CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Akim, Nad tak pernah putus asa

15-7-2013 09:03 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6403| Komen: 15




LAMA
atau baru, itu bukanlah kayu pengukur bagi individu yang bergelar anak seni untuk berjaya dalam karier yang mereka ceburi.

Kesungguhan dan minat yang mendalam seseorang artis dalam menjalani karier mereka merupakan perkara penting dalam memastikan ianya terus berkembang dengan baik.

Bagi bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh, Akim Ahmad biarpun bakatnya mula diasah menerusi bidang nyanyian namun itu bukan penghalang buat dirinya mencuba nasib dalam bidang lain dalam industri hiburan tanah air.

Turut memiliki bakat dalam bidang lakonan, Akim juga memberitahu dirinya kini mula berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan.

Berlainan pula dengan pelakon genit, Nad Zainal yang akui penantiannya selama lima tahun dalam industri lakonan kini amat berbaloi setelah lakonannya mula diterima ramai.

Malah gandingannya bersama Akim menerusi drama terbaru Kampung Girl di slot Zehra, TV3, bakal mencuri tumpuan ramai sempena Ramadan ini.

Berada dalam zon selesa: Nad

Berkongsi pengalaman bergandingan dengan Akim menerusi drama tersebut, Nad memberitahu kerjasama sebelum ini membuatkan mereka mudah mencapai keserasian.

"Akim seorang yang senang untuk bekerjasama. Walaupun pada awal-awal penggambaran dia agak pemalu, tapi semuanya berubah setelah kami mendapat keserasian mendalami karakter masing-masing.

"Memandangkan drama ini mengetengahkan elemen romantik komedi, banyak momen kelakar yang kami lalui bersama dan bagi saya drama ini tidak banyak cabarannya," katanya.

Bertanyakan mengenai tawaran lakonan, aktres yang mula dikenali menerusi drama 'Memberku Hawa' bersyukur kerana semakin rancak menerima tawaran.

Menurut Nad, lima tahun berada dalam industri pelbagai cabaran telah dilaluinya sebelum dia berada di zon selesa sekarang.

"Kalau mahu cakap pasal tawaran yang tidak putus, ianya berlaku baru-baru ini sahaja. Sebelum ini saya memang berusaha keras untuk sampai ke tahap ini.

"Saya bersyukur kerana penantian saya amat berbaloi dan selagi termampu saya akan lakukan yang terbaik supaya tidak mengecewakan peminat yang selama ini menyokong kerjaya saya," ujarnya.

Akim mahu lebih versatil

Melihat perjalanan seninya, boleh dikatakan Akim kini semakin rancak menceburi bidang lakonan.

Selain terlibat dalam Kampung Girl, dia juga bakal tampil dengan sebuah drama, Abang Long Vs Kak Yong lakonan bersama Yana Samsudin pada sambutan Aidilfitri ini.

"Alhamdulillah, bila rezeki datang pada saya, kenapa tidak saya ambilnya. Lagi pun secara tidak langsung bidang lakonan turut bantu mempromosikan bakat saya untuk kebaikan saya dan juga peminat.

"Saya mahu menjadi lebih versatil dengan bakat yang ada. Sebagai seorang penggiat seni, kalau boleh saya mahu mengembangkan karier dengan pelbagai bidang," katanya yang kini bergelar pengacara untuk program Mencari Ramli, TV3.

Menyentuh mengenai perkembangan karier nyanyiannya, Akim gembira kerana percubaan pertamanya dalam menghasilkan lagu tulisan sendiri berjaya mencuri tumpuan pendengar tempatan.

"Lagu kembali duet antara saya dan Stacy setakat ini sambutannya amat menggalakkan. Ia juga berjaya mendapat tempat di beberapa carta lagu tempatan.

"Boleh dikatakan ini satu platform baru buat saya untuk terus kembangkan karier nyanyian saya selepas ini," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tomet05 14-7-2013 09:01 PM
GUDLAK LA BANG ..
Quote PITTSBURGH 14-7-2013 11:11 PM
tk kenal..tak minat..dan tk nak tau..next
Quote pakwetizzaqyah 14-7-2013 11:11 PM
lawa nad zainal ni...haihh....
Quote September14 14-7-2013 11:36 PM
aku suka tgk nad ni blakon, tp akim aku nyampah lak... kenapa la x bg hero lain..
ppuan sblh tu kathia yg blakon citer jodoh tu ek?
Quote shutter888 14-7-2013 11:44 PM
comey nye nad, mamat tu berlakon boleh tahan jugak, yang sorang tu siapa?
Quote nurnadirah 14-7-2013 11:47 PM
best cite kg girl...tak kan nak asyik pelakon sama je kan..pe slhnye amik akim...
Quote aderaderker 15-7-2013 12:04 AM
Gudbai pokjue
Welkam akim gtu
Quote flarengirl 15-7-2013 12:08 AM
agak kayu akim dalam kampung girl.boleh di perkemaskan lagi.chaiyo2!
Quote RatuDunia94 15-7-2013 12:08 AM
another cite "kawin pakse-gaduh2-semakin mesra-bahagia" ke ni?
Quote fadzyjemi 15-7-2013 12:12 AM
nad ni comel je.. semoga berjaya..
akim skang dah hensem.. x mcm masa kt af.. dulu nampak busuk.. hahhahaha
Quote Donatello86 15-7-2013 12:49 AM
nad ni mule2 ku igtkan adik haliza misbun...rupa dan bakat yg hebat seolah haliza misbun...
Quote asteruk 15-7-2013 01:48 AM
Akim ni sape? Pelakon baru ke? Ensem gak
Quote kakikuDibibirmu 15-7-2013 02:55 AM
felda sangat tak tahu pasal akim
Quote sokmogitu 15-7-2013 09:47 AM
akim ni berlakon not bad.

harap akim sudi menfeaturingkan awek couple seminggu yg femes minggu lepas dlm lagu2 dia akan datang. sbb awek tu dh popularkan balik lagu akim yg jiwang budak sekolah suka tu...
Quote mitnick 15-7-2013 10:48 AM
bolehlah try nak jadi serba boleh

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.041998 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top