote chaintea 25-4-2015 11:52 PM
sapo dia nih
Quote de_ikea 26-4-2015 12:06 AM
Anak hekan kak changa
Quote spankee_fili 26-4-2015 12:31 AM
Ooo...mamat cite dunia generasi baru...muke kacak tapi berlakon gitu2 jah...sekian tima kasih...
Quote tanganbercakap 26-4-2015 12:50 AM
Muke dan name tidak kukenali...
Idok le ensem mane teman ghase
Quote RatuDunia94 26-4-2015 12:52 AM
mamat ni mmg hensem tp bila ckp mcm pelat sikit.. iols turn off terus!
Quote dani-rox 26-4-2015 12:56 AM
hanak hekan @kakikuDibibirmu nih kan... yg dah posing shirtless katanyaaaa.

di manakah agaknya sis kaki sekarang, bermastautin di congo kah
Quote Esmiria 26-4-2015 02:10 AM
lawo gok jantan ni tapi lakonan kaku
Quote Lorra2411 26-4-2015 10:08 AM
Iolss suka kat dia ni, stok rembes jugaklah bagi iolss
Quote danieladam 26-4-2015 08:57 PM
Ok la gak hensem..tp belakon kayu kayan.
Quote tomet05 26-4-2015 10:09 PM
berani ke nak aibkan teo tuh ?
Quote sepitsiput 26-4-2015 10:18 PM
fadlan ni meols suka satu je sal lakonan dia... dia relax n cool je bila blakon..x trying hard. kalau pandai pilih watak...insyallah leh kekal lama dlm industri.

Quote atekome 26-4-2015 11:22 PM
sepitsiput replied at 26-4-2015 10:18 PM
fadlan ni meols suka satu je sal lakonan dia... dia relax n cool je bila blakon..x trying hard. kala ...

Btui..stuju sgt..bndg ngn jul aripin nsem lg die nie..hihihi
Quote lina21 27-4-2015 08:37 AM
ok jah dia berlakon, x de la kayu sgt
kalo kene ngan watak leh gak up mcm zulripin
Quote Vanilla_lette 27-4-2015 10:29 AM
sepitsiput replied at 26-4-2015 10:18 PM
fadlan ni meols suka satu je sal lakonan dia... dia relax n cool je bila blakon..x trying hard. kala ...

yup sal lakonan dlm Delina pun meols suka..cool dan releks saja..sesuai dgn keadaan cerita....tapi dlm filem sniper heols blh je bawa watak aksi ganas..kena main senjata api bagai...walau ganas2 pun dlm citer tu heols look jambu....

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.190266 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top