Oleh : TS LOO Asam pedas merupakan hidangan sinonim dan cukup popular di Malaysia khususnya di Melaka dan Pulau Pinang.
Kebiasaannya masakan ini menggunakan ikan patin, ikan parang, mayong dan pari sebagai bahan utama. Selain Pulau Pinang dan Melaka, Kedah juga antara negeri turut popular tetapi dengan cara yang berbeza dari segi bahan dan kaedah penyediaannya. Asam pedas Kedah direbus dan menggunakan sedikit belacan manakala asam pedas Johor dan Melaka pula ditumis menggunakan halba.
Persamaan dalam semua jenis asam pedas ialah menggunakan daun kesum dan bunga kantan menaikkan aroma. Bahan lain seperti cili kering, bawang putih, bawang merah, belacan kisar dan serai menjadikan ia lengkap sebagai hidangan istimewa yang penuh menyelerakan. Bagaimanapun, untuk menikmati kelainan asam pedas ini, kita boleh tampil dengan cara masakan berbeza iaitu menggunakan bahagian ekor lembu dengan limau mangga. Berikut adalah cara penyediaan asam pedas ekor lembu dengan limau mangga untuk hidangan kira-kira 3 orang : Bahannya: * 50 gram (gm) – bawang merah * 30 gm – bawang putih * 10 gm – halia * 40 gm – cili kering * 20 gm – cili boh * 40 gm – jus asam jawa * 5gm – belacan * 1 biji – bunga kantan (keping) * 3 batang – serai (diketuk ) * 5 gm – daun kesum * 3 helai – daun limau * Minyak masak Bahan tambahan: * 3 keping – limau mangga * 2 sudu – jus tomato * 2 sudu jus – limau nipis * 1 kilogram (kg) – bahagian ekor lembu (direbus empuk ) sumber info: www.kongsiresepi.com
|
13
Bagus |
14
Marah |
12
Terkejut |
21
Sedih |
8
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT