Artikel Oleh : Izzah Abbasy Video Oleh : Izzah Abbasy, Firdausz
Sejak akhir-akhir ini, rokok elektronik atau lebih dikenali dengan 'vapor' mahupun 'vape' telah menjadi trend dalam kalangan masyarakat di Malaysia tidak mengira usia muda, tua, pelajar, lelaki dan anak gadis. Pengambilan vapor ini semakin digilai kerana ia dikatakan lebih selamat dan jimat daripada rokok. Alat tersebut bekerja dengan memanaskan cecair berperisa, yang mengandungi nikotin dan seterusnya menjadi wap yang dihirup seperti rokok tradisional. Asap yang dihembus juga tidak berbau busuk seperti rokok malahan mempunyai pelbagai perisa. Nur Aleya Azlan berkata kepada wartawan CARI Infonet, harga perisa berbeza-beza iaitu ada yang bernilai RM30, RM35, dan RM40 mengikut ketahanan pengambilannya dalam jangka masa seminggu hingga 2 minggu. Ia juga bergantung kepada jenis dan bentuk vapor tersebut. Sungguhpun begitu, terdapat juga perisa dadah yang telah dilaporkan. Ramai yang berpendapat ia tidak sepatutnya diambil jika mempunyai dadah. Namun, pengambilannya juga tidak perlu dihentikan kerana sebelum membeli, mereka harus memeriksa kandungan perisa dengan teliti. Sehubungan dengan itu, polis menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat dan menangani isu berhubung kewujudan perisa yang mengandungi dadah dalam penggunaan rokok elektronik ini. - Sinar Online. Namun, apabila Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia dalam kenyataannya, ia kurang berbahaya daripada rokok dan boleh dijadikan langkah perantaraan untuk mengurangkan tabiat merokok, ramai pula anak gadis mula berani untuk menjadikan vapor ini sebagai hobi seterusnya trend untuk mereka tampak lain sebagaimana lelaki. Rata-rata bersependapat, vapor ini kurang sopan diambil oleh anak gadis kerana tidak manis dilihat berhembus wap asap sana sini. Apa kata anda dengan gadis vapor ini? - CARI Infonet |
27
![]() Bagus |
15
![]() Marah |
18
![]() Terkejut |
10
![]() Sedih |
23
![]() Lawak |
11
![]() Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
bulan_gerhana replied at 31-7-2015 02:58 PM
ari tu kat tibi 1 ade forum pasal vape ni.. tp aku bukak dah abes la pulak.. jenuh cari vid tu.. slo ...
ultra78 replied at 31-7-2015 03:36 PM
Aku pernah nampak seorang perempuan melayu bertudung yg sedang mengandung melayan sebatang Dunhill m ...
spiderman80 replied at 11-8-2015 01:55 AM
Seumur hidup Spidey ini, pernah juga sekali nampak seorang awek bertudung hisap rokok (tapi tak pa ...
ADVERTISEMENT