CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tadika Islamik Swasta Terkenal Didakwa Tidak Bayar Caruman KWSP Guru Bertahun-Tahun – “Bos Besar Dia Terlibat Dengan Quantum Metal”

8-5-2024 08:32 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9959| Komen: 99

Description: Seorang lelaki tampil menerusi satu hantaran di laman sosial TikTok mendakwa bahawa sebuah tadika islamik swasta terkenal tidak membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selama bertahun-t ...


Seorang lelaki tampil menerusi satu hantaran di laman sosial TikTok mendakwa bahawa sebuah tadika islamik swasta terkenal tidak membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selama bertahun-tahun.

Kata lelaki bernama Farez itu, anak saudaranya bekerja di tadika terbabit dan telah membaut laporan polis, malah ramai juga dikatakan sudah melaporkan tentang tersebut namun masih tiada tindakan diambil.

"Korang tahu tak tadika terkenal sekarang aniaya cikgu-cikgu? Korang tahu tak dorang tak bayar KWSP berapa lama dah. Lepas itu sekarang ni kesian sebab itu adalah hak mereka cikgu-cikgu, dan juga semua aunty-aunty yang ada kat situ."

Farez bagaimanapun enggan mendedahkan nama tadika terkenal tersebut namun ada memberikan bayangan bahawa majikan dimaksudkan itu terlibat dengan Quantum Metal (QM).

"Dapat tahu rupanya dia punya bos besar masuk dalam QM lepastu duit tak dapat-dapat, tak tahu lah saya tak tuduh ye."



Dalam pada itu, dia turut menggesa semua guru dan staf tadika terkenal tersebut untuk tampil dan tidak membiarkan diri mereka dianiaya lagi.

"Saya tak nak sebut nama penuh tadika, saya sebut BB sahaja ye. Dia aniaya ramai cikgu-cikgu, dengarlah cakap saya ni pergilah pejabat buruh buat report tuntut hak anda."

@farezadnanofficial
SIAPA YANG TERLIBAT? Siapa teraniaya juga? Komen dan DM saya please.

Hantaran itu meraih perhatian ramai warganet di mana rata-ratanya tidak menyangka tadika terkenal berkenaan tergamak menganiaya pekerjanya apatah lagi mereka membawa imej sekolah islamik dan menjadi pilihan ramai selebriti tanah air.

SUMBER : TikTok/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 8-5-2024 06:52 AM
sebut BB semua org pun tahu apa
Quote Mimo.mimo 8-5-2024 07:09 AM
Warna hijau kuning kan
Quote Thunderclouds 8-5-2024 07:46 AM
Mebi senyap sbb pikir takut sebar aib boss.
Mulayu isley dh tatau beza apatu masalah sosial, jenayah ngn aib.
Kena penaya btahun² pn hadap jugak.
Xpaham aku akai boh tang mana.
Quote Shamilia79 8-5-2024 07:54 AM
Alahai kesiannya aunties yg mengajar kat BB termasuk yang mengajar anak aku... Mereka baik2 dan sgt bertanggungjawab
Quote Nur_happy 8-5-2024 08:02 AM
Patut lah recently teacher2 nya mcm x encourage hntr anak situ… I pelik tapi dah agak ada something
Quote vanillaninja 8-5-2024 08:21 AM
Tamak sangat nak buat business macam2. Patut theyols focus je to BB sebab BB dah ada nama. Students je berapa ribu the whole Malaysia. Ni sibuk la nak buat Malakat Mall sendu, nak buat QM lagi and entah apa2 lagi yang tak untung.

End up BB yang kena tanggung losses. Yang affected of course la aunties. Jadi tak motivated nak mengajar, pastu affect students pulak. Tipu sangat BB tak buat duit. Duit theyols memang datang dari BB je.

Sekian pendapat I.
Quote rospinki 8-5-2024 08:23 AM
brainy bunchis tu ke?
Quote Kitty_catz 8-5-2024 08:34 AM
coach F la tu

malakat mall ke mana

ketum metal ke mana

Brainy bunch ke mana

paleeerrr buto
Quote Kitty_catz 8-5-2024 08:35 AM
Thunderclouds replied at 8-5-2024 07:46 AM
Mebi senyap sbb pikir takut sebar aib boss.
Mulayu isley dh tatau beza apatu masalah sosial, jenayah ...

alah bila petik ketum metal tu dah taw sapa punnnnnn

mcm la acik2 porem gojes tak haptodetttt
Quote Delifrance 8-5-2024 08:40 AM
Kena tau branch mana pasai BB ni franchise kan. Tp aku rasa ramai or at least half of them terjebak dgn QM sbb big bosses BB ni seme geng QM..
Quote lightheaded67 8-5-2024 08:49 AM
tu kadg ade spisis yg walopon eduketed, belum tentu tggi moral/tggungjwb huhu
Quote imransulaiman 8-5-2024 10:03 AM
Farez ni anak mak petir kan? Pernah masuk AF..
Quote Gunama 8-5-2024 10:12 AM
Aku ingat ustad ustazah kafa je yg kesian sbb gaji ciput.  Ini lg terok.
Quote krustykrab 8-5-2024 10:17 AM
Anak didik jimang semang ke ni
Quote mrseller 8-5-2024 10:44 AM
Bini gua nak try quantum mental ni dulu, aku reject awal2
Quote kucingitam 8-5-2024 10:50 AM
bos tadika sendiri tak berapa bijak bila terpengaruh dgn QM.. aiyoh..elok masuk tadika balik la bos..
Quote mizzmimi 8-5-2024 11:00 AM
Repot la kat epf teruih.. majikan bole kena dakwa.. gaduh panggil pulis buat apa..
Quote scorpionkiki 8-5-2024 11:00 AM
Tamak sebenarnya...nak dpt duit senang goyang teloq.
Quote aciksenah 8-5-2024 11:14 AM
Bukan hari tu pun dah ada kes pasal BB ni..tak silap beberapa tahun lepas. Tapi tak ingat isu apa.

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.043638 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top